This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

04 January 2021

Cara Semak Status i-Sinar


i-Sinar sudah boleh di periksa. Apa lagi periksa status permohonan korang sekarang. Mana tahu dapat.

Saya tidak memohon kerana masih dalam kategori okey lah buat masa ini. Bagi yang belum memohon boleh memohan pada 11 Januari 2021.

Saya kongsi dengan korang laman web untuk memeriksa pemohonan korang :-

i-Sinar Online Semak Status

Korang hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan juga nombor telefon yang telah didaftar. 


Bagi yang telah berjaya, TAHNIAH kerana dapat wang simpanan masa pencen. Bagi yang tidak dapat boleh cuba lagi.


Duit korang, korang ada hak untuk ambil. Jangan risau, masa depan kita tidak tahu sama ada sempat atau tidak untuk merasa. Yang penting sekarang untuk teruskan hidup untuk masa mendatang.

creadit : KWSP i-Sinar

25 December 2020

Animasi Pendek Ejen Ali Misi : Juang


Siri Ejen Ali tidak asing lagi buat peminat cerita animasi di negara ini. Cerita mengenai Ali yang menjadi Ejen secara tidak sengaja.


Tidak hanya berjaya menambat hati menonton di Malaysia, Ejen Ali turut dikenali di negara luar seperti Brunei, Singapura dan Indonesia.


Terbaharu, berikutan kejayaan kempen Ejen Ali #KitaJagaKita sebelum ini, Primeworks Studios dan WAU Animation telah bergabung sekali lagi untuk menerbitkan filem pendek pertama Ejen Ali berjudul MISI: JUANG yang akan dilancarkan pada 25 Disember 2020, pada jam 9.45 malam menerusi saluran YouTube rasmi EjenAli.


Berteraskan semangat Kita Jaga Kita yang sama, MISI: JUANG didedikasikan khas untuk petugas barisan hadapan, sebagai penghargaan atas kecekalan dan keberanian mereka dalam memerangi penularan pandemik COVID-19.


MISI: JUANG menampilkan usaha Ejen MATA dan rakyat yang bergabung bersama-sama petugas barisan hadapan di medan perang untuk melawan angkatan tentera COVID-19 yang mengancam nyawa.


Mengetengahkan rendisi baru lagu tema Kita Jaga Kita, filem pendek ini menjadi lebih menarik dengan penampilan khas seorang figura istimewa yang membawa watak kameo untuk bergabung tenaga dengan Ejen MATA di medan pertempuran.


Satu Filem pendek yang sengat menarik untuk di tonton. Dari segi animasi dan jalan cerita yang mudah difahami. Aksi yang begitu menarik.


Bagi yang terlepas, Korang boleh tonton di Youtube Ejen Ali untuk menonton animasi Pendek yang telah di Upload. 


Youtube Ejen Ali Misi : Juang


PNB Umum Dividen ASB Tahun 2020


Seperti korang ketahui, baru ini Pengerusi Pemodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Dr. Zeti Aziz mengumumkan agihan Pendapatan Amanah Saham Bumiputra (ASB). Agihan Pendapatan ASB Bagi Tahun kewangan Berakhir 31 Desember 2020 adalah 4.25sen seunit dan ehsan bonus 0.75 sen seunit .

Dividen 4.25 sen Se Unit + 0.75 sen SE unit

Pada tahun ini, bonus ehsan cuma diberikan kepada 30,000 unit pertama sempena sambutan ulang tahun ke-30 ASB. Sebarang pelaburan melebihi 30,000 unit pertama tidak lagi akan menerima jumlah bonus sebanyak 0.75 seunit.


Bermaksud yang melebihi 30,000 unit hanya menerima deviden 4.25sen sahaja Tiada bonus diberikan. Bonus yang diberi adalah bonus ehsan. 


Rata-rata rakyat ada yang berpuas hati dan ada yang sedih dengan jumlah dividen yang semakin berkurangan. Tidak puas hati itu semestinya.


Bagi yang untuk menyimpan mungkin tidak berapa kisah tapi bagi yang membuat pinjaman pelaburan akan terkesan dengan pengumuman ini. 


