This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

01 July 2020

Daftar Online SSPN-i Plan Simpanan Pendidikan

Ramai ibu/bapa yang tanya cara untuk daftar akaun SSPN-i Plus anak-anak melalui online kerana tidak mahu ambil cuti untuk ke kaunter SSPN-i.  Terdapat cara mudah untuk korang sebagai ibu/bapa untuk mendaftar.

Masa untuk mendaftar SSPN-i secara Online kurang dari 30 Minit. Ambil masa untuk membuat simpanan belajar sambil melabur untuk anak korang.

Har ini saya akan kongsikan Cara mudah daftar akaun SSPN-i Plus:

SSPN-i Plus Online Dari PTPTN

Langkah pertama :

Tekan link yang diberikan di atas kemudian pilih yang saya bulatkan iaitu Pembukaan Akaun

Pilih pembukaan akaun untuk anak sendiri dan isi nombor ic ibu/bapa dan maklumat yang diminta.



Pilih pakej simpanan yang ibu/bapa nak simpan contoh pakej intan sebulan RM30 atau mana pakej mengikut ibu/bapa nak simpan RM50, RM100, RM200, RM300 dan RM500.



Langkah kedua :

Seterusnya isi maklumat pendeposit iaitu nama ibu atau bapa yang hendak buat simpanan




Semak semula maklumat yang telah diisi sama ada betul atau salah


Langkah ketiga

Pilih kaedah potongan bulanan yang hendak dilakukan ibu/bapa sama ada autodebit, potongan gaji atau direct debit

Contoh ibu/bapa memilih autodebit isi kan nama bank dan juga nombor akaun bank yang diminta untuk potongan bulanan



Seterusnya bayaran simpanan pembukaan akaun haruslah 2 bulan ini kerana potongan akan diproses 2 bulan selepas pendaftaran akaun.

Akhir sekali pilih payment option untuk pembayaran 2 bulan tersebut ikut bank ibu/bapa ada dan selesai.

Mudah sangat mendaftar secara Online. Dengan simpanan sambil melabur dari PTPTN dapat mengelakakan anak-anak kita dari berhutang dengan PTPTN selepas habis pengajian. Jangan tangguhkan lagi, mulakan dari sekarang.

Demi masa depan ilmu anak korang dan kehidupan mendatang. Walaupun sikit korang simpan lama-lama semakin banyak. Biarkan wang berkerja untuk korang secara senyap. Selamat menyimpan sambil Melabur bukan Meleburkan duit.

30 June 2020

Cara Atasi Google Adsense Tidak Muncul Di Blog

Masalah yang biasa di lalui oleh blogger yang baru. Biasanya masalah ini ada pelbagai sebab kenapa iklan Adsense tidak muncul di blog milik korang. Bagaimana caranya hendak mengatasi masalah ini ?

Saya akan kongsikan bersama korang bagaimana hendak mengatasi masalah ini. Terdapat cara untuk
mengatasinya dengan sedikit perubahan dan penambahan code terhadap blog milik korang. Penambahan code ini tidak akan menggangu blog.



Sebelum itu, pastikan blog korang memang telah memenuhi syarat kelayakan yang di perlukan oleh google Adsense yang telah ditetapkan. Jika korang tidak memenuhi syarat maka iklan google adsense tidak akan muncul.

Setting Custom Robot.txt Dalam Setting

Apa yang perlu perlu edit bahagian robot.txt dalam blog korang. Untuk blogspot, korang perlu masuk ke bahagian dashboard kemudian  klik pada bahagian setting seperti di bawah. Klik bahagian 'Search preferences'.



Masukkan kod custom robot.txt di bawah. Gantikan url blog saya dengan url blog kepunyaan korang.
User-agent: Mediapartners-Google
Disallow:
User-agent: *
Disallow: /search
Allow: /
Sitemap: https://www.fikirnews.com/sitemap.xml
Biasanya masalah iklan Adsense tidak muncul ini berlaku akibat migrasi blog daripada protokol 'http' ke 'https' yang diperkenalkan oleh pihak Blogspot/Blogger.com.

Iklan Adsense sering 'hilang' terutama pada blog yang menggunakan domain sendiri.

Berlaku Kerana Protokol 'Https'

Jadi, korang kena letakkan 'Custom robot.txt' di atas di dalam ruangan disediakan. Pertamanya untuk memberitahu bahawa sitemap blog korang sudah menggunakan protokol lebih selamat iaitu https.

Keduanya, korang membenarkan robot Adsense untuk masuk ke dalam semua bahagian blog korang untuk mencari keyword sesuai bagi tujuan perletakkan iklan.

