This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

25 December 2020

Animasi Pendek Ejen Ali Misi : Juang


Siri Ejen Ali tidak asing lagi buat peminat cerita animasi di negara ini. Cerita mengenai Ali yang menjadi Ejen secara tidak sengaja.


Tidak hanya berjaya menambat hati menonton di Malaysia, Ejen Ali turut dikenali di negara luar seperti Brunei, Singapura dan Indonesia.


Terbaharu, berikutan kejayaan kempen Ejen Ali #KitaJagaKita sebelum ini, Primeworks Studios dan WAU Animation telah bergabung sekali lagi untuk menerbitkan filem pendek pertama Ejen Ali berjudul MISI: JUANG yang akan dilancarkan pada 25 Disember 2020, pada jam 9.45 malam menerusi saluran YouTube rasmi EjenAli.


Berteraskan semangat Kita Jaga Kita yang sama, MISI: JUANG didedikasikan khas untuk petugas barisan hadapan, sebagai penghargaan atas kecekalan dan keberanian mereka dalam memerangi penularan pandemik COVID-19.


MISI: JUANG menampilkan usaha Ejen MATA dan rakyat yang bergabung bersama-sama petugas barisan hadapan di medan perang untuk melawan angkatan tentera COVID-19 yang mengancam nyawa.


Mengetengahkan rendisi baru lagu tema Kita Jaga Kita, filem pendek ini menjadi lebih menarik dengan penampilan khas seorang figura istimewa yang membawa watak kameo untuk bergabung tenaga dengan Ejen MATA di medan pertempuran.


Satu Filem pendek yang sengat menarik untuk di tonton. Dari segi animasi dan jalan cerita yang mudah difahami. Aksi yang begitu menarik.


Bagi yang terlepas, Korang boleh tonton di Youtube Ejen Ali untuk menonton animasi Pendek yang telah di Upload. 


Youtube Ejen Ali Misi : Juang


PNB Umum Dividen ASB Tahun 2020


Seperti korang ketahui, baru ini Pengerusi Pemodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Dr. Zeti Aziz mengumumkan agihan Pendapatan Amanah Saham Bumiputra (ASB). Agihan Pendapatan ASB Bagi Tahun kewangan Berakhir 31 Desember 2020 adalah 4.25sen seunit dan ehsan bonus 0.75 sen seunit .

Dividen 4.25 sen Se Unit + 0.75 sen SE unit

Pada tahun ini, bonus ehsan cuma diberikan kepada 30,000 unit pertama sempena sambutan ulang tahun ke-30 ASB. Sebarang pelaburan melebihi 30,000 unit pertama tidak lagi akan menerima jumlah bonus sebanyak 0.75 seunit.


Bermaksud yang melebihi 30,000 unit hanya menerima deviden 4.25sen sahaja Tiada bonus diberikan. Bonus yang diberi adalah bonus ehsan. 


Rata-rata rakyat ada yang berpuas hati dan ada yang sedih dengan jumlah dividen yang semakin berkurangan. Tidak puas hati itu semestinya.


Bagi yang untuk menyimpan mungkin tidak berapa kisah tapi bagi yang membuat pinjaman pelaburan akan terkesan dengan pengumuman ini. 


Bagi pelabur, ianya sesuatu yang telah dijangka lebih lagi penyakit covid-19 yang menjadi satu alasan tambahan selain dari ekonomi dan politik yang kurang stabil.


Adakah Masih Releven Untuk Melabur Dalam ASB?

Jawapan adalah Ya. Bagi mereka yang tidak ambil kisah dan untuk menyimpan.

Manakala Tidak, bagi yang ingin untung lebih. Ada banyak pilihan pelaburan yang boleh korang ikuti seperti pelaburan saham, pelaburan hartanah dari maybank atau simpan dalam Tabung Haji dan Bank Islam. Yang Penting Kena ADA ILMU.

Tiada Masa? Itu untuk orang yang Malas. Masa boleh difapati jika pandai urus.


Perlu di ingat ianya 4.25SEN PER UNIT BUKAN RM 4.25 SEN.  Nak mudah faham RM0.0425 per unit saham.

