Logo Baru Perak FC Dengan Azam Baru

Kelab Bolasepak Perak FC kini telah dimiliki oleh XOX iaitu syarikat telekomunikasi. Dengan membeli kelab yang banyak hutang dengan harga RM1.

Internet Fiber | Maxis Fiber Atau TM Unifi

Antaranya TIME, MAXIS dan TM. Pilihan yang perlu dibuat berdasarkan harga, kawasan liputan, perkhidmatan, kelebihan, kelajuan dan limit data.

Pelitup Muka Perlu SIRIM Pulak

Semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

10 Sebab iklan AdSense tidak muncul di blog

Adsense dari Google adalah sebuah syarikat pengiklanan. Google menjana pendapatan dari pengiklanan yang dapat dari syarikat yang mahu promosi Produk, Perkhidmatan dan aktiviti Syarikat.

Showing posts with label Digi. Show all posts
Showing posts with label Digi. Show all posts

09 July 2022

DiGi Fibre 300Mbps Murah dari Telco Lain

Murah adalah perkara yang wajib bagi rakyat Malaysia untuk di cari. Murah bermaksud ianya juga perlu berkualiti bukan sambil lewa.

Internet adalah menjadi 1 keperluan dizaman moden ini dan boleh menjadi kehendak jika tidak menggunakan secara elok.

Digi nama yang tidak asing dalam dunia Telekomunikasi dalam malaysia dan antara ke 3 terbesar dan bakal menjadi syarikat telekomunikasi paling besar di Malaysia.

Digi kini menawarkan DiGi Fibre dengan harga yang cukup tidak masuk akal. Dengan harga yang lagi murah dari Unifi dan Allo.

Digi Fibre menawarkan pakej 300Mbps dengan harga Promosi dengan kontrak 24 bulan berharga RM100. IYE, RM100 harganya.



Untuk siapa yang ingin memasang, perlu pastikan yang tempat korang ada Fiber dari UNIFI. Sebab Digi tumpang atau sewa Fiber unifi.



Tetapi, ada tetapinya. Pakej yang korang hendak ini ada syaratnya. Murah tetapi ada ceritanya yang perlu korang faham.

Hendak dapat 300Mbps dengan Harga RM100, Korang perlu Tahu.
  • Melanggan Postpaid dari digi baru dapat Harga yang di promosi.
  • Selepas habis kontrak 24 bulan, Harga akan jadi RM 130 atau RM 150



Ini antara, hidden yang perlu korang tahu bila ada harga pakej murah.

Walaupun nampak murah dan berbaloi, pastikan syarat-syarat ini tidak membebankan korang. Harga yang di tawarkan tidak termasuk SST 6%.



Semak dahulu syarat sebelum memasang. Untuk mengelakkan korang tertipu dengan Agent dan promosi di laman sosial.

Sumber - DiGi

16 December 2020

Digi Fibre Unlimited Internet

Biasanya kita selalu dengar yang menawarkan Fibre Unlimited ini Tm-Unifi berdasarkan pakej kelajuan yang di sediakan. Ada juga telco lain menawarkan pakej Fibre untuk pengguna dengan kadar harga sama dengan Unifi dari Telekom Malaysia.

Sebelum saya pergi jauh, artical ini tidak ditaja. Ini adalah pembacaan yang saya dapat dalam carian En. Google.

Untuk kali ini Digi pula membuat penawaran Pakej Fibre mereka dengan memperkenalkan "Digi Fibre Broadband Unlimited". Iklan yang saya jumpa terdapat sedikit perbezaan dengan Telco lain.


Pakej permulaan Digi bermula dengan harga RM90 tidak termasuk SST 6% untuk kelajuan 50Mbps. berbanding dengan telco lain yang menawarkan Pakej permulaan serendah RM89 tidak termasuk SST untuk kelajuan 30Mbps.

Korang boleh nampakkan perbezaan Digi dengan Telco lain untuk bersaing dengan Telco lain dalam Fibre. Tetapi persamaan dengan Telco lain, Digi menyewa Fibre Optic dengan Telekom Malaysia atau dengan bahasa mudah faham Unifi.

Jadi dimana ada Unifi Fibre di situlah ada juga Digi, Maxis dan Celcom. Senang sahaja menyewa dengan fasiliti yang sedia ada. Jimat kos tapi untung banyak.



Antara pakej yang ditawarkan oleh Digi untuk korang. Korang boleh lihat sendiri.






Jika kawasan rumah korang tiada Fibre Optic dari TM, korang boleh memilih untuk ambil pakej Unlimited High Speed Postpaid dari Digi serendah RM60. Tapi sayangnya pakej ini ada had perkongsian data sebanyak 20GB. Agak rugi kalau untuk digunakan dirumah.

Untuk kegunaan sendiri agak berbaloi tetapi dari segi Coverage agak kurang memuaskan. Ada setengah tempat 4G full tapi line slow sekitar 512kbps kebawah. Tonton YouTube pun tidak lepas.



Pilihan di tangan korang. Mana rasa berbaloi bulih langgan. Tiada paksaan. Sekarang ini pun TNB juga sudah join bidang komunikasi Fibre dengan penawaran lagi hebat melalui anak syarikat mereka. 

Nak apa yang hebat dengan Fibre TNB, kena tunggu dulu buat masa nie. Penawaran hanya di negeri Melaka, Perlis dan Kedah. Sekarang baru masuk Negeri Perak dan Pulau Pinang.  Nanti saya kongsikan dengan korang pakej TNB.

sumber DiGi

02 July 2020

Digi Unlimited Prepaid Sangat Murah

Zaman la ni kena cari yang murah. Jadi nak dapatkan yang murah kena ada usaha lebih sikit.

