Logo Baru Perak FC Dengan Azam Baru
Kelab Bolasepak Perak FC kini telah dimiliki oleh XOX iaitu syarikat telekomunikasi. Dengan membeli kelab yang banyak hutang dengan harga RM1.
Internet Fiber | Maxis Fiber Atau TM Unifi
Antaranya TIME, MAXIS dan TM. Pilihan yang perlu dibuat berdasarkan harga, kawasan liputan, perkhidmatan, kelebihan, kelajuan dan limit data.
Pelitup Muka Perlu SIRIM Pulak
Semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.
This is default featured slide 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
10 Sebab iklan AdSense tidak muncul di blog
Adsense dari Google adalah sebuah syarikat pengiklanan. Google menjana pendapatan dari pengiklanan yang dapat dari syarikat yang mahu promosi Produk, Perkhidmatan dan aktiviti Syarikat.
08 June 2022
Guna Jenama Islam Untuk Laris Barang
06 December 2020
Adakah Kita Matang
Satu persoalan yang bermain dalam fikiran saya mungkin juga diri korang juga. Betul ke saya sudah matang sepenuhnya? Walaupun usia semakin meningkat adakah fikiran dan diri matang sama? Adakah seseorang yang sudah Baligh sudah matang sepenuhnya.?
![]() |
sumber gambar dari google search |
Ciri - Ciri Sifat Orang Matang
Antara ciri sifat orang yang betul matang dalam hidup ini yang amat sukar dijumpai ;- Korang dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat tidak tercapai.
- Korang mampu menyembunyikan perasaan Korang yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
- Korang tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
- Korang dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
- Korang mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun Korang ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
- Korang dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya korang tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat korang yang lain.
- Korang terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud korang.
- Korang dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
- Korang memandang jauh ke depan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
- Korang memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang korang tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
- Korang berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar korang minati.
- Korang mengaku dengan jujur tidak tahu bila korang betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
- Korang menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
- Korang akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa Korang dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
- Korang dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun korang tidak merasa senang kerananya.
- Korang boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak Korang sukai.
- Korang dapat menwujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
- Sekiranya Korang LELAKI, Korang dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa korang adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
- Sekiranya Korang WANITA, Korang dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
31 July 2020
Cara Dapatkan RM50 Kredit e-Penjana
Untuk melayak korang untuk menuntut RM50 ePENJANA, pastikan korang memenuhi syarat-syarat berikut:
- Mestilah warganegara Malaysia,
- Mestilah 18 tahun dan ke atas,
- Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun berdasarkan rekod terkini di LHDN,
- Dan yang PALING PENTING sudah mendaftar dalam aplikasi MySejahtera.
![]() |
Boost eWallet ePenjana |
![]() |
Touch n Go eWallet ePenjana |
![]() |
Grab eWallet ePenjana |
30 July 2020
Kelebihan Dan Kekurangan RFID Dari Touch n Go
Harga masih murah berbanding dengan peranti SMART TaG yang berharga RM135. Sebelum ini, RFID PERCUMA dan tiada pembayaran untuk pemasangan.
![]() |
sumber Gambar Touch n Go |
Kebaikan dan Kekurangan RFID
Selepas menggunakan RFID ianya sangat mudah untuk digunakan. Tambah nilai senang sahaja hanya di App Touch n Go.Baki mudah diperiksa serta boleh semak harga tol yang dikenakan.
Pemasangan mudah hanya pasang di cermin luar atau di Lampu di bahagian kiri. Cumanya risiko manusia gatal tangan yang akan mencabut pelekat RFID.
Apabila melalui lorong RFID, Jangan terlalu laju. Limit adalah 35km/j sahaja berbanding dengan angaran mereka 50km/j.
Tol yang ada RFID juga belum ada sepenuhnya. Lebih seksa apabila sistem RFID lambat respond terhadap pelekat RFID yang dipasang.
Paling dirindui adalah bunyi dari SMART TAG apabila lalu di lorong tol. RFID tidak mengeluarkan apa - apa bunyi. Agak berisiko sikit pemandu untuk melanggar penghadang jika RFID gagal mengesan.
Untuk makluman korang, TNG Digital ialah usahasama antara Touch 'n Go Sdn Bhd (milik penuh CIMB Group Holdings Berhad) dan ANT Financial Group (dahulunya dikenali sebagai AliPay, berpengkalan di Hangzhou, China).