Pengiraan adalah  contoh : RM100 (Duit korang) × 4.25/100 ( dividen bahagi dengan 100 sen bersamaan RM1)


Apa pun keputusan dari PNB, Pelabur/penyimpan perlu terima hakikat ini adalah keuntungan yang telah di beri. Nak bising tidak boleh kerana pelaburan berlandaskan islam tidak menjanjikan pulangan tetap seperti konversional.

sumber : Astro Awani, PNB

21 December 2020

10 Sebab iklan AdSense tidak muncul di blog

Adsense dari Google adalah sebuah syarikat pengiklanan. Google menjana pendapatan dari pengiklanan yang dapat dari syarikat yang mahu promosi Produk, Perkhidmatan dan aktiviti Syarikat.



Dengan menggunakan beberapa platfom milik mereka seperti Blogger.com, youtube dan lain lagi untuk memaparkan iklan.

Jadi bagi korang yang menggunakan platfom Laman Web seperti Blogger, Wordpress dan website biasanya akan mohon untuk jadi Publish iklan di laman korang kepada Google.

Apa yang penting korang kena pastikan memenuhi syarat yang di tetapkan oleh Adsense seperti laman web kene lebih 6 bulan atau dan pelawat sekurangnya 10 000.

Jika iklan Adsense tidak muncul juga ini antara sebabnya.

10 Sebab iklan AdSense tidak muncul di blog

1. Masih dalam tahap review

Seperti dijelaskan pada tahap menjadi publisher Google AdSense di atas, sebelum disetujui calon publisher akan melewati tahap review sebanyak 2 kali. Pada review pertama sudah jelas iklan AdSense tidak muncul di blog kerana kita belum boleh mengaksas dashboard Google AdSense dan belum memasang script iklan.

Pada tahap review kedua pun sama, iklan AdSense tidak muncul kerana blog kita masih ditinjau kelayakannya oleh Google. Jika lulus, iklan AdSense akan muncul namun jika ditolak, iklan AdSense tidak muncul di blog.

#2. Tidak memuat naik laman privacy policy dan disclaimer

Dalam beberapa khusus yang dialami publisher, iklan AdSense tidak muncul di homepage blog kerana tidak menampilkan laman privacy policy. Untuk membuat privacy policy dan disclaimer kita biasa menggunakan bantuan privacypolicyonline.com atau yang lainnya.

#3. Domain akaun telah di banned search engine

Jika kita sudah punya akaun AdSense, kode unit iklan dipasang di blog baru yang belum terindex pun biasanya iklan akan muncul. Namun iklan AdSense tidak akan muncul di blog jika domain telah di banned search engine.

#4. Akaun dibanned Google AdSense

Publisher AdSense tidak dapat melihat iklan AdSense muncul di blog kalau akaunn disenarai hitam oleh Google AdSense. Alasan ini biasanya kerana blog telah melanggar term Google AdSense.

#5. Masalah pada browser dan Ad Block

Iklan AdSense tidak muncul di blog disebabkan oleh masalah pada browser, sebaiknya kosongkan cache browser dan hapus cookie sebelum mencuba membukanya lagi. Iklan AdSense tidak muncul di blog juga bissanya disebabkan oleh pemasangan AdBlock di browser.

#6. Kode AdSense belum dipasang dengan benar

Iklan AdSense tidak muncul di blog karena salah satu masalah berikut:

* Kode AdSense tidak lengkap

* Semua kode ditampilkan dalam satu baris

* Kode berisi tag HTML tambahan di dalamnya

silakan cuba copy paste kode AdSense dengan lengkap kemudian paste di blog.

#7. Daftar di host AdSense

Penyebab iklan AdSense tidak muncul di blog iaitu kita daftar di host AdSense seperti Blogger atau Youtube dan menerapkan code iklan di blog self hosting. Misalnya korang daftar Google AdSense melalui blogger, kemudian diterapkan di blog WordPress.org dengan domain sendiri (misal: contohblog.com).

