This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Tutorial Blogspot. Show all posts
Showing posts with label Tutorial Blogspot. Show all posts

21 March 2019

Cara Cepat Diindeks Enjin Carian Google

Indeks enjin carian sangat penting dalam menjayakan blog/website anda. Tanpa indeks blog anda akan kesepian tanpa pengunjung dan seakan tiada nyawa. Walaupun anda menulis isi yang baru dan berkualiti tetapi isi kandungan anda akan tetap terkubur. Maka di sinilah pengetahuan SEO itu membantu supaya isi dalam blog anda dikenali dan terindeks oleh mesin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan mesin carian yang lain kerana hampir 60% pengunjung datangnya dari mesin carian. Ada beberapa teknik atau strategi yang harus anda terapkan bagi mempercepatkan proses pengindeksan.

Hantar Peta Laman ke Enjin Carian Google/Bing

Peta Laman adalah sebuah daftar isi yang menerangkan tentang apa yang ada pada blog/laman web anda. Peta laman di sini bukan merujuk kepada daftar isi seperti yang ada pada laman, tetapi peta laman yang berbentuk dokumen XML. Enjin carian hanya memahami bahasa/bentuk XML. Bagi pengguna WordPress, anda boleh membuat peta laman menggunakan plugin dan bagi pengguna Blogspot biasanya sudah disepadukan seperti dalam contoh berikut:
  • https://www.bluemoon.my/sitemap.xml
  • https://www.bluemoon.my/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
  • https://www.bluemoon.my/feeds/posts/default?orderby=updated
Sila hantar peta laman anda ke Google Webmaster Tools, untuk Bing/Yahoo silakan hantar ke Bing Webmaster Tool.

Binaan Pautan Supaya Posting Segera Diindeks oleh Mesin Carian

Untuk segera diindeks anda harus membina pautan ke laman post anda, jangan hanya mencari pautan yang mengarah ke laman utama sahaja. Carikan pautan dofollow yang mengarah ke isikandungan anda. Ini juga akan menjadikan blog anda popular dan dipercayai di mata mesin carian. Mesin carian seperti Google lebih selesa dengan blog/laman yang mempunyai pautan dofollow yang relevan yang mengarah ke laman blog anda dan membolehkan anda mendapat Google Pagerank.

Menggunakan Penanda buku Sosial/Media Sosial

Salah satu cara yang sangat mempercepatkan blog anda diindex oleh mesin pencari adalah dengan mengongsikan (share) isi laman anda dalam laman penanda buku (social bookmark) yang banyak di jumpai sekarang ini seperti Twitter, Facebook, Digg, Linkedin, dan lain-lain ataupun laman penandabuku sosial Indonesia seperti Infogue, lintas.me, Debuk, dan lain-lain. Selain itu blog anda juga akan mendapatkan laluan daripada laman media social tersebut.

Pautan Dalaman Dalam Laman Blog/Laman Web

Jika anda ingin halaman baru pada laman web anda diindeks dengan cepat maka pautan dalaman adalah sangat penting. Sebutkan halaman baru anda menggunakan anchor text link, dan kemaskini (update) halaman yang sudah diindeks sebelumnya dengan menyertakan link ke halaman baru anda (pastikan bahasa pada isikandungan anda sebelumnya sesuai dengan isikandungan anda yang baru).

Memaut halaman anda bukan sekadar membuat pautan semula luaran (external link back). Ini amat penting dalam membangunkan pautan dalaman laman web anda (internal linking) yang akan mengingatkan mesin carian tentang kehadiran isi kandungan baru pada laman anda.

Ping Laman Web/Blog Untuk Memanggil Google/Bing spider

Ping pada mulanya merupakan kaedah untuk blogger mengingatkan mesin carian dengan isi kandungan baru dalam blog mereka. Namun demikian penggunaannya telah berkembang, di mana setiap orang dapat menggunakannya untuk mengemaskini bukan sahaja blog tetapi juga laman web tradisional.