Sistem RFID perlu di perbaiki dari segi pengesanan RFID di tol. Sistem dah bagus cuma bagi saya sistem masih pada takuk lama. Seperti guna SMART TAG, bagai tiada perubahan selain pada fizikal.
05 July 2020
Origami | Cara Buat Kapal Terbang Kertas
Bagi yang sudah lupa saya kongsi satu persatu penghasilan kapal terbang kertas.
Korang ajaklah sekali anak korang untuk mereka asah minda supaya menjadi kreatif dan.
Kalau tak jelas, tekan gambar untuk besar:
![]() |
Sumber Gambar Rujukan : AFRL
|
Sudah siap, korang boleh cuba bertanding dengan anak atau isteri/suami. Lihat sapa yang lebih bagus terbang lebih jauh. Selamat Bergembira.
01 July 2020
Daftar Online SSPN-i Plan Simpanan Pendidikan
Masa untuk mendaftar SSPN-i secara Online kurang dari 30 Minit. Ambil masa untuk membuat simpanan belajar sambil melabur untuk anak korang.
Har ini saya akan kongsikan Cara mudah daftar akaun SSPN-i Plus:
SSPN-i Plus Online Dari PTPTN
Langkah pertama :
Tekan link yang diberikan di atas kemudian pilih yang saya bulatkan iaitu Pembukaan Akaun
Pilih pembukaan akaun untuk anak sendiri dan isi nombor ic ibu/bapa dan maklumat yang diminta.
Pilih pakej simpanan yang ibu/bapa nak simpan contoh pakej intan sebulan RM30 atau mana pakej mengikut ibu/bapa nak simpan RM50, RM100, RM200, RM300 dan RM500.
Langkah kedua :
Seterusnya isi maklumat pendeposit iaitu nama ibu atau bapa yang hendak buat simpanan
Semak semula maklumat yang telah diisi sama ada betul atau salah
Langkah ketiga
Pilih kaedah potongan bulanan yang hendak dilakukan ibu/bapa sama ada autodebit, potongan gaji atau direct debit
Contoh ibu/bapa memilih autodebit isi kan nama bank dan juga nombor akaun bank yang diminta untuk potongan bulanan
Seterusnya bayaran simpanan pembukaan akaun haruslah 2 bulan ini kerana potongan akan diproses 2 bulan selepas pendaftaran akaun.
Akhir sekali pilih payment option untuk pembayaran 2 bulan tersebut ikut bank ibu/bapa ada dan selesai.
16 September 2019
Jenis Topeng Muka Yang Sesuai Masa Jerebu
Musim panas dan berjerebu habuk kini kembali lagi melanda Malaysia dan Singapura. Banyak aktiviti luar telah di hadkan dan dibatalkan bagi mengelak masalah kesihatan seperti sesak nafas.
Korang tahukan, punca jerebu adalah disebabkan kebakaran hutan di negara jiran Indonesia. Titik panas banyak di sebelah kawasan Kepulauan Indonesia serta tiupan angin yang membawa asap ke negara jiran Malaysia dan singapura.
Jerebu di negara Indonesia lebih teruk dengan kadar penglihatan sangat terhad berbanding negara jiran mereka. Menteri Indonesia masih lagi menafikan punca jerebu datang dari mereka, sebaliknya menyalahkan Malaysia. Ini kerana, terdapat kebakaran hutan di Sarawak, Malaysia.
Tiupan angin membuktikan bahawa angin yang membawa asap kebakaran tidak melalui semenanjung Malaysia dan Singapura.
Jenis Topeng Yang Sesuai
Ada diantara korang yang tidak tahu bahawa topeng muka yang sesuai untuk digunakan semasa jerebu adalah jenis yang boleh menapis habuk.Topeng yang sesuai adalah jenis R95 yang sangat baik untuk digunakan. Rupa bentuk topeng muka adalah seperti gambar dibawah. Topeng n95/R95 menapis 95% partikal habuk diudara. Harga bagi 1 topeng ini RM2 hingga RM2.50. Harga topeng ini boleh mencecah RM10 jika korang nampak terdesak dimata penjual.