#8. Belum memasukkan PIN

Korang belum memasukkan PIN, mungkin iklan AdSense tidak muncul di blog. Nombor PIN akan dikirim oleh Google AdSense sampai 3x pengiriman. Selebihnya mengenai PIN, sila pergi ke Web Adsense dan verifikasi PIN.

#9. Iklan berada dalam bingkai

Iklan AdSense tidak muncul di blog boleh jadi kerana kita meletak kode iklan di tag div yang berlebihan sehingga dapat menghalang iklan daripada muncul.

#10. Mengaktifkan JavaScript pada browser

Jika iklan AdSense tidak muncul di blog, silakan periksa kalau-kalau ada JavaScript yang bertentangan yang dapat menghalang kemunculan iklan. Pastikan kita telah mengaktifkan JavaScript di browser agar dapat melihat iklan muncul.

Itulah 8 sebab punca publisher Google AdSense dan 10 penyebab iklan AdSense tidak muncul di blog, semoga artikel ini berguna bagi korang untuk pebulis blogger.

sumber Gambar Google Adsense

20 December 2020

Smart Meter TNB Coming soon Di Lembah Klang

Seperti kita ketahui, zaman sekarang serba canggih dan berteknologi. Segalanya di hujung jari sahaja. Dari membeli barang, perkhidmatan sehingga kewangan.

Begitu juga dengan sebuah Syarikat Elektrik GLC milik Kerajaan Malaysia iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kini Mereka telah mengorak langkah dengan memperkenalkan SMART METER.


Sebelum ini, TNB telah menguji di Negeri Melaka untuk Smart Meter. Hasilnya amat memuaskan walaupun terdapat beberapa laporan kejanggalan.


Kehadiran Smart Meter bagi tujuan pemantauan lebih baik serta memudahkan pengguna untuk melihat penggunaan Elektrik dan bill melalui App TNB.


Hasil dari percubaan di Negeri Melaka, kini ianya telah mula dipasang di Negeri Selangor bermula dengan Lembah Klang.


Beberapa buah rumah telah dipasang. Pihak Contraktor atau TNB akan menghantar surat pemberitahuan tentang penukaran Smart Meter sebelum menukar.

Bagaimana Rupa SMART METER 

Jika korang lihat Smart meter mempunyai ciri berlainan dengan meter Analog dan digital. Smart Meter mempunyai Modem yang menghantar maklumat ke bahagian bill.

Smart Meter TNB
Smart Meter Milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3  Fasa

Smart meter tiada keupayaan untuk pihak TNB merubah data penggunaan. Ianya telah di luluskan oleh Suruhanjaya Tenaga ( Kerajaan Malaysia.

Risiko Selepas Pasang SMART METER

Segala aktiviti menyentuh meter akan di ketahui oleh pihak TNB. Data yang dihantar akan merekod segala maklumat berkaitan meter.

Bolehkah Menghalang Pemasangan SMART METER

Jawapannya adalah tidak boleh. Kerana meter adalah milik HARTA TNB. Jika korang menghalang, risikonya korang akan menerima bill elektrik 2 bulan sekali mungkin akan terjadi.


Tujuan Sebenar Pemasangan bagi mengurangkan kos operasi dan pekerja. Ianya juga bagi mengikut peredaran masa. Ini adalah salah satu misi Kerajaan Malaysia untuk tnb. Kurangkan pekerja maka kuranglah kos Operasi jadinya banyaklah Wang Masuk untuk Kerajaan Malaysia terima dari TNB.


16 December 2020

Views Dari Negara Luar

Bila ada masa terluang saya suka lihat view mykini.my. Agak terkejut jugak bila lihat status view mykini.my

View mykini.my banyak pengguna browse menggunakan mobile Safari kemudian baru chrome. Macam tidak percaya pula. Jika di lihat banyak pengguna sekarang lebih kepada smartphone.


Apa yang lagi menarik adalah tentang negara yang berkunjung ke mykini.my. kalau korang lihat sendiri macam tidak percaya.

Mana tidaknya rata - rata views dari Nagara Hong Kong kemudian baru Malaysia di ikuti United Kingdom. Apa punca banyak view dari Hong Kong ini?
 

