08 June 2022

Guna Jenama Islam Untuk Laris Barang

Demi melariskan barang, ramai peniaga sanggup buat apa sahaja supaya barang yang dijual laris seperti Pisang Goreng panas di tepi jalan. Jualan pula di media sosial dan juga menjualnya di Applikasi peniagaan yang telah di sediakan.


Cara melariskan barang secara baik sukar mendapat sambutan dikalangan pembeli lebih lagi dikalangan pengguna media sosial. Ianya menjadikan peniaga mencari cara lain untuk melariskan barang milik mereka.

Trend menjual dikalangan peniaga sekarang berubah kepada cara menjual agama, lebih lagi menggunakan nama Islam sebagai promosi barang milik mereka. Dengan menggunakan Agama dan Juga Bangsa, Barang mudah dijual kepada golongan pembeli yang mudah terpedaya dengan Tredmark Islam dan Bangsa.

Lebih lagi golongan yang terdesak dan orang tua yang mudah terpedaya. Barang laris walaupun barang yang dijual bukanlah barang buatan sendiri atau dikilangkan sendiri. Begitu juga barang yang menggunakan Islam sebagai nama bagi barang yang dijual. Walaupun tiada kepastian terhadap barang yang dijual menggunakan agama.

Agama islam

Jadi kerajaan telah mewujudkan Kod yang telah dicadangkan, kod akan dikuatkuasakan pada akhir tahun ini, termasuk peruntukan untuk menangani kandungan menghasut atau provokatif, tindakan keganasan jantina, serta penggunaan agama dalam iklan.

Sebagai contoh, produk yang didakwa diberkati dengan doa al-Quran dan mampu menyembuhkan penyakit, dan produk kecantikan yang mesra wuduk memerlukan penjual menjelaskan secara terperinci tuntutan yang dibuat dan memberikan bukti.

Larangan itu terpakai kepada penggunaan unsur-unsur agama semua agama, bukan hanya Islam, supaya agama tidak boleh digunakan sebagai gimik pemasaran.

Walau bagaimanapun, kod itu tidak akan menghalang tokoh agama atau selebriti daripada menjadi duta produk.

Dengan wujudnya kod ini, rakyat berharap agama tidak akan digunakan lagi dalam promosi barangan bagi menjamin kesucian agama setiap agama.

Jadi korang yang sedang berniaga ini, berniagalah dengan cara yang ber Etika. Jangan suka-suka guna agama untuk kepentingan diri.

0 comment: