This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

20 October 2018

Model SUV Terbaru Toyota Rush

Toyota telah melancarkan kenderaan SUV terbaru dengan 7 tempat duduk. Kenderaan terbaru Toyota di namakan sebagai Toyota Rush.

Jika korang masih ingat lagi sebelum ini Toyota Rush dikeluarkan dalam bentuk  4WD. Kenderaan 4WD ini tidak bertahan lama dalam pasaran.

Toyota Rush yang di lancarkan kelihatan garang dan gagah.













Untuk maklumat boleh layari laman web toyota untuk ketahui lebih lanjut.

Adakah ini akan menjadi model untuk SUV Perodua?

13 October 2018

Perlu ke Insurans Dalam Kehidupan

Eh! Saya bukan hendak jual insurans, sekadar berkongsi cerita mengenai Insurans. Baru ini pejabat saya ada buat hari kesihatan dan keselamatan.

Kebetulan pula ada ceramah mengenai apa itu insurans. Bukan hendak jual rupanya hanya penerangan mengenai Insurans sahaja.


Permulaan ceramah, sudah memberi amaran bahawa ceramah beliau akan menyebabkan pendengar mengambil insuran atau menambah insuran atau langsung tidak mengambil insuran.

Sebelum saya pergi jauh apa kata korang faham dulu apa maksud insurans.

Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti korang, atau sebuah organisasi, seperti syarikat korang, kepada syarikat insurans. Korang atau syarikat korang akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada korang dalam bentuk premium dan sekiranya korang mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada korang.

Syarikat Insuran Di Malaysia - sumber dari IJN

Setakat ini harap korang fahamlah maksud insurans. Saya akan bawa korang pergi ke bahagian berikut iaitu jenis insurans. Insurans yang biasa ada dan pernah korang dengar ialah
  • Insurans Kenderaan
  • Insurans Rumah
  • Insurans Diri atau kelurga
  • Insurans Harta
Saya tidak perlu terangkan pasal setiap insurans diatas kerana korang sudah sedia maklum mengenai insurans yang saya nyatakan itu. Setiap insurans mempunyai perlindungan berbeza berdasarkan polisi yang ditawarkan.


Setiap insurans tidak meliputi semua yang di lindungi. Saya ambil contoh insurans kereta, ianya hanya melindungi kereta korang dari kerosakan akibat kemalangan. Tetapi insurans tersebut tidak melindungi pemandu untuk perubatan akibat kemalangan dan tidak melindungi kereta korang akibat dari bencana alam.

Insurans yang hendak korang ambil bukan insurans pelaburan kerana insuran pelaburan tidak menjanjikan pulangan yang diberitahu oleh ejen insurans. Jika korang nak melabur silalah melabur dalam perlaburan yang di iktiraf seperti ASB, ASN, Saham dan Lain lagi.

Korang kena faham, insurans yang di bayar tidak mungkin akan dapat kembalikan duit yang dibayar bulan - bulan kerana insurans yang dibayar adalah untuk melindungi jika ditimpa masalah dimasa mendatang.

Persoalanya sekarang 'Perlu Ke Insurans Dalam Kehidupan?' Jawapan Tersebut korang akan dapat bila korang baca lagi perkongsian berikutnya.

Kenapa saya tidak bagi tahu sekarang!? Padahal tajuk artical ini adalah persoalan yang perlu saya jawab.

Tetapi saya seakan tidak mahu memberi jawapan. Kerana perkongsian yang saya buat ini untuk korang sendiri yang akan menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran korang.

12 September 2018

Cara Tambah Colum Baru Pada Layout Blogspot

Baru- baru ini saya menukar Themes baru untuk Blogspot saya. Selepas tukar, agak sedih sedikit kerana tiada ruang colum pada bawah Header atau Logo di Themes saya. Agak kemurungan sikit kerana Themes yang saya guna ini agak senang sikit.

Jadi saya tanya pada en Google, akhirnya saya terjumpa laman blog Cara Tambah Colum Baru Pada Layout Blogspot. Begitu senang untuk menambah Colum pada themes sendiri. Saya kongsikan kepada korang caranya.

Cara Tambah Colum Baru Pada Layout Blogspot

Apa yang korang perlu tahu ialah dimana korang ingin tambahkan colum tersebut. Saya tambah pada bawah logo bagi tujuan letak iklan jenis Header.

Macam mana tambah Colum itu seperti gambar dibawah, Gambar sebelum dan selepas saya buat untuk blog saya.

Gambar sebelum ada Colum


Gambar selepas ada Colum

Korang boleh edit pada Themes > Edit HTML dan cari mana korang hendak letak. Saya letak pada Header atau bawah logo Contoh saya perlu pergi di edit HTML Ctrl + F cari code

</header>

Copy code di bawah pada bawah code diatas. Kemudian save.. Selesai

<div id='columbaru-wrapper'>
<b:section class='columbaru' id='kolumbaru' preferred='yes'/>
</div>

Harap korang fahamlah caranya. Korang boleh letak dimana - mana sahaja untuk tambah colum baru nie. Biar lah letak pada bahagian memang tiada colum tersebut. Colum banyak sangat boleh menyusahkan diri korang sendiri juga nanti. Pastikan perlu sahaja baru letak. Fikirkan...