Jika di lihat lebih teliti pula, Top reffering dari perkataan 'other'. Agak-agak apa yang dimaksudnya.

Top Referrers juga berkait rapat dengan 'other'. Apa yang 'other' ? Leceh pula hendak tahu dari mana sumber sebenar.


Kebanyakan views yang datang dari luar negara hanya datang pergi dalam masa kurang dari 1 minit.

Dengan kehadiran views yang entah dari mana referring ini telah melonjakkan views sehingga ribu view dalam sehari.

Kemungkinan sebab nama mykini.my sama dengan potal News Malaysia kini agaknya. Mungkin lah kot.


Digi Fibre Unlimited Internet

Biasanya kita selalu dengar yang menawarkan Fibre Unlimited ini Tm-Unifi berdasarkan pakej kelajuan yang di sediakan. Ada juga telco lain menawarkan pakej Fibre untuk pengguna dengan kadar harga sama dengan Unifi dari Telekom Malaysia.

Sebelum saya pergi jauh, artical ini tidak ditaja. Ini adalah pembacaan yang saya dapat dalam carian En. Google.

Untuk kali ini Digi pula membuat penawaran Pakej Fibre mereka dengan memperkenalkan "Digi Fibre Broadband Unlimited". Iklan yang saya jumpa terdapat sedikit perbezaan dengan Telco lain.


Pakej permulaan Digi bermula dengan harga RM90 tidak termasuk SST 6% untuk kelajuan 50Mbps. berbanding dengan telco lain yang menawarkan Pakej permulaan serendah RM89 tidak termasuk SST untuk kelajuan 30Mbps.

Korang boleh nampakkan perbezaan Digi dengan Telco lain untuk bersaing dengan Telco lain dalam Fibre. Tetapi persamaan dengan Telco lain, Digi menyewa Fibre Optic dengan Telekom Malaysia atau dengan bahasa mudah faham Unifi.

Jadi dimana ada Unifi Fibre di situlah ada juga Digi, Maxis dan Celcom. Senang sahaja menyewa dengan fasiliti yang sedia ada. Jimat kos tapi untung banyak.



Antara pakej yang ditawarkan oleh Digi untuk korang. Korang boleh lihat sendiri.






Jika kawasan rumah korang tiada Fibre Optic dari TM, korang boleh memilih untuk ambil pakej Unlimited High Speed Postpaid dari Digi serendah RM60. Tapi sayangnya pakej ini ada had perkongsian data sebanyak 20GB. Agak rugi kalau untuk digunakan dirumah.

Untuk kegunaan sendiri agak berbaloi tetapi dari segi Coverage agak kurang memuaskan. Ada setengah tempat 4G full tapi line slow sekitar 512kbps kebawah. Tonton YouTube pun tidak lepas.



Pilihan di tangan korang. Mana rasa berbaloi bulih langgan. Tiada paksaan. Sekarang ini pun TNB juga sudah join bidang komunikasi Fibre dengan penawaran lagi hebat melalui anak syarikat mereka. 

Nak apa yang hebat dengan Fibre TNB, kena tunggu dulu buat masa nie. Penawaran hanya di negeri Melaka, Perlis dan Kedah. Sekarang baru masuk Negeri Perak dan Pulau Pinang.  Nanti saya kongsikan dengan korang pakej TNB.

sumber DiGi

11 December 2020

Iklan Google AdSense Lulus Juga

 


Setelah menanti mendapat iklan dari Google, akhirnya lulus juga. Bukan main susah hendak penuhi syarat yang di tetapkan.

Banyak yang perlu di buat oleh saya pada laman blog mykini.com untuk mendapat kelulusan. Terdapat perkara atau site yang perlu delete kerana melanggar hak cipta dan di anggap copy paste walaupun di olah sendiri.

Terdapat gambar yang di ambil tidak di creadit atau di letak asal usul gambar di ambil. Ada juga gambar diambil sendiri tapi di copy pihak lain dan menjadikan empuya gambar sendiri di anggap sebagai ciplak oleh pihak google.

