Logo Baru Perak FC Dengan Azam Baru

Kelab Bolasepak Perak FC kini telah dimiliki oleh XOX iaitu syarikat telekomunikasi. Dengan membeli kelab yang banyak hutang dengan harga RM1.

Internet Fiber | Maxis Fiber Atau TM Unifi

Antaranya TIME, MAXIS dan TM. Pilihan yang perlu dibuat berdasarkan harga, kawasan liputan, perkhidmatan, kelebihan, kelajuan dan limit data.

Pelitup Muka Perlu SIRIM Pulak

Semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

10 Sebab iklan AdSense tidak muncul di blog

Adsense dari Google adalah sebuah syarikat pengiklanan. Google menjana pendapatan dari pengiklanan yang dapat dari syarikat yang mahu promosi Produk, Perkhidmatan dan aktiviti Syarikat.

Showing posts with label Dividen. Show all posts
Showing posts with label Dividen. Show all posts

23 December 2021

Pengagihan Dividen ASB Akhir Disember 2021

Sebut sahaja ASB sahaja yang tak kenal kan? Diwujudkan untuk Rakyat Malaysia yang nak melabur secara selamat tanpa risiko.

Kalau di tanya orang kampung mesti pernah mendengar tentang ASB sekalipun kurang faham bagaimana pelaburan ASB dijalankan.


ASB adalah produk syarikat pengurusan unit amanah Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) yang dimiliki secara penuh oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Hari ini, ASNB mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan 4.25 sen seunit beserta bonus 0.75 sen. Ini menjadikan jumlah total dividen yang diagihkan sebanyak 5.00 sen seunit kepada pelabur-pelabur dana ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (FY21).
Kena faham di sini kiraanya, jumlah unit x 4.25sen. Manakala bonus jumlah unit x 0.75sen. Jangan kira terus total 5.00sen. Ingat ! Sen bukan ringgit walaupun 4.25sen bersamaan dengan RM0.42 manakala bonus 0.75sen bersamaan dengan RM0.075
 
Secara total, pengagihan dividen berjumlah RM8.9 bilion ini akan akan memanfaatkan 10.4 juta pemegang unit ASB.


Ini menjadikan jumlah pengagihan dana pendapatan dan bonus terkumpul kepada RM168.5 bilion sejak ia mula diperkenalkan pada 1990.

Pengerusi kumpulan PNB Tun Arifin Zakaria berkata peruntukan ASB dalam pelaburan antarabangsa meningkat daripada 5.9% pada 2020 kepada 8.2% tahun ini.

Ekuiti awam antarabangsa menyumbang 30.7% bahagian kepada pendapatan kasar pada 2021 berbanding 24.2% tahun lepas.



Berikut adalah sejarah pengagihan dividen ASB sejak 2010:

2021: 4.25 + 0.75
2020: 4.25 + 0.75
2019: 5.00 + 0.50
2018: 6.50 + 0.50
2017: 7.00 + 1.25
2016: 6.75 + 0.50
2015: 7.25 + 0.50
2014: 7.50 + 1.00
2013: 7.70 + 1.00
2012: 7.75 + 1.15
2011: 7.65 + 1.15
2010: 7.50 + 1.25

Presiden dan ketua eksekutif kumpulan PNB Ahmad Zulqarnain Onn berkata, “walaupun dalam persekitaran yang mencabar, kami digalakkan untuk melihat peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang melabur bersama kami, serta peningkatan dalam saiz pelaburan mereka. Hal ini berikutan peningkatan bilangan akaun daripada 200,000 kepada 10.4 juta akaun, dan unit edaran bertambah daripada 7.4 bilion (4.3%) kepada 181.2 bilion unit.

Mengukuhkan strategi Focus 4, tahun ini PNB berkata ia mencapai kemajuan ketara dalam tiga bidang tumpuan iaitu mencipta nilai dalam prestasi portfolio domestiknya, meneruskan usaha mempelbagaikannya ke pasaran global melalui pelbagai kelas aset, dan mempercepatkan penawaran digitalnya.

Korang kena faham, kadar dividen yang diberi ini selepas diambil kira pelbagai kos yang perlu ditolak oleh PNB dari modal yang dimasukan oleh pelabur. Apa kos yang di tanggung oleh pelabur/penyimpan korang boleh rujuk pada buku yang disertakan dalam penyata yang akan dihantar pada korang.

Dengan hanya guna duit pelabur/penyimpan, PNB Mampu bina banggunan ke 2 tertinggi hasil labur guna duit korang.

Sumber: Berita Harian Online