Bagi pelabur, ianya sesuatu yang telah dijangka lebih lagi penyakit covid-19 yang menjadi satu alasan tambahan selain dari ekonomi dan politik yang kurang stabil.


Adakah Masih Releven Untuk Melabur Dalam ASB?

Jawapan adalah Ya. Bagi mereka yang tidak ambil kisah dan untuk menyimpan.

Manakala Tidak, bagi yang ingin untung lebih. Ada banyak pilihan pelaburan yang boleh korang ikuti seperti pelaburan saham, pelaburan hartanah dari maybank atau simpan dalam Tabung Haji dan Bank Islam. Yang Penting Kena ADA ILMU.

Tiada Masa? Itu untuk orang yang Malas. Masa boleh difapati jika pandai urus.


Perlu di ingat ianya 4.25SEN PER UNIT BUKAN RM 4.25 SEN.  Nak mudah faham RM0.0425 per unit saham.

Pengiraan adalah  contoh : RM100 (Duit korang) × 4.25/100 ( dividen bahagi dengan 100 sen bersamaan RM1)


Apa pun keputusan dari PNB, Pelabur/penyimpan perlu terima hakikat ini adalah keuntungan yang telah di beri. Nak bising tidak boleh kerana pelaburan berlandaskan islam tidak menjanjikan pulangan tetap seperti konversional.

sumber : Astro Awani, PNB

21 December 2020

10 Sebab iklan AdSense tidak muncul di blog

Adsense dari Google adalah sebuah syarikat pengiklanan. Google menjana pendapatan dari pengiklanan yang dapat dari syarikat yang mahu promosi Produk, Perkhidmatan dan aktiviti Syarikat.



Dengan menggunakan beberapa platfom milik mereka seperti Blogger.com, youtube dan lain lagi untuk memaparkan iklan.

Jadi bagi korang yang menggunakan platfom Laman Web seperti Blogger, Wordpress dan website biasanya akan mohon untuk jadi Publish iklan di laman korang kepada Google.

Apa yang penting korang kena pastikan memenuhi syarat yang di tetapkan oleh Adsense seperti laman web kene lebih 6 bulan atau dan pelawat sekurangnya 10 000.

Jika iklan Adsense tidak muncul juga ini antara sebabnya.

10 Sebab iklan AdSense tidak muncul di blog

1. Masih dalam tahap review

Seperti dijelaskan pada tahap menjadi publisher Google AdSense di atas, sebelum disetujui calon publisher akan melewati tahap review sebanyak 2 kali. Pada review pertama sudah jelas iklan AdSense tidak muncul di blog kerana kita belum boleh mengaksas dashboard Google AdSense dan belum memasang script iklan.

Pada tahap review kedua pun sama, iklan AdSense tidak muncul kerana blog kita masih ditinjau kelayakannya oleh Google. Jika lulus, iklan AdSense akan muncul namun jika ditolak, iklan AdSense tidak muncul di blog.

#2. Tidak memuat naik laman privacy policy dan disclaimer

Dalam beberapa khusus yang dialami publisher, iklan AdSense tidak muncul di homepage blog kerana tidak menampilkan laman privacy policy. Untuk membuat privacy policy dan disclaimer kita biasa menggunakan bantuan privacypolicyonline.com atau yang lainnya.

#3. Domain akaun telah di banned search engine

Jika kita sudah punya akaun AdSense, kode unit iklan dipasang di blog baru yang belum terindex pun biasanya iklan akan muncul. Namun iklan AdSense tidak akan muncul di blog jika domain telah di banned search engine.

#4. Akaun dibanned Google AdSense

Publisher AdSense tidak dapat melihat iklan AdSense muncul di blog kalau akaunn disenarai hitam oleh Google AdSense. Alasan ini biasanya kerana blog telah melanggar term Google AdSense.

#5. Masalah pada browser dan Ad Block

Iklan AdSense tidak muncul di blog disebabkan oleh masalah pada browser, sebaiknya kosongkan cache browser dan hapus cookie sebelum mencuba membukanya lagi. Iklan AdSense tidak muncul di blog juga bissanya disebabkan oleh pemasangan AdBlock di browser.