Segala permasalahan perlu diselesaikan untuk memenuhi kehendak syarat yanh ditetapkan. Susah jugakan. Akhirnya baru berjaya.

Saya masih tertanya juga bagaimana blog dan laman web copy paste boleh lulus dengan mudah mendapat google AdSense.

Ada juga blog baru yang belum cukup syarat mampu lepas dapat Google AdSense. Saya tetap tertanya- tanya. Rezeki masing-masing agaknya.

Penggunaan iklan dari google serba sikit dapat extra income dari penulisan. Lepas ini kena cari atau baiki theme untuk lebih mesra pelawat yang rata dari pengguna Mobile Android dan iOS.

Bagi yang belum berjaya mendapat Google AdSense, penuhi syarat yang di tetapkan oleh pihak Google.


10 December 2020

Umobile Masih Terbaik

 

Inilah Telco pilihan saya buat masa ini. Sudah menjangkau 2 Tahun saya bersama Umobile. Jika di ikutkan pada mula menggunakan line ini, rasa menyesal, mana tidaknya line perlahan.

Itu 2 tahun lepas, selepas lebih 6 bulan menggunakan line Umobile lebih stabil di kebanyakkan tempat. Cuma agak mengecewakan di dalam bandar besar.

Kenapa saya bersabar dengan line Umobile sebelum ini? Ini kerana Pakej Unlimited yang ditawarkan oleh telco ini murah. Demi penjimatan dan juga Unlimited Data (Nak Layan Anime dan Netflix).

Sebelum ini menggunakan Celcom, tetapi data tidak berapa cukup dengan data dibahagi kepada 2 iaitu pada hari biasa dan hari minggu (sabtu dan ahad).

Korang boleh lihat jumlah data yang saya baru guna hampir sebulan. Sudah hampir mencapai 50GB. Bayangkan kalau data had yang ditawarkan pasti habis dalam kurang dari sebulan.

Kelajuan Upload dan Download

Pasti korang bertanya mengenai kelajuan. Jika di bandingkan dengan 2 tahun dahulu, sekarang boleh di kata ada perubahan.


Dengan menggunakan laman web Fast.com untuk ukur kelajuan. Jika di lihat kelajuan adalah 5.8Mbps dan Upload 6.9Mbps. Saya telah membuat beberapa kali hasilnya lebih kurang sahaja.

Jika saya bandingkan 2 tahun lepas, banyak perubahan. Dimana sebelum ini hanya dalam nilai 6.0kbps - 800kbps. Sangat perlahan dan menyakitkan hati.

Kelemahan Umobile

Setiap kelebihan ada kekurangan. Antara kekurangan ialah Data Hotspot limited, jadi tidak boleh nak guna lebih-lebih. Tetapi ada cara nak unlimited.

Sms kena bayar setiap kali penggunaan. Yang ini biasanya ramai kata tak akan guna, tetapi ada masa akan guna. Setiap sms kena cas RM0.10 setiap sms.

Ini cuma perkongsian saya selepas menggunakan Umobile. Bagi korang pula kena pastikan gunakan prepaid dahulu untuk pastikan sesuai atau tidak di tempat korang sebelum beralih.

Jika korang berpuashati dengan telco korang, teruskan sahaja. Kalau korang nak bertukar lihat pakej dengan telco lain dan jangan terpedaya dengan smartphone percuma atau RM1.

09 December 2020

Card Touch n Go Ada Expired Date

 Touch n Go

Siapa masih guna kad Touch n Go kita adalah kawan. Kad masih perlu digunakan kerana terdapat lebuhraya yang masih belum lagi menggunakan sistem baru dari Touch n Go.

Lebuhraya PLUS masih tidak menggunakan sistem RFID jadi penggunaan kad masih perlu lagi walaupun sudah maju ke depan. Saya masih pelik dengan PLUS, sebelum ini telah menggumumkan akan menggunakan sistem RFID sepenuhnya pada awal tahun. Tapi sampai ke sudah tiada khabar cerita.


