This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Google. Show all posts
Showing posts with label Google. Show all posts

11 December 2020

Iklan Google AdSense Lulus Juga

 


Setelah menanti mendapat iklan dari Google, akhirnya lulus juga. Bukan main susah hendak penuhi syarat yang di tetapkan.

Banyak yang perlu di buat oleh saya pada laman blog mykini.com untuk mendapat kelulusan. Terdapat perkara atau site yang perlu delete kerana melanggar hak cipta dan di anggap copy paste walaupun di olah sendiri.

Terdapat gambar yang di ambil tidak di creadit atau di letak asal usul gambar di ambil. Ada juga gambar diambil sendiri tapi di copy pihak lain dan menjadikan empuya gambar sendiri di anggap sebagai ciplak oleh pihak google.

Segala permasalahan perlu diselesaikan untuk memenuhi kehendak syarat yanh ditetapkan. Susah jugakan. Akhirnya baru berjaya.

Saya masih tertanya juga bagaimana blog dan laman web copy paste boleh lulus dengan mudah mendapat google AdSense.

Ada juga blog baru yang belum cukup syarat mampu lepas dapat Google AdSense. Saya tetap tertanya- tanya. Rezeki masing-masing agaknya.

Penggunaan iklan dari google serba sikit dapat extra income dari penulisan. Lepas ini kena cari atau baiki theme untuk lebih mesra pelawat yang rata dari pengguna Mobile Android dan iOS.

Bagi yang belum berjaya mendapat Google AdSense, penuhi syarat yang di tetapkan oleh pihak Google.


22 March 2019

Ketahui Jenis Perkhidmatan Iklan Dari Google

Bagi korang yang masih baru dalam dunia siber ini, pasti korang tidak tahu bahawa korang boleh jana pendapatan dalam dunia siber.


Tapi bagaimana hendak jana pendapatan? Disini saya kongsi dengan korang bagaimana boleh jana pendapatan dengan menggunakan medium pengiklanan dari google.

Terdapat 3 jenis perkhidmatan pengiklanan di google;

  • Google Adsense
  • Google Admob
  • Google AdWord
Google Adsense

Perkhidmatan iklan Google Adsense biasanya dipaparkan pada Website - website/ Channel Youtube / Blogger developer milik korang. Bila ramai yang berkunjung / Menekan iklan / Menonton Video Youtube, korang akan mendapat nilai bayaran dalam bentuk nilai dollar (Usd).

Penilaian Pembayaran Google Adsense :
  • $0.01-$0.04 per click iklan.
  • $0.01-$0.10 setiap 100 unique visitor tanpa click iklan.
  • $0.15-$0.25 setiap tontonan sampai habis.
Untuk mendapat nilai bayaran, korang perlu ada dahulu 30k unique visitor atau aktif sekurangnya 6 bulan pada Website - website/ Channel Youtube / Blogger developer milik korang.

Jumlah wang dibenarkan cash out adalah $100 (RM400) yang akan di bank in / western Union.

Bila Wang DiBayar

Kalau korang cashkan duit sebelum 21hb, payment akan dapat dalam 23 atau 24 hari bulan direct masuk ke akaun bank. Kalau korang cashkan duit selepas 21hb, payment korang bulan depan baru masuk.

Google admob

Sama saja macam Google Adsense cuma bezanya Google Admob untuk Mobile Apps/Mobile Game.

Google Admob ada 3 jenis id iklan :
  • Banner Ads : $0.01 per click
  • Interstetial Ads : $0.04 per click
  • Video Ads : $0.15-$0.25 per watch(sampai habis)
Kalau nak buat Mobile App untuk Google Admob kena cari syarikat yang menawarkan perkhidmatan buat app.
Google Adwords 

Perkhimatan iklan yang korang nak promote barang/app/service dan sebagainya. So nanti product yang korang promote ni akan keluar dekat service2 Google yang lain mcm GMAIL,GooglePlay dan sebagainya.

kalau korang nak buat duit dengan Google , guna Google Admob/Adsense. Kalu nak buat promosi boleh guna Google Adword


21 March 2019

Cara Cepat Diindeks Enjin Carian Google

Indeks enjin carian sangat penting dalam menjayakan blog/website anda. Tanpa indeks blog anda akan kesepian tanpa pengunjung dan seakan tiada nyawa. Walaupun anda menulis isi yang baru dan berkualiti tetapi isi kandungan anda akan tetap terkubur. Maka di sinilah pengetahuan SEO itu membantu supaya isi dalam blog anda dikenali dan terindeks oleh mesin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan mesin carian yang lain kerana hampir 60% pengunjung datangnya dari mesin carian. Ada beberapa teknik atau strategi yang harus anda terapkan bagi mempercepatkan proses pengindeksan.

