This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Plan Unlimited. Show all posts
Showing posts with label Plan Unlimited. Show all posts

04 April 2021

Maxis Unlimited Data Dan Hotspot Prepaid Terbaik

Mencari yang Unlimited adalah kemahuan pengguna di zaman sekarang. Tetapi adakah ianya memberi Unlimited Hotspot?


Permintaan pengguna sekarang bukan sahaja Data unlimited tetapi Hotspot juga. Ada ke Syarikat Telco boleh bagi pakej yang seperti ini?


Jawapanya ada. Sebenarnya kita tidak sedar bahawa Maxis Hotlink ada menawarkan Hotspot Unlimited dengan menawarkan kelajuan sehingga 6Mbps.

Maxis Hotlink Unlimited Data Wifi


Apa yang korang perlu adalah dengan melanggan pakej Passes Hotlink Unlimited Data yang menawarkan kelajuan 3Mbps dengan harga RM 35 atau 6Mbps dengan harga RM45


Hotlink Unlimited Internet Prepaid
Pakej Bulanan Passed Maxis Hotlink

Selepas itu, baru lah korang boleh add-on Unlimited Wifi dengan menambah RM 5. Wifi unlimited bergantung pada pakej Passed yang korang pilih.


Hotlink Unlimited Wifi Internet Prepaid
Add-On Pakej Wifi Unlimited

Pencapaian Kelajuan Data Hotlink

Ini pasti paling ramai ingin tahu. Bagi saya ianya bergantung kepada liputan Maxis Hotlink di kawasan korang.


Di tempat saya, liputan sangat baik dan mampu mendapat kelajuan 6Mbps tanpa masalah. Ujian di buat lebih 5 kali dan hasil adalah sama.


Maxis Hotspot Unlimited

Korang boleh gunakan Handphone / Smartphone korang sebagai hotspot wifi. Atau korang boleh guna Modem Hotspot Wifi sim card.


Sebaiknya kongsi tidak melebihi 2 orang. Jika tidak kelajuan yang korang dapat dalam lingkungan kbps sahaja.





13 July 2020

Celcom Axiata Unlimited Internet dan Call | Biar Betul

Perang Unlimited Data Internet antara Telco di Malaysia sedang berlaku. Telco di Malaysia sedang membuat promosi untuk menarik pelanggan.

Celcom Axiata, sedang membuat promosi kaw kaw kaw dengan memberi pakej Unlimited Data Internet dan Panggilan.

CelCom Unlimited Internet And Calls - sumber Celcom Axiata
Nampaknya Celcom tidak mahu ketinggalan dengan pesaing mereka seperti Umobile dan Digi (Baca juga : Digi Unlimited Prepaid Sangat Murah ).

Pakej Unlimited hanya untuk pengguna Prepaid sahaja. Pengguna Postpaid kekal sedia ada pakej yang ditawarkan.

Pakej Unlimited yang di tawarkan semurah RM12 untuk 7 hari penggunaan. Manakala Hotspot 1GB sahaja. Pakej unlimited untuk seminggu, bagi saya lah murah berbanding telco lain. Panggilan Unlimited untuk semua Network.

CelCom Unlimited Internet And Calls 7 days Only RM12 - sumber Celcom Axiata

Gempak kan tawaran Celcom. Bukan itu sahaja, Celcom Axiata juga menawarkan Pakej Unlimited Internet and call pada harga RM35 untuk 30 hari. Diberi juga 3GB Hotspot sahaja. Panggilan Unlimited untuk semua Network.

CelCom Unlimited Internet And Calls RM35 For 30days - sumber Celcom Axiata

Kalau korang rasa memang berbaloi, boleh ler beli simcard baru atau beralih arah. Untuk sms kena bayar tiada Unlimited. Mana-mana Telco yang bagi pakej Unlimited tidak akan memberi percuma SMS buat masa ini.


02 July 2020

Digi Unlimited Prepaid Sangat Murah

Zaman la ni kena cari yang murah. Jadi nak dapatkan yang murah kena ada usaha lebih sikit.

Logo MyDiGi App - sumber

Syarikat Telco DiGi telah memperkenalkan pakej bulanan prepaid Data dan Panggilan Unlimited semurah RM35 sahaja untuk 30 hari.


