Slide 1 Slide 2 Slide 3 Slide 4 Slide 5
Showing posts with label Forex. Show all posts
By iKaito | 0 comment

Kebiasaanya kita berkerja untuk mendapatkan wang dengan tujuan tertentu. Sehinggakan ada yang menjadi hamba kepada wang.

Lumrah bagi seorang manusia yang mempunyai kehendak melebihi kemampuan.


Jadi ilmu pengurusan kewangan sangat penting bagi memastikan kita tidak menjadi hamba wang. Jadi Bagaimana caranya?

Banyak orang telah melakukan, yang ada ilmu maju kehadapan, manakala yang malas lambat kehadapan.

Caranya adalah dengan pelaburan. Pelaburan terdapat 2 cara. Perlaburan risiko dan Pelaburan tiada risiko.

Pelaburan Risiko

Terdiri daripada pelaburan saham dan pelaburan Forex. Pelaburan ini berisiko jika tiada ilmu. Jika berilmu ianya pelaburan menguntungkan.

Pelaburan Tiada Risiko

Korang cuma sediakan wang. Pihak ketiga akan menguruskan pelaburan untuk korang.
Contoh : ASB, AHB (Amanah Hartanah Bumiputra), Simpanan Tabung Haji, Public Mutual dll

Pastikan setiap pelaburan telah diperakui oleh Bank Negara. Itu penting.

Pastikan juga korang ada akaun pelaburan yang ada nama dan nombor pelaburan. Jika korang tidak memilikinya bermaksud ianya SKIM CEPAT KAYA.

Dengan melabur wang korang akan berganda. Daripada menyimpan tapi tiada penambahan tambahan.

Ini adalah idea dan cadangan saya untuk korang. Kalau korang ingin melabur saya cadangkan cari ilmu. Kalau Malas, simpan je dalam ASB (Amanah Saham Bumiputra).

Segalanya terletak ditangan korang.
Read more...
By iKaito | 0 comment

Dunia pelaburan semakin diminati di zaman sekarang. Mesti korang perasan, ramai sekarang melabur dalam Saham dan Forex.


Yang lebih popular sekarang adalah Trading Forex. Kalau korang tidak percaya, boleh lihat di laman sosial dimana ramai Trader Forex mahu berkongsi ilmu secara Percuma atau Berbayar.

Baca Juga : Tips Asas Berjaya Dalam Trading Forex

Trading Forex kebanyakan di lakukan secara sambilan atau sepenuh masa kerana pulangan bergantung kepada bagaimana situasi semasa ekonomi sesebuah negara.

Forex seperti Money Exchange, dimana ianya berdagang berdasarkan naik dan turun matawang.

Hukum Trading Forex

Ada antara fikirkan bahawa Forex adalah Haram. Ianya sebab pemikiran bahawa forex seperti Skim Cepat Kaya.

Sebenarnya  bukan seperti itu. Trading Forex adalah Harus dalam islam. Beberapa agamawan menggangap Trading Forex adalah peniagaan yang ada Untung dan Rugi.

Selagi Trading Forex tidak mempunyai 3 unsur atau salah satu seperti

  • Riba
  • Penipuan
  • Penganayaan

Tetapi jika orang yang Trading Forex ada salah 1 unsur tersebut, maka jadi haram. Ini kerana Trading Forex adalah bentuk analisis ekonomi BUKAN BERDASARKAN NASIB SEPERTI JUDI NOMBOR.

Beza Main Forex dan Trading Forex

Trading Forex - Menganalisis situasi ekonomi dan melabur berdasar analisis ekonomi yang didapati dalam berita.

Main Forex - Melabur berdasarkan Nasib dan tekaan tanpa membuat sebarang analisis serta berharap seperti Main Judi Nombor.

Korang dah tahu perbezaan bukan. Walaupun ringkas sahaja perbezaan tetapi saya telah terangkan dahulu mengenai Pelaburan Forex (Trading Forex).

Trading Forex tidak memerlukan modal besar untuk melabur. Korang boleh melabur sekecil $10 dolar. Tetapi untung juga kecil sangat.

Perlu di ingat, melabur ini rugi memang pasti, untuk untung belum pasti kalau tidak jaga emosi.

Emosi ini perlu, jika korang ada emosi Tamak, korang boleh rugi. Bila rugi emosi marah. Kawal emosi dan kawal kewangan semasa Trading Forex.

Belajar dari SiFu Trading Forex yang berjaya. Pelbagai cara boleh digunakan untuk Trading Forex. Yang penting banyak baca mengenai isu semasa ekonomi.