Bagi penggunakan kad Touch n Go, korang perlu tahu bahawa kad Touch n Go korang ada tarikh EXPIRED. Jangan tidak percaya, memang ada pada bahagian belakang kad milik korang. Kecuali korang menggunakan kad pengenalan. Kad Debit dan Kad Kreadit ada tarikh expired pada hadapan kad.


Jika kad Touch n Go korang sudah tamat tempoh, korang perlu pergi ke kios Touch n Go berhampiran untuk mendapat kad baru secara PERCUMA. Nilai wang dalam kad korang boleh di pindah ke kad baru atau korang boleh refund wang tersebut.

Bab refund duit itu saya tidak sarankan. Kenapa? Sebab ianya mengambil masa antara 30 hari hingga 60 hari dan ianya mungkin boleh jadi lebih dari itu. Banyak sudah komen mengenai Refund yang tidak dapat. Call pun jawab macam nak tak nak jawab.

Ambil duit cepat tetapi nak refund balik, punyalah susah. Jadi korang kena pastikan kad korang masih Valid untuk digunakan. Jika tidak sampai di Toll pasti pada paparan akan keluar " Kad tamat Tempoh". Bertabahlah. 

07 December 2020

Gaji Seorang Pemanjat Pokok Kelapa

Penyakit berjangkit, Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia menyebabkan banyak syarikat tutup dan mengecilkan jumlah kilang / pejabat di seluruh dunia. Ramai yang telah terkesan dengan di berhentikan kerja.

Tetapi yang menariknya Kerajaan Malaysia masih memberitahu statistik kadar penggaguran masih rendah. Ini mungkin kerana kebanyakan dari yang di berhentikan kerja membuat kerja sampingan seperti membuat GRAB, FoodPanda dan memulakan perniagaan sendiri. Ada juga yang melabur saham dan juga trading FOREX. Tidak lupa juga ada yang melebur pada SCAM RM1.

Apa pun jua pekerjaan yang dilakukan, sekurangnya berusaha tanpa menunggu bantuan tiba dan mengharap sesuatu dengan hanya bertawakal sahaja.

Korang juga boleh mencari kerja kosong dalam bidang makanan seperti MCDonald, KFC dan lain lagi yang memerlukan perkerja secara kontrak atau kekal. Bagi yang hebat memanjat pokok dan tidak gayat pada tinggi, bolehlah memohon pekerjaan memanjat Pokok Kelapa.


Kerja Kosong
Keratan Akbar Kerja Kosong

Purata gaji yang tinggi sebanyak RM6500 pasti membuat korang berminat untuk mendapat pekerjaan ini. Saya telah memadamkan Nombor telefon bagi mengelakkan hal tidak di ingini. kalau rasa hendak cari, cari lah di surat khabar. Kalau korang jumpa.

Saya rasa kemungkinan iklan ini ringkas atau tersalah tulis mengenai gaji tersebut. Peluang perkerjaan masih ada, sama ada sesuai atau tidak, bergantung pada diri sendiri.

Selagi sihat tubuh badan, teruslah berusaha untuk mencari rezeki HALAL. Jangan lupa sedekah walaupun nilainya hanya sekecil yang mampu diberi. 

06 December 2020

Insuran Perlindungan Diri Penting Ke

Sejak akhir ini ramai juga saya terlihat agen menjual Insuran perlindungan Diri di merata tempat tidak kira di Bank atau Pusat Membeli belah. Pelbagai cara mereka untuk menarik pelanggan untuk mendengar dan menyertai insuran.


Saya sendiri ambil peluang untuk mendengar mengenai Insuran Perlindungan Diri yang di tawarkan oleh beberapa syarikat Takaful. Ada yang menarik pakej yang diberi dan ada juga kurang menarik pakej insuran. Tapi yang membuat saya kagum adalah cara penyampaian mereka yang begitu manis.

Baca Juga : Perlu ke Insurans Dalam Kehidupan.

Penyampaian mereka boleh membuatkan kita untuk mengisi borang Insurans Perlindungan Diri yang ditawarkan oleh mereka. Tetapi sebelum itu, kita kena fikir sama ada Penting Ke Insuran Perlindungan Diri ? Disini kongsi sedikit dengan korang pendapat yang boleh menjadi panduan.

