Slide 1 Slide 2 Slide 3 Slide 4 Slide 5
Showing posts with label AFC. Show all posts
By iKaito | 0 comment

Slot Automatik AFC Champions League 2019 / 2020 Sah Milik Malaysia | Berita baik buat peminat bola sepak Malaysia. Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) baru sahaja mengemaskini kedudukan terbaru AFC MA Ranking pada bulan November 2017 semalam.

Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan ke 7 di peringkat asia timur apabila Hong Kong gagal memintas kedudukan dengan perbezaan 0.2649 Mata.



Ini bermakna Malaysia akan menerima 1 slot automatik ke peringkat kumpulan dan 1 slot kelayakan pusingan ke 2 dalam saingan AFC Champions League 2019 / 2020. Juara Liga Super 2018 akan layak secara merit ke kejohanan AFC Champions League 2019 manakala juara Piala FA akan menerima slot kelayakan pusingan ke 2.

Dengan penerimaan slot automatik, Malaysia tidak perlu lagi bertanding dalam saingan kelas kedua, AFC Cup Mulai Tahun 2019. Peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak AFC, mana - mana MA yang menerima sekurangnya 1 slot automatik ke peringkat kumpulan AFC Champions League tidak akan beraksi dalam saingan AFC Cup.



Tapi sebelum itu,  Pasukan Liga Super perlu ada lesen AFC jika mahu beraksi dalam AFC Champions League. Pasukan yang bersungguh untuk maju ke hadapan hanyalah JDT (Pasukan Dari Johor), Pahang, Selangor dan PKNS FC yang telah di sahkan lulus dalam perlesenan AFC.

Sejak dapat Presiden baru FAM, TMJ (Tengku Mahkota Johor) telah membuat 1 kejayaan untuk kelab beraksi di tahan antarabangsa. Pendedahan dalam kelab perlu bagi membiasakan pemain mendapat pendedahan kehebatan pemain Asia di peringkat kelab sebelum membawa pasukan Malaysia ke antarabangsa.

Semoga Presiden FAM membantu mengubah Pasukan Malaysia menjadi juara Asia dan Dunia suatu hari nanti. Saya menantikan pemain yang mempunyai semangat bermain untuk Malaysia bukan untuk popular dan wang semata. Fikirkan bersama.
Read more...
By iKaito | 0 comment

Carta Kedudukan Terkini Fifa November 2017 | Hari ini kita cita sikit pasal bola sepak (Football/Soccer) Negara Malaysia. Carta Kedudukan terbaru telah di keluarkan oleh FIFA untuk bolasepak.

Tiada apa yang perlu di peranjatkan, Carta Kedudukan bagi Malaysia agak kurang memuaskan. Malaysia kini jatuh 4 anak tangga. Kedudukan terkini Malaysia Di kedudukan 174 dunia dimana sebelum ini malaysia di kedudukan ke 170 dunia.

Kekalahan pasukan Malaysia terhadap beberapa pelawanan sebelum ini punca jatuhnya kedudukan Malaysia. Indonesia yang baru habis pergantungan telah menunjukan kehebatan dengan menghuni kedudukan ke 154 dunia peningkatan sebanyak 11.



Lihat bertapa hebatnya Indonesia, walaupun sebelum ini telah terjejas akibat penggantungan oleh FIFA. Indonesia Bangkit dari tersungkur tetapi Malaysia tersungkur mungkin sebab tiada semangat kenegaraan.

Jika kita lihat sendiri  kelab bola sepak negara kita, memang agak kurang bagus. Pelbagai masalah yang tidak selesai - selesai akibat ke angkuhan bahagian pengurusan kelab. Anda rasa apa yang patut FAM lakukan bagi menanam semangat berjuang untuk negara.

Bila bola sepak di politik serta tiada semangat kesukanan ini lah jadinya. Nampaknya untuk ke piala Dunia sukar untuk digapai jika tiada semangat kesukanan. Fikir dahulu sebelum terlambat.
Read more...