Logo Baru Perak FC Dengan Azam Baru

Kelab Bolasepak Perak FC kini telah dimiliki oleh XOX iaitu syarikat telekomunikasi. Dengan membeli kelab yang banyak hutang dengan harga RM1.

Internet Fiber | Maxis Fiber Atau TM Unifi

Antaranya TIME, MAXIS dan TM. Pilihan yang perlu dibuat berdasarkan harga, kawasan liputan, perkhidmatan, kelebihan, kelajuan dan limit data.

Pelitup Muka Perlu SIRIM Pulak

Semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

10 Sebab iklan AdSense tidak muncul di blog

Adsense dari Google adalah sebuah syarikat pengiklanan. Google menjana pendapatan dari pengiklanan yang dapat dari syarikat yang mahu promosi Produk, Perkhidmatan dan aktiviti Syarikat.

10 June 2022

XOX Prepaid Unlimited Data Sahaja

Sejak mengambil alih Perak FC, syarikat Telco XoX mula menjadi bualan. Dari sebuah syarikat Telco yang tidak terkenal, kini menjadi bualan.

Saya layari laman web telco xox untuk mendapat beberapa maklumat mengenai pakej yang ditawarkan kepada pengguna.

Laman web agak sukar untuk difahami juga bila di layari, tetapi apa yang saya jumpa hanya pakej Simcard Prepaid sahaja.

Pakej prepaid xox

Pakej Prepaid xox tawarkan terdapat 5 pakej pilihan. Setiap pakej menawarkan jumlah had data berbeza.

Terdapat 1 pakej menarik iaitu Unlimited 35 yang menawarkan unlimited Data dan Hotspot. Cuma panggilan tidak Unlimited tapi boleh bawa ke bulan berikut dan sms kena bayar.

Kelajuan ditawarkan adalah 3Mbps dan simcard ini sah sehingga 28 bulan tanpa perlu top up setiap bulan.

Pakej Postpaid xox

Untuk postpaid saya kongsikan dengan korang pakej menarik yang ditawarkan pada pengguna. Bukan main susah hendak cari Pakej Postpaid.


Untuk Postpaid xox di namakan sebagai Onexox Black. Plan yang diperkenalkan dinamakan B54DB Plan. Jangan tanya kenapa nama macam tu. Memang tiada maklumat dijumpai.

Plan yang di tawarkan ada 5, hanya plan B54 Databuffet sahaja kira menarik. Hanya panggilan unlimited, Data diberi 48Gb dan sms 100 sahaja. Ada 1 lg Unlimited tapi tidak pasti apa yang unlimited tersebut. Adakah share Hotspot?

Untuk telco xox saya simpulkan bahawa plan Prepaid lagi berbaloi lah untuk di langgan berbanding plan dari postpaid.

Untuk coverage Line, belum pasti sama ada okey atau keyO. Bagi yang dah guna, apacerita pasal coverage Line, share bersama dalam ruang komen.


08 June 2022

Guna Jenama Islam Untuk Laris Barang

Demi melariskan barang, ramai peniaga sanggup buat apa sahaja supaya barang yang dijual laris seperti Pisang Goreng panas di tepi jalan. Jualan pula di media sosial dan juga menjualnya di Applikasi peniagaan yang telah di sediakan.

Cara melariskan barang secara baik sukar mendapat sambutan dikalangan pembeli lebih lagi dikalangan pengguna media sosial. Ianya menjadikan peniaga mencari cara lain untuk melariskan barang milik mereka.

Trend menjual dikalangan peniaga sekarang berubah kepada cara menjual agama, lebih lagi menggunakan nama Islam sebagai promosi barang milik mereka. Dengan menggunakan Agama dan Juga Bangsa, Barang mudah dijual kepada golongan pembeli yang mudah terpedaya dengan Tredmark Islam dan Bangsa.

Lebih lagi golongan yang terdesak dan orang tua yang mudah terpedaya. Barang laris walaupun barang yang dijual bukanlah barang buatan sendiri atau dikilangkan sendiri. Begitu juga barang yang menggunakan Islam sebagai nama bagi barang yang dijual. Walaupun tiada kepastian terhadap barang yang dijual menggunakan agama.

Agama islam

Jadi kerajaan telah mewujudkan Kod yang telah dicadangkan, kod akan dikuatkuasakan pada akhir tahun ini, termasuk peruntukan untuk menangani kandungan menghasut atau provokatif, tindakan keganasan jantina, serta penggunaan agama dalam iklan.

Sebagai contoh, produk yang didakwa diberkati dengan doa al-Quran dan mampu menyembuhkan penyakit, dan produk kecantikan yang mesra wuduk memerlukan penjual menjelaskan secara terperinci tuntutan yang dibuat dan memberikan bukti.

Larangan itu terpakai kepada penggunaan unsur-unsur agama semua agama, bukan hanya Islam, supaya agama tidak boleh digunakan sebagai gimik pemasaran.

Walau bagaimanapun, kod itu tidak akan menghalang tokoh agama atau selebriti daripada menjadi duta produk.

Dengan wujudnya kod ini, rakyat berharap agama tidak akan digunakan lagi dalam promosi barangan bagi menjamin kesucian agama setiap agama.

Jadi korang yang sedang berniaga ini, berniagalah dengan cara yang ber Etika. Jangan suka-suka guna agama untuk kepentingan diri.

07 June 2022

Logo Baru Perak FC Dengan Azam Baru

Kelab Bolasepak Perak FC kini telah dimiliki oleh XOX iaitu syarikat telekomunikasi. Dengan membeli kelab yang banyak hutang dengan harga RM1.

Perak FC adalah kelab yang tiada apa-apa aset sama ada Stadium, tempat latihan dan juga banggunan kelab. Lebih lagi dengan jumlah mata liga dibawah 0 mata.

Ianya menjadi cabaran besar bagi pemilik baru untuk membawa pasukan Perak FC menjadi hebat.

Dengan pengambil alih, Perak FC kini menggunakan logo baru yang lebih menarik untuk saingan Liga Malaysia.

Dengan reka bentuk logo yang bulat, warna asal Perak FC Kuning hitam dan Maskot seladang yang tertera pada logo. Ianya menampakkan lagi bertapa menarik logo baru ini.

Terdapat juga huruf pada tengah logo iaitu PFC serta gambar bola antara huruf. Tidak lupa juga tahun kewujudan Kelab Perak yang dahulunya dikenali sebagai Perak FA.

Kelab Perak mempunyai beberapa logo lain yang sememangnya menarik bila di amati. Dengan wajah baru dan pengurusan baru Perak FC, diharap Perak FC boleh mengharungi cabaran Liga Malaysia dengan lebih baik.

Manakala, diharap penyokong bolasepak Kelab Perak FC teruslah menyokong kelab ini yang sedang bermula kembali dari bawah.

Terus bagi sokongan untuk majukan bolasepak Negeri dan Negara. Perak FC mungkin tidak boleh jadi seperti kelab kaya raya, tapi sekurangnya menjadi kelab yang hebat bersaing untuk kelab yang mewah dan lagenda.


sumber Penyokong Perak FC