Slide 1 Slide 2 Slide 3 Slide 4 Slide 5
By iKaito | 0 comment

 


Setelah menanti mendapat iklan dari Google, akhirnya lulus juga. Bukan main susah hendak penuhi syarat yang di tetapkan.

Banyak yang perlu di buat oleh saya pada laman blog mykini.com untuk mendapat kelulusan. Terdapat perkara atau site yang perlu delete kerana melanggar hak cipta dan di anggap copy paste walaupun di olah sendiri.

Terdapat gambar yang di ambil tidak di creadit atau di letak asal usul gambar di ambil. Ada juga gambar diambil sendiri tapi di copy pihak lain dan menjadikan empuya gambar sendiri di anggap sebagai ciplak oleh pihak google.

Segala permasalahan perlu diselesaikan untuk memenuhi kehendak syarat yanh ditetapkan. Susah jugakan. Akhirnya baru berjaya.

Saya masih tertanya juga bagaimana blog dan laman web copy paste boleh lulus dengan mudah mendapat google AdSense.

Ada juga blog baru yang belum cukup syarat mampu lepas dapat Google AdSense. Saya tetap tertanya- tanya. Rezeki masing-masing agaknya.

Penggunaan iklan dari google serba sikit dapat extra income dari penulisan. Lepas ini kena cari atau baiki theme untuk lebih mesra pelawat yang rata dari pengguna Mobile Android dan iOS.

Bagi yang belum berjaya mendapat Google AdSense, penuhi syarat yang di tetapkan oleh pihak Google.


Read more...
By iKaito | 0 comment

 

Inilah Telco pilihan saya buat masa ini. Sudah menjangkau 2 Tahun saya bersama Umobile. Jika di ikutkan pada mula menggunakan line ini, rasa menyesal, mana tidaknya line perlahan.

Itu 2 tahun lepas, selepas lebih 6 bulan menggunakan line Umobile lebih stabil di kebanyakkan tempat. Cuma agak mengecewakan di dalam bandar besar.

Kenapa saya bersabar dengan line Umobile sebelum ini? Ini kerana Pakej Unlimited yang ditawarkan oleh telco ini murah. Demi penjimatan dan juga Unlimited Data (Nak Layan Anime dan Netflix).

Sebelum ini menggunakan Celcom, tetapi data tidak berapa cukup dengan data dibahagi kepada 2 iaitu pada hari biasa dan hari minggu (sabtu dan ahad).

Korang boleh lihat jumlah data yang saya baru guna hampir sebulan. Sudah hampir mencapai 50GB. Bayangkan kalau data had yang ditawarkan pasti habis dalam kurang dari sebulan.

Kelajuan Upload dan Download

Pasti korang bertanya mengenai kelajuan. Jika di bandingkan dengan 2 tahun dahulu, sekarang boleh di kata ada perubahan.


Dengan menggunakan laman web Fast.com untuk ukur kelajuan. Jika di lihat kelajuan adalah 5.8Mbps dan Upload 6.9Mbps. Saya telah membuat beberapa kali hasilnya lebih kurang sahaja.

Jika saya bandingkan 2 tahun lepas, banyak perubahan. Dimana sebelum ini hanya dalam nilai 6.0kbps - 800kbps. Sangat perlahan dan menyakitkan hati.

Kelemahan Umobile

Setiap kelebihan ada kekurangan. Antara kekurangan ialah Data Hotspot limited, jadi tidak boleh nak guna lebih-lebih. Tetapi ada cara nak unlimited.

Sms kena bayar setiap kali penggunaan. Yang ini biasanya ramai kata tak akan guna, tetapi ada masa akan guna. Setiap sms kena cas RM0.10 setiap sms.

Ini cuma perkongsian saya selepas menggunakan Umobile. Bagi korang pula kena pastikan gunakan prepaid dahulu untuk pastikan sesuai atau tidak di tempat korang sebelum beralih.

Jika korang berpuashati dengan telco korang, teruskan sahaja. Kalau korang nak bertukar lihat pakej dengan telco lain dan jangan terpedaya dengan smartphone percuma atau RM1.
Read more...
By iKaito | 0 comment

 Touch n Go

Siapa masih guna kad Touch n Go kita adalah kawan. Kad masih perlu digunakan kerana terdapat lebuhraya yang masih belum lagi menggunakan sistem baru dari Touch n Go.

Lebuhraya PLUS masih tidak menggunakan sistem RFID jadi penggunaan kad masih perlu lagi walaupun sudah maju ke depan. Saya masih pelik dengan PLUS, sebelum ini telah menggumumkan akan menggunakan sistem RFID sepenuhnya pada awal tahun. Tapi sampai ke sudah tiada khabar cerita.


Bagi penggunakan kad Touch n Go, korang perlu tahu bahawa kad Touch n Go korang ada tarikh EXPIRED. Jangan tidak percaya, memang ada pada bahagian belakang kad milik korang. Kecuali korang menggunakan kad pengenalan. Kad Debit dan Kad Kreadit ada tarikh expired pada hadapan kad.


Jika kad Touch n Go korang sudah tamat tempoh, korang perlu pergi ke kios Touch n Go berhampiran untuk mendapat kad baru secara PERCUMA. Nilai wang dalam kad korang boleh di pindah ke kad baru atau korang boleh refund wang tersebut.