Hantar Peta Laman ke Enjin Carian Google/Bing

Peta Laman adalah sebuah daftar isi yang menerangkan tentang apa yang ada pada blog/laman web anda. Peta laman di sini bukan merujuk kepada daftar isi seperti yang ada pada laman, tetapi peta laman yang berbentuk dokumen XML. Enjin carian hanya memahami bahasa/bentuk XML. Bagi pengguna WordPress, anda boleh membuat peta laman menggunakan plugin dan bagi pengguna Blogspot biasanya sudah disepadukan seperti dalam contoh berikut:
  • https://www.bluemoon.my/sitemap.xml
  • https://www.bluemoon.my/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
  • https://www.bluemoon.my/feeds/posts/default?orderby=updated
Sila hantar peta laman anda ke Google Webmaster Tools, untuk Bing/Yahoo silakan hantar ke Bing Webmaster Tool.

Binaan Pautan Supaya Posting Segera Diindeks oleh Mesin Carian

Untuk segera diindeks anda harus membina pautan ke laman post anda, jangan hanya mencari pautan yang mengarah ke laman utama sahaja. Carikan pautan dofollow yang mengarah ke isikandungan anda. Ini juga akan menjadikan blog anda popular dan dipercayai di mata mesin carian. Mesin carian seperti Google lebih selesa dengan blog/laman yang mempunyai pautan dofollow yang relevan yang mengarah ke laman blog anda dan membolehkan anda mendapat Google Pagerank.

Menggunakan Penanda buku Sosial/Media Sosial

Salah satu cara yang sangat mempercepatkan blog anda diindex oleh mesin pencari adalah dengan mengongsikan (share) isi laman anda dalam laman penanda buku (social bookmark) yang banyak di jumpai sekarang ini seperti Twitter, Facebook, Digg, Linkedin, dan lain-lain ataupun laman penandabuku sosial Indonesia seperti Infogue, lintas.me, Debuk, dan lain-lain. Selain itu blog anda juga akan mendapatkan laluan daripada laman media social tersebut.

Pautan Dalaman Dalam Laman Blog/Laman Web

Jika anda ingin halaman baru pada laman web anda diindeks dengan cepat maka pautan dalaman adalah sangat penting. Sebutkan halaman baru anda menggunakan anchor text link, dan kemaskini (update) halaman yang sudah diindeks sebelumnya dengan menyertakan link ke halaman baru anda (pastikan bahasa pada isikandungan anda sebelumnya sesuai dengan isikandungan anda yang baru).

Memaut halaman anda bukan sekadar membuat pautan semula luaran (external link back). Ini amat penting dalam membangunkan pautan dalaman laman web anda (internal linking) yang akan mengingatkan mesin carian tentang kehadiran isi kandungan baru pada laman anda.

Ping Laman Web/Blog Untuk Memanggil Google/Bing spider

Ping pada mulanya merupakan kaedah untuk blogger mengingatkan mesin carian dengan isi kandungan baru dalam blog mereka. Namun demikian penggunaannya telah berkembang, di mana setiap orang dapat menggunakannya untuk mengemaskini bukan sahaja blog tetapi juga laman web tradisional.

Ping adalah perkhidmatan yang sangat berguna untuk mengingatkan mesin carian dan direktori untuk memperbaharui isi kandungan anda. Banyak laman web layanan Ping online sekarang. Antara yang terbaik pada pendapat saya adalah”
  • pingoat.com
  • pingler.com
  • pingomatic.com

Komen Pada Blog Agar Pantas Diindeks oleh Enjin Carian

Blog yang mempunyai ramai pembaca aktif dan banyak isi kandungan baru akan dijelajah (crawl) dengan teratur oleh enjin carian. Dengan mendapat komen pada blog, maka anda mendapat imbasan atas popularitinya dan akan mendapatkan halaman sendiri yang diindeks dengan cepat. Cubalah untuk memberi komen baru pada blog-blog yang sudah terkenal dan mempunyai ranking tinggi. Ini merupakan cara yang sangat berkesan untuk membolehkan halaman baru diindeks dengan cepat dan pastikan bahawa anda menggunakan laman yang ingin diindeks sebagai URL laman web anda ketika memberi komen, bukan hanya laman utama (homepage) sahaja.

Kemaskini Isi Blog/Laman Web Dengan Teratur

Pastikan anda mengemaskini laman anda secara teratur. Kandungan yang baru adalah penting untuk menbolehkan laman baru diindeks. Jika isi kandungan yang ada pada blog anda sudah basi maka search engine tidak akan menjelajahi (crawl) blog anda secara teratur. Di segi yang lain, jika anda menjaga blog anda supaya sentiasa segar dan terkini (meskipun memperbarui halaman indeks) maka spider mesin carian akan terus datang kembali. Punca mngapa banyak blog mempunyai peringkat baik dan isi kandungannya terindeks dengan cepat, adalah kerana pemilik blog sering memperbarui laman mereka dengan isi yang baru.