Ping adalah perkhidmatan yang sangat berguna untuk mengingatkan mesin carian dan direktori untuk memperbaharui isi kandungan anda. Banyak laman web layanan Ping online sekarang. Antara yang terbaik pada pendapat saya adalah”
  • pingoat.com
  • pingler.com
  • pingomatic.com

Komen Pada Blog Agar Pantas Diindeks oleh Enjin Carian

Blog yang mempunyai ramai pembaca aktif dan banyak isi kandungan baru akan dijelajah (crawl) dengan teratur oleh enjin carian. Dengan mendapat komen pada blog, maka anda mendapat imbasan atas popularitinya dan akan mendapatkan halaman sendiri yang diindeks dengan cepat. Cubalah untuk memberi komen baru pada blog-blog yang sudah terkenal dan mempunyai ranking tinggi. Ini merupakan cara yang sangat berkesan untuk membolehkan halaman baru diindeks dengan cepat dan pastikan bahawa anda menggunakan laman yang ingin diindeks sebagai URL laman web anda ketika memberi komen, bukan hanya laman utama (homepage) sahaja.

Kemaskini Isi Blog/Laman Web Dengan Teratur

Pastikan anda mengemaskini laman anda secara teratur. Kandungan yang baru adalah penting untuk menbolehkan laman baru diindeks. Jika isi kandungan yang ada pada blog anda sudah basi maka search engine tidak akan menjelajahi (crawl) blog anda secara teratur. Di segi yang lain, jika anda menjaga blog anda supaya sentiasa segar dan terkini (meskipun memperbarui halaman indeks) maka spider mesin carian akan terus datang kembali. Punca mngapa banyak blog mempunyai peringkat baik dan isi kandungannya terindeks dengan cepat, adalah kerana pemilik blog sering memperbarui laman mereka dengan isi yang baru.

12 September 2018

Cara Tambah Colum Baru Pada Layout Blogspot

Baru- baru ini saya menukar Themes baru untuk Blogspot saya. Selepas tukar, agak sedih sedikit kerana tiada ruang colum pada bawah Header atau Logo di Themes saya. Agak kemurungan sikit kerana Themes yang saya guna ini agak senang sikit.

Jadi saya tanya pada en Google, akhirnya saya terjumpa laman blog Cara Tambah Colum Baru Pada Layout Blogspot. Begitu senang untuk menambah Colum pada themes sendiri. Saya kongsikan kepada korang caranya.

Cara Tambah Colum Baru Pada Layout Blogspot

Apa yang korang perlu tahu ialah dimana korang ingin tambahkan colum tersebut. Saya tambah pada bawah logo bagi tujuan letak iklan jenis Header.

Macam mana tambah Colum itu seperti gambar dibawah, Gambar sebelum dan selepas saya buat untuk blog saya.

Gambar sebelum ada Colum


Gambar selepas ada Colum

Korang boleh edit pada Themes > Edit HTML dan cari mana korang hendak letak. Saya letak pada Header atau bawah logo Contoh saya perlu pergi di edit HTML Ctrl + F cari code

</header>

Copy code di bawah pada bawah code diatas. Kemudian save.. Selesai

<div id='columbaru-wrapper'>
<b:section class='columbaru' id='kolumbaru' preferred='yes'/>
</div>

Harap korang fahamlah caranya. Korang boleh letak dimana - mana sahaja untuk tambah colum baru nie. Biar lah letak pada bahagian memang tiada colum tersebut. Colum banyak sangat boleh menyusahkan diri korang sendiri juga nanti. Pastikan perlu sahaja baru letak. Fikirkan...


16 December 2017

Cara Memohon Iklan Adsense

Cara Memohon Iklan Adsense | Kalau anda lihat sekarang mana - mana blog dan website sekarang telah beralih ke iklan Adsense Google. Iklan Nuffnang yang popular di kalangan Blogger Malaysia suatu ketika mula berkurangan kerana ramai telah beralih ke Adsense.

Kenapa ramai mula beralih ? Pendapat saya mungkin disebabkan bayaran yang diberi dalam nilai USD. Bila di tukar USD1 = RM4.046 (kadar pertukaran sentiasa Berubah) menjadikan ianya semakin di minati pengguna Blogger dan Website untuk mendapat sedikit kewangan.

Saya tidak mahu cerita lagi mengenai Iklan pilihan pengguna laman web. Saya akan kongsikan pada artical lain. Hari ini saya hendak kongsi dengan anda cara untuk Memohon Adsense bagi Website, Blogger, Wordpress dan Youtube.