Bab refund duit itu saya tidak sarankan. Kenapa? Sebab ianya mengambil masa antara 30 hari hingga 60 hari dan ianya mungkin boleh jadi lebih dari itu. Banyak sudah komen mengenai Refund yang tidak dapat. Call pun jawab macam nak tak nak jawab.

Ambil duit cepat tetapi nak refund balik, punyalah susah. Jadi korang kena pastikan kad korang masih Valid untuk digunakan. Jika tidak sampai di Toll pasti pada paparan akan keluar " Kad tamat Tempoh". Bertabahlah. 
Read more...
By iKaito | 1 comment

Penyakit berjangkit, Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia menyebabkan banyak syarikat tutup dan mengecilkan jumlah kilang / pejabat di seluruh dunia. Ramai yang telah terkesan dengan di berhentikan kerja.

Tetapi yang menariknya Kerajaan Malaysia masih memberitahu statistik kadar penggaguran masih rendah. Ini mungkin kerana kebanyakan dari yang di berhentikan kerja membuat kerja sampingan seperti membuat GRAB, FoodPanda dan memulakan perniagaan sendiri. Ada juga yang melabur saham dan juga trading FOREX. Tidak lupa juga ada yang melebur pada SCAM RM1.

Apa pun jua pekerjaan yang dilakukan, sekurangnya berusaha tanpa menunggu bantuan tiba dan mengharap sesuatu dengan hanya bertawakal sahaja.

Korang juga boleh mencari kerja kosong dalam bidang makanan seperti MCDonald, KFC dan lain lagi yang memerlukan perkerja secara kontrak atau kekal. Bagi yang hebat memanjat pokok dan tidak gayat pada tinggi, bolehlah memohon pekerjaan memanjat Pokok Kelapa.


Kerja Kosong
Keratan Akbar Kerja Kosong

Purata gaji yang tinggi sebanyak RM6500 pasti membuat korang berminat untuk mendapat pekerjaan ini. Saya telah memadamkan Nombor telefon bagi mengelakkan hal tidak di ingini. kalau rasa hendak cari, cari lah di surat khabar. Kalau korang jumpa.

Saya rasa kemungkinan iklan ini ringkas atau tersalah tulis mengenai gaji tersebut. Peluang perkerjaan masih ada, sama ada sesuai atau tidak, bergantung pada diri sendiri.

Selagi sihat tubuh badan, teruslah berusaha untuk mencari rezeki HALAL. Jangan lupa sedekah walaupun nilainya hanya sekecil yang mampu diberi. 

Read more...
By iKaito | 2 comment

Sejak akhir ini ramai juga saya terlihat agen menjual Insuran perlindungan Diri di merata tempat tidak kira di Bank atau Pusat Membeli belah. Pelbagai cara mereka untuk menarik pelanggan untuk mendengar dan menyertai insuran.


Saya sendiri ambil peluang untuk mendengar mengenai Insuran Perlindungan Diri yang di tawarkan oleh beberapa syarikat Takaful. Ada yang menarik pakej yang diberi dan ada juga kurang menarik pakej insuran. Tapi yang membuat saya kagum adalah cara penyampaian mereka yang begitu manis.

Baca Juga : Perlu ke Insurans Dalam Kehidupan.

Penyampaian mereka boleh membuatkan kita untuk mengisi borang Insurans Perlindungan Diri yang ditawarkan oleh mereka. Tetapi sebelum itu, kita kena fikir sama ada Penting Ke Insuran Perlindungan Diri ? Disini kongsi sedikit dengan korang pendapat yang boleh menjadi panduan.

Penting Ke Insuran Diri

Jawapan untuk persoalan yang berikan mempunyai 2 Jawapan. Kenapa ada 2 pula ? Ada sebabnya terdapat 2 jawapan. Jawapan tersebut akan menjawap segala persoalan..

Jawapan Pertama Insurans Diri Sangat Penting

Insurans Diri yang diambil boleh melindungi diri sendiri dan keluarga daripada hilang punca kewangan akibat sakit, kemalangan atau kematian. Apabila sakit dimana hendak mendapat wang untuk membiayai keperluan rawatan dan kehidupan harian? Siapa yang hendak bayar dan menyara kehidupan diri/keluarga semasa sakit atau meninggal?

Dengan gaya kehidupan sekarang yang memerlukan wang, amat sukar untuk menjalani kehidupan yang sangat mencabar. Dengan Insuran Diri yang di ambil, pihak Insuran akan membayar perubatan harian dan memberi wang saku untuk perbelanjaan semasa dalam wad. Jika berlaku kematian waris ( Isteri/anak/IbuBapa) akan mendapat wang pampasan. Manakala jika tiada apa berlaku dalam setahun, akan mendapat wang pelaburan dari insurans yang diambil.

Jawapan Kedua Insurans Diri Tidak Penting

Ianya tidak penting jika tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mengambil insuran. Tiada gunanya untuk ambil insuran diri jika tiada wang. Pengambilan insurans diri memerlukan jumlah wang kurang atau lebih dari RM200 untuk mendapat pakej yang terbaik. Kurang dari RM100 adalah pakej yang kurang memuaskan atau lebih kepada insuran perlindungan diri Hibah.

Ini yang dapat saya kongsikan kepada korang. Persoalan ini harap dapat tentukan sendiri berdasar 2 jawapan yang di terangkan. Saya sendiri telah mengambil insurans perlindungan diri sebab Keluarga dan juga pelaburan perlindungan untuk masa mendatang. Penting Atau Tidak Insuran Perlindungan masih terletak pada diri korang.
Read more...