This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Proton. Show all posts
Showing posts with label Proton. Show all posts

27 September 2019

Logo Baharu Proton

Proton dalam proses perubahan bagi meningkatkan keyakinan pengguna di Malaysia. Kalau kita lihat sekarang Proton X70 sudah banyak dijalanraya.


Evolusi PROTON sejak ia mengumumkan kerjasama strategik di peringkat global dengan Zhejiang Geely Holding Group pada tahun 2017, satu kerjasama yang mewujudkan peningkatan mendadak PROTON.

Antara kejayaan yang dikecapi dalam tempoh hanya dua tahun ialah
  • Pertumbuhan 36% dalam pasaran.
  • Satu-satunya pengeluar utama yang mempunyai pertumbuhan dua digit pada tahun 2019.
  • Lebih 102 pusat 3S dan 4S, dan jumlahnya kini semakin meningkat.
  • 5 model baharu telah dilancarkan dalam tempoh 8 bulan

Jadi, masanya telah tiba untuk PROTON mengubah Logo, Slogan dan Warna. Tujuan adalah untuk menunjukkan komitmen pada pelanggan bahawa Proton Sekarang lebih baik dan berkualiti.


Penting Ke Perubahan Logo, Slogan Dan Warna?

Bagi kita nie, perubahan Logo, slogan dan warna syarikat nampak seperti membazir. Tetapi kita kena faham bahawa perubahan bertujuan menunjukan keyakinan pelanggan terhadap jenama.

Jenama yang sebelum ini amat kurang bagus perlu menunjukan perubahan untuk berubah dengan lebih bagus. Dengan perubahan Logo mudah untuk pasaran antarabangsa.

Korang akan faham akan pentingnya logo syarikat bila korang mempunyai syarikat atau perniagaan sama ada kecil atau besar.

Selamat maju jaya PROTON.

10 September 2019

Proton Saga 2019 Terima Tempahan Tinggi

Setakat ini tempahan Saga 2019 telah melebihi 10,000 unit sejak ia dilancarkan pada 6 Ogos lalu. Lebih 1,000 daripada tempahan tersebut adalah melalui platform secara dalam talian Proton di mana pelanggan boleh menempah model tersebut hanya dengan RM9.99. Murah tu tempahan, Apa lagi cepat tempah sekarang.

Oleh kerana sambutan yang luar biasa, Proton telah melanjutkan tempoh tempahan dalam talian sehingga 17 September.


Dr Li Chunrong berkata, pelanggan begitu tertarik dengan dengan rekaannya yang diperbaharui, komponen yang dipertingkat serta sistem infotainmen skrin sentuh yang ditawarkan. Syarikat turut kagum dengan jumlah tempahan dalam talian yang diterima setakat ini dan ia telah melebihi jumlah yang mereka terima sebelum ini untuk X70.

Proton Saga 2019 Sedan mampu miliki yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia kini ditawarkan dengan lima warna menarik iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Rosewood Maroon, dan Ruby Red.

Harga jualan pula ditetapkan seperti berikut:
  • Saga 1.3L Standard MT: RM32,800
  • Saga 1.3L Standard AT: RM35,800
  • Saga 1.3L Premium AT: RM39,800
Setiap pembelian Proton Saga didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun/150,000 km yang mana terdahulu, dan termasuklah dengan kos buruh percuma untuk tiga kali servis berjadual.








11 June 2019

Proton Preve Terbaru | Biar Betul

Siapa yang tidak kenal dengan Proton, Kereta Nasional Negara Malaysia Pertama diperkenalkan. Tapi itu dululah, sekarang ianya milik swasta sepenuhnya.

Proton sedang meraikan kejayaan jualan bulan Mei kenderaan mereka yang kini telah mencecah 10k unit. Wow!!! Kan. Dengan pengenalan model Proton X70 serta sumbangan Kenderaan Saga, Persona, Iris serta Exora.

Harga juga memainkan peranan penting dalam jualan kenderaan Proton. Dimana Kenderaan Proton Boleh di dapati dalam julat harga yang mampu dimiliki golongan pertengahan.

