Slide 1 Slide 2 Slide 3 Slide 4 Slide 5
Showing posts with label Domain. Show all posts
By iKaito | 3 comment

Bagi korang yang belum kenal dengan Exabytes, Saya cuma nak bagi tahu nie. Exabytes Syarikat tempatan yang menawarkan korang Domain dan Server yang murah.

Exabytes kini sibuk mempromosi Domain yang Malaysia [dot]my. Promosi yang dibuat agak lucu sikit dengan meletak nama `hero Avengers: Endgames` diakhiri dengan [dot]my.








Promosi yang sempoi je guna nama hero. Korang boleh gak letak domain nama cicakman, kluangman atau badang kalau suka.

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh blogger yang inginkan domain [dot]my.

Harga untuk domain [dot]my untuk 1 tahun adalah RM120. Jika korang beli untuk 2 tahun RM240, akan dapat PERCUMA 2 tahun lagi. Jadinya 4 tahun untuk domain [dot]my. WoW kan.


Tawaran yang dibuat memang murah. Sampai bg 50% diskaun tu. Jangan lepas peluang bagi yang belum ada domain.

BACA JUGA : 5 Kelebihan Memiliki Domain dot MY

Bagi yang mahu domain selain [dot]my, saya letak gambar senarai harga domain lain. Ada juga domain lain dengan potongan harga yang cukup menarik untuk dimiliki.

Baca Juga : Kelebihan Domain [dot]my

Server pun ada juga, korang boleh tekan pada gambar yang saya sediakan dibawah.


Daftar Domain [dot]my

Langkah 1# : Pastikan korang daftar dahulu jika pertama kali dengan Exabytes.

Langkah 2# : Selepas Daftar, pergi bahagian 'Domain' untuk daftar 'Register New Domain'.

Langkah 3# : Selepas daftar domain, buat bayaran 'Online Banking' atau kreadit card.

Langkah 4# : Hantar gambar Salinan IC untuk Domain korang di daftarkan.

Langkah 5# : Tunggu dalam masa 24 jam, sehingga domain korang selesai didaftarkan, sebelum digunakan.

Selesai.

Baca Juga : Cara Letak Domain Dari Exabytes Di Blogspot (akan datang)

Saya nasihat pada yang mahu domain baru, Pastikan nama domain korang mudah, ringkas dan senang di ingati penggunjung.

sumber : FB & Web Exabytes 
Read more...
By iKaito | 2 comment

Sebelum membeli domain, korang perlu tahu kelebihan memiliki domain yang dibeli. Jika korang ingin memiliki Domain, saya cadangkan korang memiliki .my atau .com.my.


Sebelum korang ingin memiliki domain berakhir dengan .my, korang kena tahu kelebihannya. Jika tidak jangan beli kalau tidak tahu.

#1 Kelebihan Di Enjin Pencarian (SEO)

Bayangkan jika WEBSITE & BLOG korang berada di halaman pertama di enjin pencarian Google.com.my.

Enjin Pencarian atau dalam bahasa teknikalnya Search Engine Optimization (SEO) mempunyai lebih 2++ faktor. Antara salah satu faktor untuk berada di halaman pertama adalah dengan memiliki domain .COM.MY atau .MY

Jika korang mahukan pembaca atau pelanggan yang tepat daripada enjin carian?

Domain MYNIC ini tepat untuk korang miliki.

Semak dan Daftar Domain .COM.MY / .MY korang untuk Kelebihan di enjin pencarian di laman pembekal pendaftaran domain ini.

#2 Domain Yang Ringkas

Nama Domain yang ringkas memudahkan pengungjung untuk mengigati laman WEBSITE / BLOG milik korang. Apa yang penting nama tu unik dan pendek.

Bluemoon.my sebuah domain yang ringkas serta pendek mudah untuk korang mengingatinya.

#3 Di lindungi oleh SKMM

Jika korang memiliki domain .MY / .COM.MY , domain korang di lindungi oleh SKMM dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

Keselamatan Domain .COM.MY / .MY sangat ketat dan di pantau bagi mengelak berlaku perkara yang tidak sepatutnya.

#4 Terbaik Untuk Brand ( Jenama )

Domain .MY sangat bagus untuk penjenamaan korang dalam talian (internet) hari ini.

Ianya membawa identiti MALAYSIA ke persada antarabangsa. Mungkin satu hari nanti blog / Website milik korang menjadi sebutan sambil tu domain .MY menjadi rebutan untuk di miliki.

#5 Tingkatkan Kepercayaan Pada Pelayar

Pelayar laman web serta pengguna lebih yakin untuk melayari dan berurusan dengan korang kerana ianya di daftar dengan identiti sebenar.

Untuk mendaftar nama Domain .COM.MY  perlu di sertakan dengan Sijil Pendaftaran Syarikat.

Manakala untuk .MY perlu mengisi nama penuh seperti dalam kad pengenalan berserta No Kad pengenalan (IC). Ianya bertujuan untuk rujukan pihak berwajib.

Apa lagi yang korang tunggu tu. Dapatkan Domain .COM.MY / .MY untuk Blog / Website milik korang.

Korang boleh daftar domain korang dengan tekan link banner dekat bawah ini. Ianya terus bawa korang ke Website Exabytes.

Read more...