Di ulangi, Prepaid bukan Pospaid. Jadi yang guna prepaid dapat berita gembira. Jadi kalau korang pengguna Prepaid ada perluang untuk mendapatkan Unlimited ini dari DiGi.

Tapi ada yang tidak menariknya. Bukan suka-suka boleh diberi tawaran semurah untuk Unlimited. Tawaran ini tidak terdapat dalam Menu penawaran pilihan pakej.

Hanya pelanggan Prepaid tertentu akan dapat melalui 'MyDiGi' "Box Of Surprise". Ianya hampir sama dengan penawaran Maxis melalui 'Hotlink MU' yang ditawarkan setiap masa.

MyDigi App Box Of Surprise

Dengan RM35 Sebulan agak berbaloi korang untuk mendapatkan Unlimited Data Dengan kelajuan 3Mbps. Hampir sama dengan penawaran yang di buat telco Xpax dan Hotlink.

Walaubagaimanapun, Umobile menawarkan lebih baik dengan nilai yang berbeza RM5 dengan Giler Unlimited GX30. Kelajuan yang ditawarkan 6Mbps dan quota hotspot 6GB.

Saya dapat FREE Unlimited Day, tapi Digi hadkan pemberian sekali je seminggu (7 hari). Lepas tu baru bagi Free lagi untuk minggu berikutnya. Boleh lah dari tak ada. Saya suka guna Digi sebab banyak dapat free data, creadit dan pakej murah dengan Owsem.


Apa lagi pengguna Digi, cepat periksa App MyDigi manalah tahu korang bertuah. Boleh lah layan Movie sampai lebam.

sumber gambar MyDigi App

27 June 2018

Pakej Pelan Unlimited Dari U Mobile

Untuk tempoh beberapa bulan kebelakangan ini kebanyakan syarikat telekomunikasi jarang menggumumkan pakej terbaru mereka untuk menarik pelanggan. Adakah ianya ada berkait dengan pilihanraya mahupun hari raya ataupun keadaan ekonomi namun segalanya bakal berubah dengan pengumuman terbaru dari U Mobile.
 
U Mobile telah mengumumkan kemaskini terbaru untuk pelan pascabayar dan prabayar yang sentiasa disukai golongan muda yang dipanggil Giler Unlimited. Dua Pelan ini membawakan kod nama yang sama, dipanggil GX malah jauh lebih rendah harganya berbanding pesaing lain, serendah RM 30 untuk GX30 prabayar dan RM 50 untuk GX50 pascabayar.


GX30 merupakan pelan prabayar terkini dari U Mobile dibawah jenama Giler Unlimited. Pada harga serendah RM30 untuk penggunaan selama 30 hari, pengguna akan menerima kuota data percuma tanpa had dan menariknya, tiada sebarang had atau waktu tertentu untuk menikmatinya seperti sebelum ini sekaligus memberikan lebih nilai untuk pengguna.



GX50 pula merupakan pelan pascabayar Giler Unlimited dimana pelanggan hanya perlu membayar RM50 sebulan bagi langganan mereka untuk menikmati kesemua tawaran yang sedia ada untuk GX30, ditambah dengan kuota panggilan tanpa had.

 
Untuk kedua-dua pelan ini juga, mereka bakal menerima kuota data penggunaan hotspot di kawasan tertentu. Bagi pelanggan prabayar GX30, kuota data hotspot adalah sebanyak 3GB manakala 5GB untuk pelanggan pelan pascabayar GX50.
 
Dengan kedua-dua penawaran terbaru ini, ia sekaligus memberikan lebih pilihan buat para pengguna dan bagi pengguna U Mobile, mereka tidak perlu lagi risau mengenai kuota data kerana pada zaman ini kuota data telahpun menjadi satu keperluan asasi seperti air dan elektrik.



 Pasti syarikat telekomunikasi lain akan berusaha untuk memberi pelan terbaik bagi mengelakan mereka kehilangan pelanggan yang pernah terjadi pada syarikat Telco Maxis. Pelan Unlimited internet dan panggilan sangat di nantikan di zaman sekarang. Tidak sabar hendak lihat pelan syarikat telekomunikasi yang lain.