Saya tutup dulu pasal kejayaan yang membanggakan Proton ini. Baru ini AJERUL buat hal apabila beliau telah berkongsi Grafik Terbaru Proton Preve. Memang WOW!!! Rekaan Grafik beliau.


Proton Preve dalam Grafik AJERUL sangat mewah dan nampak menawan. Terdapat sentuhan rekaan dari kenderaan GEELY dan Honda. Kenderaan apa? Korang teka lah sendiri.


Rekaan dalaman yang kemas serta mewah menampakkan lagi bertapa mewah kenderaan Proton Preve walaupun Hanya Grafik.




Grafik dari AJERUL tidak pernah mengecewakan kerana rekaan menepati cita rasa pengguna Malaysia. Jika ianya jadi kenyataan pasti laku keras kereta ini.

Tahniah untuk Proton bagi jualan Bulan Mei 2019. Jaga - jaga Perodua, mungkin perodua akan jatuh tangga kedua dan Proton kembali merampas tahta yang sebelum ini milik Proton.

02 May 2019

Proton Iriz dan Persona facelift 2019

Proton baru ini telah memperkenalkan kepada umum dengan pelancaran Iriz dan Persona facelift 2019.


Dengan harga serendah RM36,700 korang mempu memiliki kereta proton. Kereta Proton sedan dah murah, buat apa beli kereta kompak perodua dengan harga murah.

Proton Iriz facelift ditawarkan dalam lima varian, iaitu Standard 1.3L MT, Standard 1.3L CVT, Executive 1.3L CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT.
Proton Iris 2019 Facelift
Dashbord Proton Iris

Proton Persona facelift ditawarkan dengan tiga varian, iaitu Standard 1.6L MT dan CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT. 

Kedua-dua model ini telah diberi nafas baharu dengan menampilkan DNA reka bentuk baharu keluarga Proton, terutama pada jeriji hadapan yang disuntik dengan elemen busur (Ethereal Bow) yang disulami dengan motif berbentuk anyaman yang dipanggil Infinite Weave.


Secara mekanikal, kombinasi enjin dan transmisinya masih kekal namun beberapa penambahbaikan telah dibuat oleh para jurutera Proton untuk menjadikannya lebih responsif, lancar dan senyap. Dari segi keselamatan, kedua-dua model ini dilengkapi dengan Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, dua beg udara dan sensor pakir hadapan sebagai ciri standard manakala untuk varian Premium ia dilengkapi enam beg udara.

Lima pilihan warna ditawarkan untuk model Persona facelift iaitu Jet Grey, Snow White, Ruby Red, Rosewood Maroon dan Armour Silver. Iriz facelift juga akan ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Ocean Blue, Ruby Red, Snow White, Armour Silver dan Jet Grey.

Harga Proton Iriz dan Proton Persona

Harga yang ditawar memang korang mampu berhutang untuk memiliki kereta Proton.

Harga Proton Iriz 2019 mengikut varian:
  • Standard 1.3L MT – RM 36,700
  • Standard 1.3L CVT – RM 39,700
  • Executive 1.3L CVT – RM 44,700
  • Executive 1.6L CVT – RM 46,700
  • Premium 1.6L CVT – RM 50,700
Harga Proton Persona 2019 mengikut varian:
  • Standard 1.6L MT – RM 42,600
  • Standard 1.6L CVT – RM 44,600
  • Executive 1.6L CVT – RM 49,600
  • Premium 1.6L CVT – RM 54,600
Pihak Proton juga telah memberi beberapa pakej menarik secara percuma kalau korang beli sekarang.

Dengan harga semurah ini dengan varian 1.3L dan 1.6L mungkin mampu mengugat jualan Perodua. Adakah Perodua sudah bersedia untuk jadi no2 dalam pasaran dalam Malaysia? 

Sekian lama menjadi no 1 dalam pasaran Malaysia. Proton menjual semurah Perodua tetapi mempunyi ciri berteknologi yang tiada dalam kereta perodua.

