Breaking

Post Top Ad

Friday, 25 December 2020

Animasi Pendek Ejen Ali Misi : Juang


Siri Ejen Ali tidak asing lagi buat peminat cerita animasi di negara ini. Cerita mengenai Ali yang menjadi Ejen secara tidak sengaja.


Tidak hanya berjaya menambat hati menonton di Malaysia, Ejen Ali turut dikenali di negara luar seperti Brunei, Singapura dan Indonesia.


Terbaharu, berikutan kejayaan kempen Ejen Ali #KitaJagaKita sebelum ini, Primeworks Studios dan WAU Animation telah bergabung sekali lagi untuk menerbitkan filem pendek pertama Ejen Ali berjudul MISI: JUANG yang akan dilancarkan pada 25 Disember 2020, pada jam 9.45 malam menerusi saluran YouTube rasmi EjenAli.


Berteraskan semangat Kita Jaga Kita yang sama, MISI: JUANG didedikasikan khas untuk petugas barisan hadapan, sebagai penghargaan atas kecekalan dan keberanian mereka dalam memerangi penularan pandemik COVID-19.


MISI: JUANG menampilkan usaha Ejen MATA dan rakyat yang bergabung bersama-sama petugas barisan hadapan di medan perang untuk melawan angkatan tentera COVID-19 yang mengancam nyawa.


Mengetengahkan rendisi baru lagu tema Kita Jaga Kita, filem pendek ini menjadi lebih menarik dengan penampilan khas seorang figura istimewa yang membawa watak kameo untuk bergabung tenaga dengan Ejen MATA di medan pertempuran.


Satu Filem pendek yang sengat menarik untuk di tonton. Dari segi animasi dan jalan cerita yang mudah difahami. Aksi yang begitu menarik.


Bagi yang terlepas, Korang boleh tonton di Youtube Ejen Ali untuk menonton animasi Pendek yang telah di Upload. 


Youtube Ejen Ali Misi : Juang


No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages