This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Insurans. Show all posts
Showing posts with label Insurans. Show all posts

06 December 2020

Insuran Perlindungan Diri Penting Ke

Sejak akhir ini ramai juga saya terlihat agen menjual Insuran perlindungan Diri di merata tempat tidak kira di Bank atau Pusat Membeli belah. Pelbagai cara mereka untuk menarik pelanggan untuk mendengar dan menyertai insuran.


Saya sendiri ambil peluang untuk mendengar mengenai Insuran Perlindungan Diri yang di tawarkan oleh beberapa syarikat Takaful. Ada yang menarik pakej yang diberi dan ada juga kurang menarik pakej insuran. Tapi yang membuat saya kagum adalah cara penyampaian mereka yang begitu manis.

Baca Juga : Perlu ke Insurans Dalam Kehidupan.

Penyampaian mereka boleh membuatkan kita untuk mengisi borang Insurans Perlindungan Diri yang ditawarkan oleh mereka. Tetapi sebelum itu, kita kena fikir sama ada Penting Ke Insuran Perlindungan Diri ? Disini kongsi sedikit dengan korang pendapat yang boleh menjadi panduan.

Penting Ke Insuran Diri

Jawapan untuk persoalan yang berikan mempunyai 2 Jawapan. Kenapa ada 2 pula ? Ada sebabnya terdapat 2 jawapan. Jawapan tersebut akan menjawap segala persoalan..

Jawapan Pertama Insurans Diri Sangat Penting

Insurans Diri yang diambil boleh melindungi diri sendiri dan keluarga daripada hilang punca kewangan akibat sakit, kemalangan atau kematian. Apabila sakit dimana hendak mendapat wang untuk membiayai keperluan rawatan dan kehidupan harian? Siapa yang hendak bayar dan menyara kehidupan diri/keluarga semasa sakit atau meninggal?

Dengan gaya kehidupan sekarang yang memerlukan wang, amat sukar untuk menjalani kehidupan yang sangat mencabar. Dengan Insuran Diri yang di ambil, pihak Insuran akan membayar perubatan harian dan memberi wang saku untuk perbelanjaan semasa dalam wad. Jika berlaku kematian waris ( Isteri/anak/IbuBapa) akan mendapat wang pampasan. Manakala jika tiada apa berlaku dalam setahun, akan mendapat wang pelaburan dari insurans yang diambil.

Jawapan Kedua Insurans Diri Tidak Penting

Ianya tidak penting jika tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mengambil insuran. Tiada gunanya untuk ambil insuran diri jika tiada wang. Pengambilan insurans diri memerlukan jumlah wang kurang atau lebih dari RM200 untuk mendapat pakej yang terbaik. Kurang dari RM100 adalah pakej yang kurang memuaskan atau lebih kepada insuran perlindungan diri Hibah.

Ini yang dapat saya kongsikan kepada korang. Persoalan ini harap dapat tentukan sendiri berdasar 2 jawapan yang di terangkan. Saya sendiri telah mengambil insurans perlindungan diri sebab Keluarga dan juga pelaburan perlindungan untuk masa mendatang. Penting Atau Tidak Insuran Perlindungan masih terletak pada diri korang.

13 October 2018

Perlu ke Insurans Dalam Kehidupan

Eh! Saya bukan hendak jual insurans, sekadar berkongsi cerita mengenai Insurans. Baru ini pejabat saya ada buat hari kesihatan dan keselamatan.

Kebetulan pula ada ceramah mengenai apa itu insurans. Bukan hendak jual rupanya hanya penerangan mengenai Insurans sahaja.


Permulaan ceramah, sudah memberi amaran bahawa ceramah beliau akan menyebabkan pendengar mengambil insuran atau menambah insuran atau langsung tidak mengambil insuran.

Sebelum saya pergi jauh apa kata korang faham dulu apa maksud insurans.

Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti korang, atau sebuah organisasi, seperti syarikat korang, kepada syarikat insurans. Korang atau syarikat korang akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada korang dalam bentuk premium dan sekiranya korang mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada korang.

Syarikat Insuran Di Malaysia - sumber dari IJN

Setakat ini harap korang fahamlah maksud insurans. Saya akan bawa korang pergi ke bahagian berikut iaitu jenis insurans. Insurans yang biasa ada dan pernah korang dengar ialah
  • Insurans Kenderaan
  • Insurans Rumah
  • Insurans Diri atau kelurga
  • Insurans Harta
Saya tidak perlu terangkan pasal setiap insurans diatas kerana korang sudah sedia maklum mengenai insurans yang saya nyatakan itu. Setiap insurans mempunyai perlindungan berbeza berdasarkan polisi yang ditawarkan.


Setiap insurans tidak meliputi semua yang di lindungi. Saya ambil contoh insurans kereta, ianya hanya melindungi kereta korang dari kerosakan akibat kemalangan. Tetapi insurans tersebut tidak melindungi pemandu untuk perubatan akibat kemalangan dan tidak melindungi kereta korang akibat dari bencana alam.

Insurans yang hendak korang ambil bukan insurans pelaburan kerana insuran pelaburan tidak menjanjikan pulangan yang diberitahu oleh ejen insurans. Jika korang nak melabur silalah melabur dalam perlaburan yang di iktiraf seperti ASB, ASN, Saham dan Lain lagi.

Korang kena faham, insurans yang di bayar tidak mungkin akan dapat kembalikan duit yang dibayar bulan - bulan kerana insurans yang dibayar adalah untuk melindungi jika ditimpa masalah dimasa mendatang.

Persoalanya sekarang 'Perlu Ke Insurans Dalam Kehidupan?' Jawapan Tersebut korang akan dapat bila korang baca lagi perkongsian berikutnya.

Kenapa saya tidak bagi tahu sekarang!? Padahal tajuk artical ini adalah persoalan yang perlu saya jawab.

Tetapi saya seakan tidak mahu memberi jawapan. Kerana perkongsian yang saya buat ini untuk korang sendiri yang akan menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran korang.