Logo Baru Perak FC Dengan Azam Baru
Kelab Bolasepak Perak FC kini telah dimiliki oleh XOX iaitu syarikat telekomunikasi. Dengan membeli kelab yang banyak hutang dengan harga RM1.
Internet Fiber | Maxis Fiber Atau TM Unifi
Antaranya TIME, MAXIS dan TM. Pilihan yang perlu dibuat berdasarkan harga, kawasan liputan, perkhidmatan, kelebihan, kelajuan dan limit data.
Pelitup Muka Perlu SIRIM Pulak
Semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.
This is default featured slide 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
10 Sebab iklan AdSense tidak muncul di blog
Adsense dari Google adalah sebuah syarikat pengiklanan. Google menjana pendapatan dari pengiklanan yang dapat dari syarikat yang mahu promosi Produk, Perkhidmatan dan aktiviti Syarikat.
08 June 2022
Guna Jenama Islam Untuk Laris Barang
07 June 2022
Logo Baru Perak FC Dengan Azam Baru
Kelab Bolasepak Perak FC kini telah dimiliki oleh XOX iaitu syarikat telekomunikasi. Dengan membeli kelab yang banyak hutang dengan harga RM1.
Perak FC adalah kelab yang tiada apa-apa aset sama ada Stadium, tempat latihan dan juga banggunan kelab. Lebih lagi dengan jumlah mata liga dibawah 0 mata.
Ianya menjadi cabaran besar bagi pemilik baru untuk membawa pasukan Perak FC menjadi hebat.
Dengan pengambil alih, Perak FC kini menggunakan logo baru yang lebih menarik untuk saingan Liga Malaysia.
Dengan reka bentuk logo yang bulat, warna asal Perak FC Kuning hitam dan Maskot seladang yang tertera pada logo. Ianya menampakkan lagi bertapa menarik logo baru ini.
Terdapat juga huruf pada tengah logo iaitu PFC serta gambar bola antara huruf. Tidak lupa juga tahun kewujudan Kelab Perak yang dahulunya dikenali sebagai Perak FA.
Kelab Perak mempunyai beberapa logo lain yang sememangnya menarik bila di amati. Dengan wajah baru dan pengurusan baru Perak FC, diharap Perak FC boleh mengharungi cabaran Liga Malaysia dengan lebih baik.
Manakala, diharap penyokong bolasepak Kelab Perak FC teruslah menyokong kelab ini yang sedang bermula kembali dari bawah.
Terus bagi sokongan untuk majukan bolasepak Negeri dan Negara. Perak FC mungkin tidak boleh jadi seperti kelab kaya raya, tapi sekurangnya menjadi kelab yang hebat bersaing untuk kelab yang mewah dan lagenda.
sumber Penyokong Perak FC
13 April 2022
Cara Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Untuk pengetahuan korang, bahawa semakan status permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh dibuat bermula 9 April 2022.
https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
Korang sudah boleh membuat semakan untuk pembayaran Pengeluaran Khas ini dilaman web diatas yang saya berikan.
TARIKH BAYARAN
Bayaran akan dibuat secara sekali bayar sahaja mula 20 April ini.
PENGELUARAN KHAS AKAN DIBAYAR SECARA ONE-OFF
Berita baik kepada para pencarum, pihak KWSP sudah mengeluarkan kenyataan berkenaan sama ada pembayaran akan dilaksanakan secara one-off iaitu sekali bayar atau pembayaran setiap bulan.
Melalui kemas kini terbaru daripada pihak KWSP, Pengeluaran Khas kali ini adalah secara one-off atau sekali bayar sahaja. Ini bermakna sekiranya anda membuat pengeluaran RM 10,000 maka korang akan menerima jumlah tersebut untuk satu kali bayaran sahaja. Ada faham.
AMAUN PENGELUARAN DAN KAEDAH BAYARAN
Selain daripada pengumuman pembayaran secara one-off, pihak KWSP turut mengeluarkan informasi berkenaan amaun pengeluaran dan kaedah bayaran, info penuh adalah seperti berikut :
2. Meninggalkan bagi sekurang-kurangnya RM 100 dalam Akaun 1.
3. Pembatalan permohonan dan pindaan amaun adalah tidak dibenarkan. Oleh itu, anda haruslah membuat keputusan yang munasabah sebelum melakukan permohonan.
4. Bayaran Pengeluaran Khas ini akan diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.
INDIVIDU YANG LAYAK MEMBUAT PENGELUARAN
Pengeluaran Khas KWSP ini terbuka kepada seluruh ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun tanpa pengecualian.
JUMLAH PENGELUARAN
Mengikut daripada sumber KWSP, amaun pengeluaran minimum adalah berjumlah RM 50 manakala maksimum adalah RM 10,000.
AKAUN YANG DIKELUARKAN
Pengeluaran sehingga RM 10,000 ini akan menggunakan baki Akaun 2 terlebih dahulu tetapi sekiranya tidak mencukupi anda juga boleh menggunakan simpanan Akaun 1.