Korang rasa mana lebih berbaloi untuk dimiliki? Proton atau Perodua. Fikirkan jangan menyesal lak buat pilihan.

23 November 2018

PROTON SUV X70

Model SUV dari Proton yang tidak perlu lagi saya perkenalkan. Sebabnya korang sudah tahu mengenainya.

Proton dengan kerjasama Geely akan melancarkan SUV X70 pada 12 December 2018 berdasarkan Khabar angin yang kencang. Sebelum ini khabar angin kencang memberitahu mereka akan melancarkan pada bulan Oktober 2018 tetapi sunyi sepi. Kemudian, bulan November 2018 khabarnya tetapi sunyi sepi juga. Kini Bulan December 2018, adakah benar?


Ramai menantikan harga Proton Geely SUV X70 bagi memastikan harganya boleh dimiliki. Proton Geely SUV X70 di import dari China untuk permulaan dan selebihnya akan dipasang di Malaysia.

Proton X70 ini akan menggunakan enjin 1.8L TGDi (Turbo Gasoline Direct Injection). Unit ini mampu menghasilkan sebanyak 135 kW (181 hp) pada 5,500 rpm kuasa manakala tork pula sebanyak 285 Nm dari 1,700 rpm hingga 4,400 rpm. Pecutan dari 0-100 km/j pula boleh dicapai dalam masa 10.5 saat.

Terdapat dua sistem pacuan yang adakan ditawarkan; 2WD (tiga varian) dan AWD (satu varian). Penggunaan minyak bagi model 2WD disifatkan mampu memberikan 7.8 liter bagi setiap 100 km, manakala penggunaan minyak bagi model AWD masih beluh dimaklumkan.

Teknologi multimedia juga menjadi antara yang menarik dalam penawarannya. X70 antara lain turut dilengkapi dengan pengantar keseluruhan sistem multimedia bersepadu melalui sebuah head unit dengan TFT 8-inci skrin sentuh (resolusi 1,280 x 720) yang hadir bersama sistem GKUI – yang ditawarkan sebagai ciri standard bagi semua varian. Buat masa sekarang, ia beroperasi menggunakan platform Android terlebih dahulu sebelum dilanjutkan kepada Apple CarPlay nanti.

Lain-lain kelengkapan termasuk lima ciri yang diketengahkan pada laman utama skrin unit ini; Voice Command, GPS, Music, Phone dan juga System Settings. Untuk menggunakan head unit berkenaan, ia sama sahaja dengan cara kita menggunakan skrin sentuh pada telefon – leretkan ke kanan atau ke kiri untuk melihat aplikasi yang ada.

Selain itu, model ini juga akan didatangkan dengan kelengkapan keselamatan yang mengkagumkan; antaranya dengan ciri AEB dan juga ACC. Perlu juga dinyatakan, X70 sudah pun menjalani ujian panarafan untuk ASEAN NCAP, dan hasilnya membanggakan, dengan penilaian lima-bintang bagi keselamatan penumpang.







































27 November 2017

Nama Proton Mungkin Akan Ditukar

Nama Proton Mungkin Akan Ditukar | Siapa yang guna kenderaan jenama Proton baik mengaku!!! Jangan risau, saya cuma hendak tahu sahaja.

Saya kagum orang yang pakai kenderaan proton. Sangat tabah dan sokong barang Buatan Malaysia. Bagi yang tidak guna tu, mungkin anda salah seorang seperti saya. 

Apa yang seperti saya?!! Pinjaman untuk memiliki kenderaan Proton tidak lulus. Gaji saya memang ok kalau tidak mana mungkin saya boleh memiliki kenderaan jenama luar. 

Saya hendak kongsi sedikit berita yang disorok dari kaca televisyen. Mengenai Proton yang baru di ambil alih. Berita ini di ambil dari Sumber FMT

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) baru Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrung dilapor mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina kepada nama “Bao Teng”.

Katanya ketika berucap dalam persidangan usahawan Malaysia-China ke 7 semalam, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi “Bao Teng” tetapi rakyat Malaysia menggelarnya “Pu Teng”.