Google Adsense New Logos


Pemohonan bagi meletak Adsense untuk Adsense bagi Website, Blogger, Wordpress dan Youtube hampir sama. Tidak banyak perbezaan yang ada untuk memohan iklan Adsense.

Syarat untuk memohon Iklan Adsense :

1. Sebelum anda mendaftar, Pastikan Website, Blogger, Wordpress dan akaun Youtube anda aktif sekurangnya 6 bulan untuk mendapat approved dari pihak Adsense Google.

2. Pastikan anda berumur 18 tahun ke atas untuk memohon Adsense seperti yang di syaratkan oleh Adsense.

3. Website, Blogger, Wordpress dan Youtube tiada unsur jenayah yang menyalahi undang-undang negara dan dunia. Ini bertujuan bagi mengelakkan pihak Adsense tidak di labelkan sebagai penyokong jenayah.

4. Website, Blogger, Wordpress dan Youtube adalah milik anda dan bukannya pihak ketiga. Tujuan bagi mengelakkan salah guna untuk mengaut keuntungan dari hasil aktiviti fraud click.


Cara Pertama :

Pastikan anda mempunyai akaun Email dari google iaitu gmail. Kalau tiada sila-silakan daftar dahulu. - Daftar Email Gmail

kenapa tidak boleh guna akaun Email lain? Kenapa Gmail?. Sebenarnya boleh guna akaun Email lain cuma ianya akan merumitkan keadaan jika polisi Google Adsense tiba berubah.

Jika Menggunakan Email dari Google iaitu Gmail, proses tidak akan rumit serta sukar untuk wujud permasalahan di hari mendatang.

Cara Kedua :

Setelah mempunyai Akaun Email anda boleh daftar Adsense dengan pelbagai cara.

1. Jika anda ada blog dari blog pihak google, anda hanya tekan pada Earning. Anda secara automatik akan ke laman web adsense.

2. Anda boleh daftar ke laman web Adsense dan isi maklumat yang diperlukan. Cara ini untuk yang mempunyai blog Wordpress dan Laman Web sendiri.

Berikutnya, ikut turutan yang diminta termasuk meletak web anda dalam adsense bagi ,membolehkan pihak google menyemak kandungan  blog atau Laman web anda.

Pastikan Laman web atau Blog memenuhi syarat yang ditetapkan, jika tidak akaun adsense anda akan diblock dan disenarai hitam oleh pihak google adsense.

23 November 2017

Kenapa Bounce Rate Tinggi

Kenapa Bounce Rate TinggiBila Blogwalking pasti ada blogger yang menceritakan mengenai Bounce Rate blog masing-masing. Ada yang berkongsi Bounce Rate yang rendah dan juga tinggi. Jadi saya periksa blog pada Google Analytics untuk ketahui  Bounce Rate.

Bounce Rate blog saya agak tinggi dan bermakna blog saya mempunyai kualiti yang sangat kurang bagus.  Bounce Rate yang bagus di mana nilai percent kurang dari 20%. Lagi rendah lagi bagus blog tersebut. Tapi apa sebenarnya  Bounce Rate?
Bounce Rate adalah sebagai peratus kunjungan pada satu halaman post dimana penggunjung masuk halaman post ( landing page) dan kemudian pergi dari halaman post ( bermaksud penggunjung datang halaman post blog/website dan keluar halaman post tanpa membuka halaman lain dalam blog/website yang sama).