Jangan lupa untuk aktifkan robot.txt ini ya.

Orait, siap tutorial pertama untuk mengatasi masalah iklan Adsense tidak keluar.


Tutorial Penambahbaikkan Kod Script Adsense

Selanjutnya, korang perlu ubah sedikit kod Adsense yang anda letakkan di dalam ruangan HTML blog anda.

Kod script Adsense yang biasa adalah seperti di bawah ini.

<script async='async' src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>

Gantikan dengan kod di bawah ini ... sebelum penutup </head> atau </body>
<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
(function() { var ad = document.createElement('script'); ad.type = 'text/javascript'; ad.async = true; ad.src = 'https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js'; var sc = document.getElementsByTagName('script')[0]; sc.parentNode.insertBefore(ad, sc); })();
//]]>
</script>

 Jangan lupa save ubahsuaian ini. Kalau tak, sia-sia sahaja korang ikuti tutorial untuk atasi iklan Adsense tidak keluar.

Beri tempoh untuk robot Adsense gelintar blog korang setelah pengubahsuai dilakukan. Korang tidak akan nampak perubahan serta-merta. Namun, ini salah satu cara selesaikan masalah blog yang iklan dari Adsense tidak muncul seperti kebiasaanya tu.

12 January 2020

Bezza 2020 Facelift Terbaru Perodua

Perodua baru - baru ini telah melancarkan model Facelift mereka iaitu di kenali Bezza 2020. Dengan tagline #LebihPadu . Jika korang perasan model facelift Bezza 2020 memang berbeza dari sebelum ini. Korang Perasan ke tak!?

Perbezaan rupa paras yang lebih kelihatan 'sporty' (betul kot ejaan ni) untuk menjadi pilihan pembeli muda mahu pun tua. Harga menjadi satu cabaran untuk perodua kerana Proton saga 1.3 facelift lebih murah berbanding Perodua bezza 1.3. Cuma Proton saga 1.3 facelift  rekabentuk sedikit nampak bentuk ketua-tuaan (old Face). Penjimatan petrol untuk Proton Saga dan Perodua Saga 2020 hampir sama.

Bezza 2020 #LebihPadu

Berbalik pada Perodua Bezza 2020 Facelift, Terdapat 4 Varian yang ditawarkan untuk Perodua Bezza. Varian Manual 1.0G dengan Harga RM 34,580, Varian Automatic 1.0G dengan Harga RM 36,580, Varian Automatic 1.3X dengan harga RM 43,980 dan Varian terakhir Varian Automatic 1.3 AV dengan harga RM 49,980.

Sebanyak enam warna ditawarkan buat BEZZA 2020 untuk pilihan pembeli iaitu Ivory White,
Glitter SilverOcean BlueGranite Grey, Sugar Brown dan Garnet Red. 

Manakala enjin bagi model facelift ini masih dikekalkan dengan 1KR-VE 1.0 liter VVT-i dengan 67 kuasa kuda dan 91 NM serta enjin 1NR-VE 1.3L dual VVT-i berkuasa 94 hp/121Nm.





Di datangkan dengan sistem keselamatan (yang turut dinaik taraf) ASA 2.0 yang merangkumi sisitem seperti Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB),Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misopertaion Control (PMC).

Bezza 2020 nampak lebih sporty dangan penyertaan lampu LED yang lebih garang. Malah turut didatangkan dan dilengkapi dengan sistem Anti-Lock Brakin System (ABS) dan Electronic Brakeforce Distribution (EBD).

Amacam berbeza tak Bezza 2020?! Walaupun bagaimanapun bahagian dalaman tidak banyak berbeza. Kerusi belakang perodua telah turunkan sebanyak 27° sahaja. Sedan Perodua Bezza banyak memberi kelainan.

27 September 2019

Logo Baharu Proton

Proton dalam proses perubahan bagi meningkatkan keyakinan pengguna di Malaysia. Kalau kita lihat sekarang Proton X70 sudah banyak dijalanraya.


Evolusi PROTON sejak ia mengumumkan kerjasama strategik di peringkat global dengan Zhejiang Geely Holding Group pada tahun 2017, satu kerjasama yang mewujudkan peningkatan mendadak PROTON.

Antara kejayaan yang dikecapi dalam tempoh hanya dua tahun ialah
  • Pertumbuhan 36% dalam pasaran.
  • Satu-satunya pengeluar utama yang mempunyai pertumbuhan dua digit pada tahun 2019.
  • Lebih 102 pusat 3S dan 4S, dan jumlahnya kini semakin meningkat.
  • 5 model baharu telah dilancarkan dalam tempoh 8 bulan

Jadi, masanya telah tiba untuk PROTON mengubah Logo, Slogan dan Warna. Tujuan adalah untuk menunjukkan komitmen pada pelanggan bahawa Proton Sekarang lebih baik dan berkualiti.


