This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

15 July 2018

Cop Parking Kesalahan Jenayah Rupanya

Saya agak tertarik dengan cerita “cop parking”, dimana saya juga pernah mengalaminya suatu ketika.


Pernah tak mengalami situasi dimana kotak parking kosong, namun ada individu menunggu atau berdiri untuk menjaga parking tersebut. 


Cop Parking

Sebelum ini ada beberapa video viral dikongsikan di media sosial tentang ‘perangai buruk’ mereka yang suka ‘cop parking’.


Disebabkan ada individu yang sudah menjaga parking tersebut, kebanyakan dari kita akan berlalu pergi kerana bimbang kenderaan akan dirosakkan jika kita berkeras untuk meletakkan kereta di parking berkenaan.


Namun tahukah korang sebenarnya ada cara penyelesaian untuk mengajar mereka yang suka sangat ‘cop parking’ jika korang berdepan dengan situasi sebegini.


Portal nasihat guaman, asklegal.my mendedahkan bahawa perbuatan cop petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan JENAYAH dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”


Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.


Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.


Ketahuilah korang yang suka cop parking tu, pastikan korang bersedia ‘cop penjara’ untuk diri korang juga.


Korang boleh gunakan akta ini bagi mereka yang suka sangat cop parking awan. Jika parking yang dibeli jangan guna akta sebabnya mereka membeli dan mempunyai sijil kebenaran.

07 December 2017

Nasib Pekerja Media Prima Berhad

Nasib Pekerja Media Prima Berhad MEDIA Prima Berhad, konglomerat media terbesar di Malaysia yang memiliki antaranya TV3 dan New Straits Times, menawarkan kakitangannya pilihan untuk rehat sementara tanpa gaji, bagi mengurangkan tekanan kewangan syarikat.

Media Prima beberapa bulan lalu melaksanakan skim pemisahan sukarela melibatkan kakitangannya yang berumur lebih 50 tahun sebagai sebahagian langkah mengurangkan kos operasi.

Tawaran terbaru ini dimaklumkan kepada kakitangannya pada satu taklimat di ibu pejabat Media Prima di Bandar Utama, Kuala Lumpur semalam.

Mereka diberikan dua pilihan sukarela: cuti antara enam bulan hingga setahun tanpa gaji, atau kerja setengah bulan dengan separuh gaji.

Beberapa sumber memberitahu The Malaysian Insight tawaran itu dibuka kepada kakitangan yang berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun. Rehat sementara itu akan berkuat kuasa mulai Januari 2018.

Sumber juga memberitahu The Malaysian Insight, pada sesi taklimat semalam, pihak pengurusan Media Prima turut menjelaskan cabaran media baharu terhadap media tradisional.


Media Prima Berhad, konglomerat media terbesar di Malaysia menawarkan kakitangannya pilihan untuk rehat sementara tanpa gaji, bagi mengurangkan tekanan kewangan syarikat. – Gambar mediaprima.com, 7 Disember, 2017.
Mereka menggesa kakitangan untuk bersama-sama dengan syarikat dalam pelan transformasi untuk mengharungi era Internet.

"Pengurusan syarikat dari awal taklimat lagi memberitahu bahawa industri sudah berubah dan banyak syarikat sekarang mengambil langkah ini. Media Prima juga mesti membuat perubahan strategik."

Konglomerat itu mencatatkan kerugian bersih RM171 juta bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding untung bersih RM45.16 dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Ini berikutan pulangan rendah daripada iklan televisyen dan akhbar. Media Prima juga mencatatkan kerugian bersih RM101.08 juta bagi suku ketiga tahun ini.

Media Prima, pada Mei lepas melalui anak syarikat milik penuhnya, Media Prima Digital Sdn Bhd, mengambil alih 100% kepentingan dalam Rev Asia Holdings Sdn Bhd pada nilai RM105 juta.

Rev Asia ketika itu memiliki penerbitan digital pelbagai bahasa termasuk OhBulan!, Says, Viral Cham, Rojaklah, Juice, 8Share, MyResipi, KongsiResipi dan SirapLimau.

Konglomerat media ini, pada 2014, melaksanakan skim pemisahan bersama. Ia melibatkan antaranya eksekutif kanan, penyampai berita dan penyampai radio.

Media Prima memiliki empat stesen televisyen: TV3, ntv7, 8TV dan TV9; akhbar New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro serta stesen radio Hot FM, Kool FM, Fly FM, One FM dan stesen radio berbahasa Melayu, Hot FM dan Kool FM. – 7 Disember, 2017. - Sumber TheMalaysian insight

Selalu keluar berita kata ekonomi tiada masalah, alih-alih syarikat sendiri pun sudah goyang. Syarikat yang mahu berIklan sekarang telah beralih kepada media digital seperti youtube, google Adsense dan laman sosial.

Lepas ini bersedia untuk dijual kepada syarikat China seperti syarikat lain. Mari kita kayakan Negara China. Fikir sebelum terjadi.