Bounce Rate selalunya menjadi alat penggukur oleh pengiklan untuk memaparkan iklan pada blog/website. Ianya juga menjadi salah satu alat bagi memastikan sama ada kualiti blog bagus atau tidak. ( erm… Mungkin ini adalah faktor Adsense tak muncul kat sini )
Punca Bounce Rate Tinggi
Punca Faktor Bounce Rate tinggi dimana penggunjung tidak atau kurang berminat dengan tajuk halaman yang terdapat didalam laman blog/web yang ada. Terapat juga Punca lain dimana peratus Bounce Rate menjadi tinggi ;
  1. Penggunjung menekan ‘back’ pada browser.
  2. Penggunjung menutup window/tab browser pada halaman yang di kunjungi.
  3. Penggunjung Menekan Iklan.
  4. Penggunjung Menekan Link yang di beri.
  5. Penggunjung Menggunakan” Search Box” dari salah satu halaman yang di kunjungi.
  6. Penggunjung menaip halaman URL baru pada Browser sama.
Perbuatan di atas menjadi salah satu punca menyebabkan penggunjung meninggalkan halaman blog/web kita tanpa mengunjung halaman lain. Bounce Rate akan menggira bahawa penggunjung baru datang dan terus pergi tanpa menggunjungi halaman lain dalam Blog/web sama.
Lebih jelas saya bagi tahu
Semakin Rendah peratus Bounce Rate, Semakin Bagus kualiti Kunjungan blog/web. Semakin Tinggi Peratus Bounce Rate, Semakin Kurang Bagus Kualiti Blog/Web.
Entri memainkan peranan penting bagi memastikan peratus Bounce Rate rendah. Jadi kita kena pastikan terdapat entri menarik pada halaman lain yang boleh menarik perhatian penggunjung untuk meneroka Blog/website.

22 November 2017

Cara Membuat Blog Daripada Blogspot

Blogspot Logo
Cara Membuat Blog Daripada Blogspot | Saya akan berkongsi dengan anda cara membuat blog dengan langkah yang mudah untuk anda fahami. Cara membuat Blog daripada Blogspot sangat mudah berbanding dengan Wordprees.

Untuk membuat blog anda perlu ada beberapa perkara sebelum mendaftar blog di blogger.com.
  • Anda perlu mempunyai akaun email iaitu Gmail.com. Jika anda tiada email dari gmail.com sila daftar di www.gmail.com.
  • Pastikan anda telah mempunyai nama blog, trademark dan arah tuju blog anda.
Untuk membuat blog perlu layari web blogger.com untuk membuat akaun blog.

1. Pergi ke laman web blogger di www.blogger.com/start .


Didalam web tersebut anda boleh mendapat sedikit penerangan daripada blogger.com. Kemudian anda tekan CREATE A BLOG

2. Cara mendaftar :
  • Terdapat 3 langkah sahaja untuk memiliki sebuah blog dengan blogger. Sangat mudah bukan. Apa yang perlu dilakukan Anda hanya perlu mengisi borang dengan maklumat yang diminta.
  • Untuk alamat email yang diminta, anda masukkan alamat email gmail.com anda tadi.
  • Kemudian setkan password untuk blog anda tadi, password tersebut jika sama dengan password email anda pun tidak mengapa.
  • Display name anda masukkan nama yang ingin ditampilkan sebagai nama penghantar pada setiap posting/artikel yang dihantar diblog anda nanti.
  • Word verification pula anda hanya perlu masukkan huruf/nombor yang ada pada gambar tersebut.
  • Tick pada kotak I ACCEPT THE TERMS OF SERVICE
  • Kemudian tekan continue.
3. Selesai langkah pertama, sekarang anda masuk kepada langkah kedua.
Sekarang anda perlu memasukkan beberapa maklumat lagi untuk blog yang anda ingin daftar.
  • Blog title adalah nama blog atau tajuk blog yang anda ingin buat, anda masukkan mengikut kehendak anda.
  • Blog URL Address adalah link URL blog anda nanti, anda pilih suatu nama yang unik untuk alamat blog anda, contoh yang unik adalah nama anda sendiri, ini kerana nama anda adalah unik. Jangan masukan simbol seperti @, #,$,%,!, _, dll
  • Kemudian anda check availability URL yang anda pilih tadi, jika dibenarkan, anda teruskan dengan tekan continue.
4. Langkah yang ketiga iaitu langkah yang terakhir adalah memilih template blog anda.
Anda boleh memilih Template yang disediakan oleh pihak blogger.com sebagai permulaan.
Sekarang anda sudah boleh membuat sebarang posting /menghantar sebarang artikel untuk blog anda tadi.

Mudah sahaja untuk orang baru yang mahu memulakan berblog. Pastikan anda tahu tujuan anda membina blog. Jika tidak blog anda akan menjadi suram kerana tiada matlamat yang anda letak untuk menghasilkan sebuah blog. Fikir Dahululah.
creadit picture google