#6. Kode AdSense belum dipasang dengan benar

Iklan AdSense tidak muncul di blog karena salah satu masalah berikut:

* Kode AdSense tidak lengkap

* Semua kode ditampilkan dalam satu baris

* Kode berisi tag HTML tambahan di dalamnya

silakan cuba copy paste kode AdSense dengan lengkap kemudian paste di blog.

#7. Daftar di host AdSense

Penyebab iklan AdSense tidak muncul di blog iaitu kita daftar di host AdSense seperti Blogger atau Youtube dan menerapkan code iklan di blog self hosting. Misalnya korang daftar Google AdSense melalui blogger, kemudian diterapkan di blog WordPress.org dengan domain sendiri (misal: contohblog.com).

#8. Belum memasukkan PIN

Korang belum memasukkan PIN, mungkin iklan AdSense tidak muncul di blog. Nombor PIN akan dikirim oleh Google AdSense sampai 3x pengiriman. Selebihnya mengenai PIN, sila pergi ke Web Adsense dan verifikasi PIN.

#9. Iklan berada dalam bingkai

Iklan AdSense tidak muncul di blog boleh jadi kerana kita meletak kode iklan di tag div yang berlebihan sehingga dapat menghalang iklan daripada muncul.

#10. Mengaktifkan JavaScript pada browser

Jika iklan AdSense tidak muncul di blog, silakan periksa kalau-kalau ada JavaScript yang bertentangan yang dapat menghalang kemunculan iklan. Pastikan kita telah mengaktifkan JavaScript di browser agar dapat melihat iklan muncul.

Itulah 8 sebab punca publisher Google AdSense dan 10 penyebab iklan AdSense tidak muncul di blog, semoga artikel ini berguna bagi korang untuk pebulis blogger.

sumber Gambar Google Adsense

20 December 2020

Smart Meter TNB Coming soon Di Lembah Klang

Seperti kita ketahui, zaman sekarang serba canggih dan berteknologi. Segalanya di hujung jari sahaja. Dari membeli barang, perkhidmatan sehingga kewangan.

Begitu juga dengan sebuah Syarikat Elektrik GLC milik Kerajaan Malaysia iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kini Mereka telah mengorak langkah dengan memperkenalkan SMART METER.


Sebelum ini, TNB telah menguji di Negeri Melaka untuk Smart Meter. Hasilnya amat memuaskan walaupun terdapat beberapa laporan kejanggalan.


Kehadiran Smart Meter bagi tujuan pemantauan lebih baik serta memudahkan pengguna untuk melihat penggunaan Elektrik dan bill melalui App TNB.


Hasil dari percubaan di Negeri Melaka, kini ianya telah mula dipasang di Negeri Selangor bermula dengan Lembah Klang.


Beberapa buah rumah telah dipasang. Pihak Contraktor atau TNB akan menghantar surat pemberitahuan tentang penukaran Smart Meter sebelum menukar.

Bagaimana Rupa SMART METER 

Jika korang lihat Smart meter mempunyai ciri berlainan dengan meter Analog dan digital. Smart Meter mempunyai Modem yang menghantar maklumat ke bahagian bill.

Smart Meter TNB
Smart Meter Milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3  Fasa

Smart meter tiada keupayaan untuk pihak TNB merubah data penggunaan. Ianya telah di luluskan oleh Suruhanjaya Tenaga ( Kerajaan Malaysia.

Risiko Selepas Pasang SMART METER

Segala aktiviti menyentuh meter akan di ketahui oleh pihak TNB. Data yang dihantar akan merekod segala maklumat berkaitan meter.

Bolehkah Menghalang Pemasangan SMART METER

Jawapannya adalah tidak boleh. Kerana meter adalah milik HARTA TNB. Jika korang menghalang, risikonya korang akan menerima bill elektrik 2 bulan sekali mungkin akan terjadi.


Tujuan Sebenar Pemasangan bagi mengurangkan kos operasi dan pekerja. Ianya juga bagi mengikut peredaran masa. Ini adalah salah satu misi Kerajaan Malaysia untuk tnb. Kurangkan pekerja maka kuranglah kos Operasi jadinya banyaklah Wang Masuk untuk Kerajaan Malaysia terima dari TNB.