11 September 2018

Nuffnang Semakin Di Lupakan

Pada seketika dahulu, Nuffnang adalah pengiklanan paling popular dikalangan Blogger Malaysia. kalau kita lihat ada sahaja blogger yang meletakan iklan tersebut di blog mereka. Blogger terkenal pun letak iklan Nuffnang serta ada cerita dapat pendapatan melalui iklan Nuffnang.

Tapi itu dulu lah, Apa saya lihat sekarang ramai telah beralih pada medium pengiklanan baru iaitu Google Adsense. Peralihan blogger Malaysia selepas Google Adsense selepas Adsense menerima Publisher berbahasa malayu dari Malaysia.

Baca Juga :  Mengenai Nuffnang Star Rating




Google Adsense mula menjadi pilihan laman web dan blogger kerana nilai pembayaran atau pendapatan menggunakan nilai mata wang USD. Cuba korang bayangkan jika USD 1 nilai pertukaran bersamaan dengan RM4.15 (11 september 2018) bukan banyak ke.

Tetapi jika hendak keluarkan sekurangnya perlu ada USD 10 baru boleh dikeluarkan. Walaupun setengah blogger menganggap ianya hanyalah bonus sahaja berlain pula dengan blogger lain yang memerlukan wang untuk beroperasi.

Meletak iklan Nuffnang bagi blogger merugikandi sebabkan income makin sukar diperolehi tidak seperti sebelum ini. Kita perlu tahu syarikat pengiklanan bukan selalunya senang mendapat syarikat untuk mengiklanan produk mereka.

Lebih lagi dengan pesaing utama mereka dari luar negara iaitu Adsense dan Facebook yang mempunyai pelanggan yang ramai.

Apakah akan terjadi dengan nuffnang dimasa hadapan? Adakah akan menjadi seperti syarikat syarikat pengiklanan digital lain yang telah lama berkubur? Fikir-fikirkan.

04 September 2018

Perodua Alza Facelift

Nampaknya Perodua telah menaik taraf kenderaan MPV Alza. Walaupun kita tahu Perodua sepatutnya melancarkan SUV compact yang di war-war kan sebelum ini.

Perodua baru ini telah meletak iklan poster sambutan Kemerdekaan dengan memaparkan MPV Alza Facelift. Nampak menarik bila dilihat dalam poster tersebut.


Jika korang lihat Perodua Alza Facelift bahagian depan seperti Myvi biru model lama. Sudah seakan seperti versi Myvi Advance MPV.

Apa yang menarik tentang berwajah baharu ini?
  • Varian AV dan SE akan mendapat wajah baharu yang lebih segar, dengan perubahan ketara pada jeriji, bampar depan dan belakang, skirt sisi serta kemasan di bawah cermin belakang kombinasi warna hitam dan krom.
  • Varian S pula masih kekal dengan rupa model sedia ada.
  • Kemasan monotona berwarna hitam pada papan pemuka untuk semua varian.
  • Balutan tempat duduk untuk varian S dan SE menggunakan fabrik berwarna gelap. Untuk varian AV pula akan mendapat sarung tempat duduk berwarna hitam dengan kemasan jalur merah.
  • Rekabentuk konsol tengah papan pemuka diberi rekaan baharu dengan kombinasi warna hitam dan krom (seperti model Myvi).
  • Kelompok meter juga diberi sentuhan rekaan serba baharu.
  • Sistem penghawa dingin Alza facelift 2018 telah dipertingkatkan untuk memberikan penumpang tempat duduk baris ketiga rasa lebih dingin dan nyaman. Ini merupakan pembaharuan yang paling dinantikan pada model MPV kompak tersebut.
  • Varian AV akan mendapat sistem multimedia dengan skrin sentuh rekabentuk baharu yang berfungsi sebagai sistem navigasi dan Smart Link untuk peranti Android. Skrin ini juga berfungsi sebagai paparan kamera undur.
  • Varian AV juga dilengkapi dengan monitor pada bahagian bumbung untuk penumpang belakang.
  • Alza facelift 2018 akan mempunyai lima pilihan warna – Electric Blue (metalik), Mystical Purple (metalik), Glittering Silver (metalik), Ivory White (solid) dan warna baharu Granite Grey (metalik) khusus untuk varian AV dan SE sahaja.
  • Dari segi keselamatan Alza facelift 2018 dilengkapi dengan dua beg udara untuk penumpang hadapan, Isofix, Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA). Ini sekaligus melayakkannya untuk menerima penarafan 4-Bintang dari ASEAN NCAP.
Perodua memberi bayangan bahawa ini adalah naik taraf terakhir untuk Perodua Alza. Mungkinkah ianya akan digantikan dengan model terbaru iaitu SUV jenis 7 tempat duduk? Perodua penuh dengan rahsia dan lebih pandang kehadapan.

Apa sahaja yang perodua lakukan pasti dapat menarik minat pembeli Malaysia. Kecil-kecil cili api, walaupun kecil cili api rasa pedas sukar ditandingi kepedasan.