Logo MyDiGi App - sumber

Syarikat Telco DiGi telah memperkenalkan pakej bulanan prepaid Data dan Panggilan Unlimited semurah RM35 sahaja untuk 30 hari.


Di ulangi, Prepaid bukan Pospaid. Jadi yang guna prepaid dapat berita gembira. Jadi kalau korang pengguna Prepaid ada perluang untuk mendapatkan Unlimited ini dari DiGi.

Tapi ada yang tidak menariknya. Bukan suka-suka boleh diberi tawaran semurah untuk Unlimited. Tawaran ini tidak terdapat dalam Menu penawaran pilihan pakej.

Hanya pelanggan Prepaid tertentu akan dapat melalui 'MyDiGi' "Box Of Surprise". Ianya hampir sama dengan penawaran Maxis melalui 'Hotlink MU' yang ditawarkan setiap masa.

MyDigi App Box Of Surprise

Dengan RM35 Sebulan agak berbaloi korang untuk mendapatkan Unlimited Data Dengan kelajuan 3Mbps. Hampir sama dengan penawaran yang di buat telco Xpax dan Hotlink.

Walaubagaimanapun, Umobile menawarkan lebih baik dengan nilai yang berbeza RM5 dengan Giler Unlimited GX30. Kelajuan yang ditawarkan 6Mbps dan quota hotspot 6GB.

Saya dapat FREE Unlimited Day, tapi Digi hadkan pemberian sekali je seminggu (7 hari). Lepas tu baru bagi Free lagi untuk minggu berikutnya. Boleh lah dari tak ada. Saya suka guna Digi sebab banyak dapat free data, creadit dan pakej murah dengan Owsem.


Apa lagi pengguna Digi, cepat periksa App MyDigi manalah tahu korang bertuah. Boleh lah layan Movie sampai lebam.

sumber gambar MyDigi App

17 July 2018

Digi Bakal Memperkenalkan Pelan Internet Unlimeted

Sudah 2 syarikat Telekomunikasi telah menawarkan Internet tanpa had kepada pengguna. Walaupun tawaran adalah terhad, ianya kini menjadi pilihan pengguna Malaysia.

Sebelum ini Webe ( Nama sekarang Unifi) telah menawarkan pakej internet tanpa had. Kemudian di ikuti oleh U Mobile dengan plan berharga RM50 (Pascabayar).


Kini satu lagi syarikat telekomunikasi tidak ketinggalan untuk memperkenalkan pelan internet tanpa had iaitu DiGi. Pelan yang akan di umumkan nanti bulanan adalah RM38.

Digi Internet Unlimited RM38

Berita mengenainya telah timbul di Community Forum  di laman Web DiGi. Terdapat seorang pengguna telah memuat naik imej untuk bertanya mengenai pelan tersebut.

Maklumat mengenainya belum jelas lagi dari pihak DiGi. Sama - sama kita nantikan maklumat tersebut dari pihak DiGi sendiri.

Tinggal syarikat telekomunikasi terkenal iaitu Maxis dan Celcom Axiata yang belum lagi membuat sebarang pelan Internet Unlimited. Adakah mereka juga akan mengikut jejak langkah yang sama? Tunggu dan Lihat.

12 April 2018

Berwaspada Dengan Iklan Postpaid Digi 38


Internet menjadi salah satu keperluan di zaman cyber ini. Di Malaysia syarikat Telco berlumba - lumba untuk memdapatkan pelanggan bagi menambah jumlah pengguna dan keuntungan syarikat.

Jika anda perasan, Syarikat telco memberi tawaran yang dapat menarik pelanggan. Cara menarik pelanggan dengan memberi ayat pendek tanpa jelas bagi menjerat pelanggan yang terdesak untuk mendapat pakej yang sedang ditawarkan.

Salah satu cara untuk menarik pelanggan yang terdesak dengan menawarkan pakej yang amat menarik dengan harga yang sukar bagi sesiapa untuk menolak tawaran tersebut. Salah satu iklan telco yang telah di ambil dari media sosial ialah Digi.


Jika dilihat tawaran iklan semurah ini dengan hanya memaparkan pakej Unlimited calls + 32GB Internet dengan harga RM38, pasti akan membuatkan pelanggan terdesak tertarik.

Dalam komen tersebut, ada yang sangat teruja dengan pakej dan harga yang ditawarkan. Mereka terus bertanya cara untuk beralih dari telco lain ke telco Digi. Pelanggan sedia ada pula, bertanya cara hendak bertukar ke pakej RM38.

Tetapi bagi yang bijak menilai, mereka akan komen dengan bertanya lebih mengenai pakej ini. Manakala yang pandai membuat perbandingan, mereka akan buka link yang di sertakan. Apa yang amat memeranjatkan, rupanya pakej ini ada udang di sebalik batu.


Pakej yang ditawarkan sangat berbeza seperti yang di fikirkan. 2GB internet setiap hari, 1GB internet dari masa 1pm hingga 7pm SAHAJA, Unlimited Call dan 300sms kesemua rangkaian. Pakej basic yang hampir sama dengan Telco lain cuma di bezakan iklan yang menggunakan ayat yang gempak.

Bagi anda yang ingin mencari pakej pospaid yang terbaik, buat bandingan dengan telco lain sebelum membuat keputusan. Jangan terburu-buru atau terdesak kerana setiap keputusan mempengaruhi perjalanan kewangan serta data anda.

Pendapat untuk pakej Digi ini adalah tidak berbaloi dan merugikan kewangan anda. Diharap pihak Digi tidak berkecil hati kerana saya hanya ingin membantu pengguna terdesak dan juga ianya baik untuk syarikat daripada dimaki hamun oleh pengguna yang tidak peka terhadap maklumat.