07 December 2020

Gaji Seorang Pemanjat Pokok Kelapa

Penyakit berjangkit, Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia menyebabkan banyak syarikat tutup dan mengecilkan jumlah kilang / pejabat di seluruh dunia. Ramai yang telah terkesan dengan di berhentikan kerja.

Tetapi yang menariknya Kerajaan Malaysia masih memberitahu statistik kadar penggaguran masih rendah. Ini mungkin kerana kebanyakan dari yang di berhentikan kerja membuat kerja sampingan seperti membuat GRAB, FoodPanda dan memulakan perniagaan sendiri. Ada juga yang melabur saham dan juga trading FOREX. Tidak lupa juga ada yang melebur pada SCAM RM1.

Apa pun jua pekerjaan yang dilakukan, sekurangnya berusaha tanpa menunggu bantuan tiba dan mengharap sesuatu dengan hanya bertawakal sahaja.

Korang juga boleh mencari kerja kosong dalam bidang makanan seperti MCDonald, KFC dan lain lagi yang memerlukan perkerja secara kontrak atau kekal. Bagi yang hebat memanjat pokok dan tidak gayat pada tinggi, bolehlah memohon pekerjaan memanjat Pokok Kelapa.


Kerja Kosong
Keratan Akbar Kerja Kosong

Purata gaji yang tinggi sebanyak RM6500 pasti membuat korang berminat untuk mendapat pekerjaan ini. Saya telah memadamkan Nombor telefon bagi mengelakkan hal tidak di ingini. kalau rasa hendak cari, cari lah di surat khabar. Kalau korang jumpa.

Saya rasa kemungkinan iklan ini ringkas atau tersalah tulis mengenai gaji tersebut. Peluang perkerjaan masih ada, sama ada sesuai atau tidak, bergantung pada diri sendiri.

Selagi sihat tubuh badan, teruslah berusaha untuk mencari rezeki HALAL. Jangan lupa sedekah walaupun nilainya hanya sekecil yang mampu diberi. 

1 comment:

Dunia Zumal said...

Gaji penggali kubur pun mahal tau. Panjat kepala mungkin mahal sebab risiko tinggi lepas harga kelapa kan mahal