Penting Ke Perubahan Logo, Slogan Dan Warna?

Bagi kita nie, perubahan Logo, slogan dan warna syarikat nampak seperti membazir. Tetapi kita kena faham bahawa perubahan bertujuan menunjukan keyakinan pelanggan terhadap jenama.

Jenama yang sebelum ini amat kurang bagus perlu menunjukan perubahan untuk berubah dengan lebih bagus. Dengan perubahan Logo mudah untuk pasaran antarabangsa.

Korang akan faham akan pentingnya logo syarikat bila korang mempunyai syarikat atau perniagaan sama ada kecil atau besar.

Selamat maju jaya PROTON.

22 September 2019

Perodua Axia Facelift 2019

Axia 2019 masih mengekalkan enjin 1.0 liter 1KR-VE dengan pemasaan injap boleh ubah pintar (VVT-i) yang digabungkan dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual pada varian E dan transmisi 4-kelajuan automatik. Dengan kecekapan bahan api yang dinilai 22.5 km/l untuk manual, 21.6 km/l untuk auto dan 20.8 km/l untuk varian baharu STYLE, Axia 2019 kekal menjadi antara kenderaan yang paling cekap bahan api di negara ini.


Berikut adalah senarai varian dan harga Perodua Axia 2019 (harga tanpa insurans):
  • Axia Standard E – RM24,090
  • Axia Standard G – RM33,490
  • Axia GXtra – RM34,990
  • Axia Style – RM38,890
  • Axia SE – RM38,890
  • Axia Advance – RM43,190

Kesemua varian Axia 2019 ditawarkan dengan jaminan selama lima tahun atau 150,000 km (yang mana terdahulu). Perodua turut menawarkan pilihan aksesori GearUp untuk Axia 2019 dan ia boleh dimasukkan terus dalam pinjaman pembelian kenderaan dan didatangkan dengan jaminan selama enam bulan.

Perbezaan perincian bagi setiap varian adalah seperti di bawah ini:

Perodua Axia E 2019

  • Enjin: 1KR-VE VVT-i 1.0 liter tiga-silinder, 67 hp dan 91 Nm tork
  • Transmisi: Manual lima-kelajuan
  • Penggunaan minyak: 22.5 km/l
  • Lampu utama projektor (jenis standard)
  • Lampu belakang LED
  • Rim: Keluli 14-inci
  • Dua beg udara, ISOFIX
  • Tempat duduk fabrik (jenis standard)
  • Meter kombinasi iluminasi amber

Perodua Axia G 2019

Ditambah:
  • ABS dan EBD
  • Dua pembesar suara di depan
  • Cermin sisi elektrik (tanpa butang lipat cermin)
  • Sistem audio dengan USB
  • Rim aloi 14-inci dengan tayar 175/65 R14
  • Penggunaan minyak: 21.6 km/l

Perodua Axia GXtra 2019

Ditambah:
  • Kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman (TRC)
  • Cangkuk anti-ragut
  • Sensor undur
  • Ketinggian tempat duduk boleh laras
  • Cermin sisi elektrik (butang untuk lipat cermin)
  • Empat pembesar suara (dua di depan dan dua di belakang)
  • Tempat duduk fabrik (jenis pertengahan)

Perodua Axia SE 2019


Ditambah:
  • Filem penapis haba
  • Sensor bampar depan
  • Lampu utama projektor (jenis tertinggi)
  • Lampu kabus hadapan
  • Sistem tanpa kunci dan butang Push Start
  • Gril depan kemasan krom
  • Skirting depan
  • Skirting sisi
  • Sistem audio dengan USB & Bluetooth
  • Tempat duduk fabrik semi-bucket (jenis SE)
  • Meter kombinasi iluminasi putih
  • Perodua Axia Style 2019
  • Ditambah:
  • Bampar depan, belakang dan gril Style
  • Rel bumbung
  • Rim aloi 15-inci dengan tayar 175/60 R15
  • Tempat duduk fabrik (jenis Style)
Dikurangkan (berbanding SE/AV):
  • ASA 2.0
  • Filem penapis haba
  • Kamera undur
  • Skirting depan
  • Penggunaan minyak: 20.8 km/l
  • Perodua Axia AV 2019
Ditambah:
  • ASA 2.0
  • Unit skrin sesentuh dengan kamera undur
  • Sistem multimedia dengan navigasi & Smart Link, USB, Bluetooth & HDMI.