This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

14 January 2019

5 Kelebihan Memiliki Domain dot MY

Sebelum membeli domain, korang perlu tahu kelebihan memiliki domain yang dibeli. Jika korang ingin memiliki Domain, saya cadangkan korang memiliki .my atau .com.my.


Sebelum korang ingin memiliki domain berakhir dengan .my, korang kena tahu kelebihannya. Jika tidak jangan beli kalau tidak tahu.

#1 Kelebihan Di Enjin Pencarian (SEO)

Bayangkan jika WEBSITE & BLOG korang berada di halaman pertama di enjin pencarian Google.com.my.

Enjin Pencarian atau dalam bahasa teknikalnya Search Engine Optimization (SEO) mempunyai lebih 2++ faktor. Antara salah satu faktor untuk berada di halaman pertama adalah dengan memiliki domain .COM.MY atau .MY

Jika korang mahukan pembaca atau pelanggan yang tepat daripada enjin carian?

Domain MYNIC ini tepat untuk korang miliki.

Semak dan Daftar Domain .COM.MY / .MY korang untuk Kelebihan di enjin pencarian di laman pembekal pendaftaran domain ini.

#2 Domain Yang Ringkas

Nama Domain yang ringkas memudahkan pengungjung untuk mengigati laman WEBSITE / BLOG milik korang. Apa yang penting nama tu unik dan pendek.

Bluemoon.my sebuah domain yang ringkas serta pendek mudah untuk korang mengingatinya.

#3 Di lindungi oleh SKMM

Jika korang memiliki domain .MY / .COM.MY , domain korang di lindungi oleh SKMM dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

Keselamatan Domain .COM.MY / .MY sangat ketat dan di pantau bagi mengelak berlaku perkara yang tidak sepatutnya.

#4 Terbaik Untuk Brand ( Jenama )

Domain .MY sangat bagus untuk penjenamaan korang dalam talian (internet) hari ini.

Ianya membawa identiti MALAYSIA ke persada antarabangsa. Mungkin satu hari nanti blog / Website milik korang menjadi sebutan sambil tu domain .MY menjadi rebutan untuk di miliki.

#5 Tingkatkan Kepercayaan Pada Pelayar

Pelayar laman web serta pengguna lebih yakin untuk melayari dan berurusan dengan korang kerana ianya di daftar dengan identiti sebenar.

Untuk mendaftar nama Domain .COM.MY  perlu di sertakan dengan Sijil Pendaftaran Syarikat.

Manakala untuk .MY perlu mengisi nama penuh seperti dalam kad pengenalan berserta No Kad pengenalan (IC). Ianya bertujuan untuk rujukan pihak berwajib.

Apa lagi yang korang tunggu tu. Dapatkan Domain .COM.MY / .MY untuk Blog / Website milik korang.

Korang boleh daftar domain korang dengan tekan link banner dekat bawah ini. Ianya terus bawa korang ke Website Exabytes.

09 January 2019

Cara Semak Akaun ASNB Menerusi Aplikasi Maybank2U Dan ATM

Saya kongsikan dengan korang untuk memeriksa akaun ASNB dengan mudah melalui Maybank2U dan Mesin ATM.

Kemudahan pemeriksaan akaun ASNB telah di umum sendiri oleh pihak Amanah Saham Berhad. Korang boleh lihat sendiri Bonus yang telah diberikan oleh pihak ASNB.

Ianya adalah kemudahan terbaru selain memeriksanya dalam Portal myASNB. Ikuti langkah tersebut.

Aplikasi Maybank2U
  • Log masuk ke Maybank2U
  • Tekan menu diatas dan cari pilihan Wealth
  • Akaun ASNB akan tertera dan tekan View untuk paparan baki akaun
  • Baki akaun dipaparkan dan tekan untuk lihat 5 transaksi akhir akaun anda
  • Pastikan anda memuat turun kemaskini aplikasi Maybank2U yang terkini di GooglePlayStore atau AppStore

Manakala untuk semak melalui mesin ATM Maybank boleh lihat pada perkongsian post dalam FB milik Amanah Saham Nasional Berhad dibawah ini.

08 January 2019

Top 10 Efficiency Of Train Service Asia Pacific 2018

Penggangkutan awam semestinya sangat penting bagi sesebuah negara. Ini bagi memudahkan rakyat yang ingin berjimat atau tidak mampu membeli kenderaan menggunakan perkhidmatan ini.

Walaubagaimanapun keretapi adalah kenderaan penggangkutan yang sangat bagus disebabkan ianya tidak menggunakan bahan fosil iaitu petrol atau Diesel untuk bergerak.

Tahukah korang bahawa baru ini terdapat senarai Top 10 Efficiency Of Train Service Asia Pacific 2018 yang dikeluarkan oleh World Economic Forum.

Terdapat 10 buah negara asia menduduki ranking terbaik dalam pengendalian keretapi didalam negara Asian Pasific.