Katanya, “Bao” bermaksud khazanah atau harta benda manakala “Pu” membawa maksud biasa.



Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan sebanyak 49.9 peratus sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), sebuah syarikat gergasi automotif negara China yang sebelum ini telah mengambil alih Volvo dari Sweden.

Penjualan saham itu sekaligus membolehkan Geely menguasai kepentingan sebanyak 51 peratus saham pembuat kereta Britain, Lotus melalui Proton dalam urus niaga bernilai RM277.85 juta, manakala baki 49 peratus lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd.




Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrong berkata, syarikat itu akan memperkenalkan 3 model kereta canggih di pasaran Malaysia.

Beliau dipetik China Press berkata, Proton akan melancarkan kereta pemanduan automatik, kereta berkuasa elektrik sepenuhnya dan kereta terbang yang pertama pada 2019.

Katanya, selain model Boyue, syarikat itu akan menaik taraf dan mengubah suai 8 model sedia ada dalam usaha meningkatkan daya saing Proton.

Katanya, selaku lambang negara yang turut mewakili tamadun perindustrian Malaysia, Proton ialah kebanggaan rakyat Malaysia dan mempunyai sejarah gemilang khasnya pengambilalihan Lotus pada 1996.

Li berkata, bahagian pasaran Proton sehingga bulan lalu sudah stabil di tahap 13%, lebih baik berbanding tahun lalu.

Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan 49.9% sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), gergasi automotif China yang sebelum ini mengambil alih Volvo dari Sweden.

Urus niaga itu juga membolehkan Geely memiliki kepentingan 51% dalam pembuat kereta Britain, Lotus daripada Proton pada harga £51 juta (RM277.85 juta), manakala baki 49% lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd.

Proton yang ditubuhkan pada 1983, bergelut sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan.

Nama Proton bakal ditukar atau tidak, kita tunggulah kesahihan berita ini. Mungkin lepas ini mungkin akan guna pulak pekerja mereka sendiri dari China. Ianya seperti yang terjadi pada Edra Power Plant (anak syarikat 1MDB) dimana rata-rata pekerja adalah datang dari China.


Manakala rakyat tempatan menjadi pekerja menunggu dibuang bila ada peluang. Fikirkan dahululah nasib anda selepas ini.

22 November 2017

Proton Iris Berpantun Kepada Perodua Myvi

Proton Iris Berpantun Kepada Perodua Myvi | Anda sudah lihat Rekabentuk baru Perodua Myvi baru? Kalu belum, boleh lihat dekat showroom perodua. Tak nak beli pun tak ape, lihat secara dekat sahaja rekabentuk yang dihasilkan jurutera tempatan.

Boleh tahan juga Myvi baru keluaran perodua nie. Teruja gak saya untuk membelinya. Mana tidaknya dengan harga yang mampu milik dan menambah ciri-ciri moden serta keselamatan membuat myvi lain dari kenderaan sebelum ini.

Bayangkan, Ada juga ciri dari Kenderaan jenama lain yang telah diletakkan yang ada dalam Myvi. Daripada beli kenderaan jenama luar yang harga lebih mahal dari Myvi baik beli ” Raja Jalan Raya” ini.

Sumber dari dalam Akbar Sinar ( Tajuk Eh! Dia Berpantun ), Proton Iris berpantun kepada Myvi sambil membuat promosi.

 
"Tahniah Myvi, Iriz ucapkan, sama-sama nanti menghiasi jalan, promosi Iriz kini jadi rebutan. servis percuma atau RM5,000 penjimatan

Pantun ini di muat naik dalam laman sosial Facebook milik Proton. Persaingan sihat ini nampak baik bagi perodua dan Proton.

Bagi saya, Sangat menarik cara promosi Proton ini. Baru nampak kewujudan Proton dalam pasaran.
Saya harap pinjaman bank beli kereta Proton itu jangan Rumit sangat. Rumitnya macam nak beli kereta harga RM100K. Fikirkan Sebelum Terlambat.