Ini bermaksud, korang perlu menghabiskan Akaun 2 terlebih dahulu dan tidak boleh memilih jenis akaun untuk membuat pengeluaran.
12 April 2022
Pelitup Muka Perlu SIRIM Pulak
Satu cerita yang kurang menarik di dengar oleh Rakyat Malaysia di mana Kerajaan Malaysia telah membuat Undang-undang baru mengenai Pelitup Muka.
Semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.
Menurut lapora dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, ia susulan pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
Difahamkan, pewartaan tersebut bertujuan memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan sama ada dalam negara atau diimport mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan menerusi perintah itu.
Pelaksanaan pewartaan tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pelaksanaan itu kerana negara kini di fasa peralihan endamik.
Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan dengan pelaksanaan memastikan pelitup muka miliki cop SIRIM ini pastinya akan membuatkan harga meningkat dan membebankan rakyat kelak.
Malah, ada juga netizen keliru dengan denda yang dikenakan kepada individu sama ada ia berkait dengan pengguna atau tidak. Untuk pengetahuan anda, denda hanya akan dikenakan terhadap pengilang dan pengimport yang tidak patuh dengan penguatkuasaan dan bukannya kepada orang awam.
Bagi syarikat yang tidak mematuhi arahan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 dan untuk kesalahan kali kedua atau berikutnya akan didenda tidak melebihi RM500,000.
Manakala untuk individu pula, denda yang dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tak melebihi selama 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Pengguna tidak dikenakan denda tetapi individu yang menjual pelitup muka tanpa SIRIM akan didenda. Agak tidak masuk akal lah kalau kerajaan hendak denda pengguna sedangkan penjual yang punca kepada pemasalahan.
23 December 2021
Pengagihan Dividen ASB Akhir Disember 2021
Sebut sahaja ASB sahaja yang tak kenal kan? Diwujudkan untuk Rakyat Malaysia yang nak melabur secara selamat tanpa risiko.
Kalau di tanya orang kampung mesti pernah mendengar tentang ASB sekalipun kurang faham bagaimana pelaburan ASB dijalankan.
ASB adalah produk syarikat pengurusan unit amanah Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) yang dimiliki secara penuh oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Hari ini, ASNB mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan 4.25 sen seunit beserta bonus 0.75 sen. Ini menjadikan jumlah total dividen yang diagihkan sebanyak 5.00 sen seunit kepada pelabur-pelabur dana ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (FY21).
Kena faham di sini kiraanya, jumlah unit x 4.25sen. Manakala bonus jumlah unit x 0.75sen. Jangan kira terus total 5.00sen. Ingat ! Sen bukan ringgit walaupun 4.25sen bersamaan dengan RM0.42 manakala bonus 0.75sen bersamaan dengan RM0.075
Secara total, pengagihan dividen berjumlah RM8.9 bilion ini akan akan memanfaatkan 10.4 juta pemegang unit ASB.
Ini menjadikan jumlah pengagihan dana pendapatan dan bonus terkumpul kepada RM168.5 bilion sejak ia mula diperkenalkan pada 1990.
Pengerusi kumpulan PNB Tun Arifin Zakaria berkata peruntukan ASB dalam pelaburan antarabangsa meningkat daripada 5.9% pada 2020 kepada 8.2% tahun ini.
Ekuiti awam antarabangsa menyumbang 30.7% bahagian kepada pendapatan kasar pada 2021 berbanding 24.2% tahun lepas.
Berikut adalah sejarah pengagihan dividen ASB sejak 2010:
2021: 4.25 + 0.75
2020: 4.25 + 0.75
2019: 5.00 + 0.50
2018: 6.50 + 0.50
2017: 7.00 + 1.25
2016: 6.75 + 0.50
2015: 7.25 + 0.50
2014: 7.50 + 1.00
2013: 7.70 + 1.00
2012: 7.75 + 1.15
2011: 7.65 + 1.15
2010: 7.50 + 1.25
Presiden dan ketua eksekutif kumpulan PNB Ahmad Zulqarnain Onn berkata, “walaupun dalam persekitaran yang mencabar, kami digalakkan untuk melihat peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang melabur bersama kami, serta peningkatan dalam saiz pelaburan mereka. Hal ini berikutan peningkatan bilangan akaun daripada 200,000 kepada 10.4 juta akaun, dan unit edaran bertambah daripada 7.4 bilion (4.3%) kepada 181.2 bilion unit.
Mengukuhkan strategi Focus 4, tahun ini PNB berkata ia mencapai kemajuan ketara dalam tiga bidang tumpuan iaitu mencipta nilai dalam prestasi portfolio domestiknya, meneruskan usaha mempelbagaikannya ke pasaran global melalui pelbagai kelas aset, dan mempercepatkan penawaran digitalnya.