![]() |
R95/N95 Tapis 95% habuk |
Topeng Muka Jenis Kain
Jika korang membeli topeng muka jenis kain yang ada 2 warna iaitu biru dan putih diharap jangan menggunakannya. Ini kerana topeng yang digunakan adalah untuk memerangkan atau menghalang bakteria dari keluar atau masuk dari pengguna kepada orang lain.Topeng jenis yang doktor pakai tidak menapis habuk ianya tidak memerangkap habuk. sebab itu hargaya korang boleh beli antara RM0.50 - RM1.50. Harganya boleh menjadi mahal sehingga RM5 untuk mereka yang cetek ilmu.
Sebelum membeli pastikan korang meneliti dahulu topeng muka, bagi mengelakkan ditipu peniaga. Biasanya topeng jenis doktor banyak dijual di farmasi. Topeng Jenis N95/R95 boleh didapati di hardware dan juga farmasi tertentu sahaja.
Jika korang ada masalah pernafasan (Penyakit Asma) wajib menggunakannya. Yang tiada penyakit elok gunakan masa tengah jerebu nie bagi mengelakkan sesak nafas dengan udara yang bberhabuk.
04 August 2019
Wajah Baru MataWang Malaysia | Biar Betul
Ini adalah kerana rakyat Malaysia berani berubah secara aman atau demokrasi tanpa sebarang peperangan dan rusuhan.
Ini membuatkan Malaysia dilihat sebagai negara contoh bagi sesebuah negara lain. Selepas hampir 1 tahun 3 bulan pemerintahan wakil kerajaan baru, terdapat khabar angin mengenai penukaran rupa matawang Malaysia.
Adakah ianya benar atau tidak? Adakah ianya hanyalah mainan dunia siber? Masih belum di pastikan.
Tiada berita dari Bank Negara mengenai matawang baru ini. Ada yang mengatakan ianya hanyalah untuk koleksi pengumpul matawang.
Antara wajah baru Matawang Negara Malaysia yang Viral :
![]() |
Matawang RM5 |
![]() |
Matawang RM10 |
![]() |
Matawang RM50 |
![]() |
Matawang RM1000 |
Apa pun sama betul atau tidak, saya rasa elok kita tunggu cerita sebenar dari pihak berkuasa. Jika membuat andaian tanpa kisah sebenar akan menjadi fitnah.
09 July 2019
Cara Membuat Pembayaran Yes 4G
- Bayar melalui maybank2u melalui akaun ahli di laman Web YES 4G.
- Bayar melalui kad kreadit melalui akaun Ahli di Laman Web YES 4G.
- Bayar diwakil penjual sah yang memberi perkhidmatan pembayaran Bill Yes 4G.
05 June 2019
Punca Rambut Beruban Dan Cara Mengatasinya
Jangan dicabut uban tu pula ada Akibat mencabut uban di kepala. Dalam Islam juga ada sebab kenapa tidak boleh dicabut rambut uban. Ada kajian mengenai kenapa rambut yang berwarna hitam boleh berubah menjadi rambut putih (uban).
Antara kajiannya adalah kekurangan Vitamin B antara punca tumbuhnya rambut beruban kerana Vitamin B adalah sumber penting kepada kesihatan rambut manusia terutama kepada mereka yang masih muda.
Kurangnya Vitamin B dalam tubuh badan akan menyebabkan terjadinya pigmen pada rambut tanpa disedari. Kepentingan Vitamin B dapat menjaga keseimbangan air dalam tubuh badan, membantu penyerapan lemak dalam usus dan membantu kestabilan metabolisme badan
Cara Mengatasi Masalah Rambut Beruban Atau Putih
Bagi mengatasi masalah rambut beruban, perlunya pengambilan pelbagai jenis makanan seperti beras merah, kuning telur, susu, jantung dan hati ayam, gandum dan kacang hijau untuk menambah Vitamin B. -sumber-Rambut beruban tidak semestinya ada kaitan dengan keturunan semata-mata seperti yang kita ketahui. Sebenarnya cara Makanan yang diambil, produk cuci rambut dan gaya hidup juga antara peranan dalam pertumbuhan rambut uban.
Bila ada rambut berwarna putih jangan risau lagi, ada cara mengatasinya. Kawan saya kata, jika lelaki ada sedikit rambut putih (uban) menunjukan ianya sorang lelaki matang dalam kehidupan. Kalau perempuan pula, korang boleh fikirkan pandangan mereka.