Penting Ke Insuran Diri

Jawapan untuk persoalan yang berikan mempunyai 2 Jawapan. Kenapa ada 2 pula ? Ada sebabnya terdapat 2 jawapan. Jawapan tersebut akan menjawap segala persoalan..

Jawapan Pertama Insurans Diri Sangat Penting

Insurans Diri yang diambil boleh melindungi diri sendiri dan keluarga daripada hilang punca kewangan akibat sakit, kemalangan atau kematian. Apabila sakit dimana hendak mendapat wang untuk membiayai keperluan rawatan dan kehidupan harian? Siapa yang hendak bayar dan menyara kehidupan diri/keluarga semasa sakit atau meninggal?

Dengan gaya kehidupan sekarang yang memerlukan wang, amat sukar untuk menjalani kehidupan yang sangat mencabar. Dengan Insuran Diri yang di ambil, pihak Insuran akan membayar perubatan harian dan memberi wang saku untuk perbelanjaan semasa dalam wad. Jika berlaku kematian waris ( Isteri/anak/IbuBapa) akan mendapat wang pampasan. Manakala jika tiada apa berlaku dalam setahun, akan mendapat wang pelaburan dari insurans yang diambil.

Jawapan Kedua Insurans Diri Tidak Penting

Ianya tidak penting jika tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mengambil insuran. Tiada gunanya untuk ambil insuran diri jika tiada wang. Pengambilan insurans diri memerlukan jumlah wang kurang atau lebih dari RM200 untuk mendapat pakej yang terbaik. Kurang dari RM100 adalah pakej yang kurang memuaskan atau lebih kepada insuran perlindungan diri Hibah.

Ini yang dapat saya kongsikan kepada korang. Persoalan ini harap dapat tentukan sendiri berdasar 2 jawapan yang di terangkan. Saya sendiri telah mengambil insurans perlindungan diri sebab Keluarga dan juga pelaburan perlindungan untuk masa mendatang. Penting Atau Tidak Insuran Perlindungan masih terletak pada diri korang.

Adakah Kita Matang

Satu persoalan yang bermain dalam fikiran saya mungkin juga diri korang juga. Betul ke saya sudah matang sepenuhnya? Walaupun usia semakin meningkat adakah fikiran dan diri matang sama? Adakah seseorang yang sudah Baligh sudah matang sepenuhnya.?

Matang Daerah Tempat
sumber gambar dari google search

Jika korang kata "sudah matang" bermaksud korang belum matang. Cuba kita cermin diri dan lihat diri sendiri dan tanya diri tu "betul ke dah Matang". Kita boleh lihat bertapa ramai yang masih belum matang di sekeliling kita. Lihat dari segi perbuatan, gaya dan percakapan seseorang kita dapat lihat sifat seseorang.

Ciri - Ciri Sifat Orang Matang

Antara ciri sifat orang yang betul matang dalam hidup ini yang amat sukar dijumpai ;
  1. Korang dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat tidak tercapai.
  2. Korang mampu menyembunyikan perasaan Korang yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
  3. Korang tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
  4. Korang dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
  5. Korang mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun Korang ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
  6. Korang dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya korang tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat korang yang lain.
  7. Korang terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud korang.
  8. Korang dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
  9.  Korang memandang jauh ke depan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
  10. Korang memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang korang tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
  11. Korang berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar korang minati.
  12. Korang mengaku dengan jujur tidak tahu bila korang betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
  13. Korang menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
  14. Korang akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa Korang dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
  15. Korang dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun korang tidak merasa senang kerananya.
  16. Korang boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak Korang sukai.
  17. Korang dapat menwujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
  18. Sekiranya Korang LELAKI, Korang dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa korang adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
  19. Sekiranya Korang WANITA, Korang dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
Ada tak sifat tersebut dalam diri? Sekarang kita dah tahu sama ada kita ini seorang yang Matang atau tidak. Tepuk Dada Tanya Diri Sendiri. Segala jawapan terletak pada diri sendiri. Jangan mengkritik orang lain tanpa melihat diri sendiri dahulu.