Selamat Melabur Forex dan Melabur Saham. Jangan Sampai Lebur...

Read more...
By iKaito | 0 comment

Ada antara korang yang baru nak jinak dalam pelaburan Forex? Pelaburan Forex kebanyakkan dari kita lakukan secara sambilan sahaja, betul tak.

Forex ni kalau tidak belajar dengan baik, mungkin risiko dapat Berangka merah memang tinggi berbanding dapat Berangka Biru.


Ada yang kata Untuk mendapat kurang risiko dan mendapat untung tinggi kena labur dengan nilai tinggi. Itu adalah SALAH!! Yang penting sekali ada ilmu strategi pelaburan.

Kalau tiada, letak tinggi atau rendah mana pelaburan tanpa ilmu pasti dapat Berangka Merah.

Penting juga kalau korang yang melabur Forex sendiri berbanding menyuruh pihak lain yang lakukan. Agak rugi kerana ilmu pelaburan tidak mungkin akan diperolehi dengan mudah.

Disini saya kongsikan dengan korang 4 Tips Asas Untuk Di kuasai untuk berjaya.

1. TETAPKAN MATLAMAT DAN PERANCANGAN TINDAKAN

Perkara utama yang perlu korang buat untuk berjaya dalam forex adalah belajar untuk tetapkan matlamat dan merancang plan tindakan.

Trade forex adalah sama seperti perniagaan atau kerjaya yang lain yang mana jika korang tidak menetapkan matlamat dan merancang tindakan, korang akan menempah kegagalan.

Perancangan tindakan untuk trading adalah satu keperluan kerana tanpanya trading akan jadi satu perjudian.

Perancangan trade yang baik akan menentukan 3 peraturan yang perlu kita patuhi :

i. Waktu untuk masuk market

ii. Berapa had risiko

iii. Bila waktu nak exit

Tips yang pertama ini adalah penting untuk korang buat dan patuhi peraturan yang korang buat sendiri, sekiranya korang nak berjaya dalam forex.

2. BELAJAR MENGAWAL EMOSI DAN MENERIMA KERUGIAN

Dalam forex, kerugian merupakan suatu kebiasaan. Sama seperti perniagaan lain yang tidak terlepas dari mengalami kerugian demi kerugian.

Seorang trader pastinya juga tidak terlepas dari mengalami kerugian yang mana ada trader yang rugi sangat banyak dan ada trader yang rugi hanya ‘tipis’, sikit.

Korang sebagai trader perlu belajar untuk mengawal emosi dan menerima kerugian kerana trader terbaik dunia pun mengalami kerugian dan faham bahawa ianya sebahagian dari perniagaan.

Kesannya jika korang berjaya mengawal emosi dan mendepani kerugian, korang merupakan seorang trader yang berjaya menguruskan risiko dan emosi dengan sewajarnya.

3. GUNA SAIZ LOT YANG BETUL  

Ok, ini adalah tips yang penting untuk mengawal risiko kerugian dalam fx iaitu menggunakan saiz lot yang betul dan tepat.

Setiap kali nak trading pastikan korang tetapkan saiz lot yang betul kerana ia merupakan kunci untuk anda kekal dalam dunia forex.

Disini saya berikan kepada korang jadual bagi saiz lot yang betul.


4. BELAJAR BUANG SIFAT TAMAK

Apabila korang membuka position dan pasaran seolah mengikut seperti yang korang analisiskan, korang akan mudah tergoda untuk hold lebih lama kerana korang fikir ia kan terus bergerak dalam arah yang sama dan mendapat untung yang banyak.

Walau bagaimanapun, ini boleh memakan diri apabila pasaran berubah dengan cepat dan menghakis semua keuntungan korang dan kembali kepada situasi yang mana ‘ berangka  merah’.

Jadi korang perlu belajar untuk membuang sifat tamak bila mana korang berada dalam arena forex ini. Korang perlu menahan godaan untuk trade kerana nak untung banyak dan set minda korang untuk mengawal kerugian.

Dalam post ini, korang telah belajar 4 tips bagaimana untuk berjaya dalam arena forex supaya korang lebih berjaya, kaya dan gembira.

Penting untuk korang guna semua 4 tips dan kaedah diatas supaya kerjaya, emosi dan kerugian anda dapat dikawal dengan baik.

Bagi yang mencari Trader Forex, boleh pilih sama ada etoro, XM Forex atau insta Forex. Ini yang agak popular di kalangan Trader Di Malaysia. Selamat Berjaya.
Read more...