Cuba korang lihat, Malaysia berada pada kedudukan ke 3 dalam asian tu. Sesuatu yang boleh kita banggakan walaupun sekadar dalam negara asian.

Tempat Pertama semestinya adalah Japan. Sebuah negara yang maju dalam bidang penggangkutan. Di ikuti Korea Selatan dan ke 3 adalah Malaysia.

Ianya boleh dibanggakan kerana Malaysia berjaya mengatasi negara tembok besar, China. Di harap Malaysia dapat memperbaiki lagi perkhidmatan penggangkutan awam.

Buat masa ini, Keretapi Tanah Melayu ( KTMB ) adalah penggangkutan paling laju di Malaysia. Dengan kelajuan yang sukar dilihat dengan mata apabila ianya tiba dan bergerak di station.

23 November 2018

PROTON SUV X70

Model SUV dari Proton yang tidak perlu lagi saya perkenalkan. Sebabnya korang sudah tahu mengenainya.

Proton dengan kerjasama Geely akan melancarkan SUV X70 pada 12 December 2018 berdasarkan Khabar angin yang kencang. Sebelum ini khabar angin kencang memberitahu mereka akan melancarkan pada bulan Oktober 2018 tetapi sunyi sepi. Kemudian, bulan November 2018 khabarnya tetapi sunyi sepi juga. Kini Bulan December 2018, adakah benar?


Ramai menantikan harga Proton Geely SUV X70 bagi memastikan harganya boleh dimiliki. Proton Geely SUV X70 di import dari China untuk permulaan dan selebihnya akan dipasang di Malaysia.

Proton X70 ini akan menggunakan enjin 1.8L TGDi (Turbo Gasoline Direct Injection). Unit ini mampu menghasilkan sebanyak 135 kW (181 hp) pada 5,500 rpm kuasa manakala tork pula sebanyak 285 Nm dari 1,700 rpm hingga 4,400 rpm. Pecutan dari 0-100 km/j pula boleh dicapai dalam masa 10.5 saat.

Terdapat dua sistem pacuan yang adakan ditawarkan; 2WD (tiga varian) dan AWD (satu varian). Penggunaan minyak bagi model 2WD disifatkan mampu memberikan 7.8 liter bagi setiap 100 km, manakala penggunaan minyak bagi model AWD masih beluh dimaklumkan.

Teknologi multimedia juga menjadi antara yang menarik dalam penawarannya. X70 antara lain turut dilengkapi dengan pengantar keseluruhan sistem multimedia bersepadu melalui sebuah head unit dengan TFT 8-inci skrin sentuh (resolusi 1,280 x 720) yang hadir bersama sistem GKUI – yang ditawarkan sebagai ciri standard bagi semua varian. Buat masa sekarang, ia beroperasi menggunakan platform Android terlebih dahulu sebelum dilanjutkan kepada Apple CarPlay nanti.

Lain-lain kelengkapan termasuk lima ciri yang diketengahkan pada laman utama skrin unit ini; Voice Command, GPS, Music, Phone dan juga System Settings. Untuk menggunakan head unit berkenaan, ia sama sahaja dengan cara kita menggunakan skrin sentuh pada telefon – leretkan ke kanan atau ke kiri untuk melihat aplikasi yang ada.

Selain itu, model ini juga akan didatangkan dengan kelengkapan keselamatan yang mengkagumkan; antaranya dengan ciri AEB dan juga ACC. Perlu juga dinyatakan, X70 sudah pun menjalani ujian panarafan untuk ASEAN NCAP, dan hasilnya membanggakan, dengan penilaian lima-bintang bagi keselamatan penumpang.







































Perodua SUV ARUS

Perodua selama ini bermain teka teki mengenai kenderaan SUV mereka akhirnya terjawab. Pihak Perodua mungkin akan melancarkan produk terbaru mereka berasaskan SUV 7 tempat duduk.


Perodua SUV dinamakan Arus seperti khabar angin. Khabarnya Perodua akan melancarkan sama ada dalam tahun ini atau tahun hadapan. Jika tahun ini mungkin terlewat serta terdapat saingan dari model Proton X70 walaupun berbeza Segmen.

Ianya menjangka akan dijana menggunakan enjin petrol 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i yang juga digunakan oleh Toyota Rush, Toyota Avanza dan juga Perodua Myvi. 

Baca JugaModel Toyota Rush

Seperti yang kita ketahui bahawa Toyota Rush di buat di kilang Perodua. SUV milik Perodua mungkin tidak sama dari segi dalaman kerana Perodua akan menjual dengan harga mampu milik. Ia tidaklah semewah seperti  Toyota Rush.

Baca Juga : 7 Masalah Perodua Arus

Korang boleh intai model terbaru Perodua dan Proton di KLIMS ( KL International Motor Show ) selain dari itu korang boleh lihat model lain dari pelbagai jenama disana. 

Baca Juga - Perodua Arus Bagus Ke







Creadit : Funtasticko / Careta.my