Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, 1 November 2020

Kenangan Prepaid Telco Umobile

Tengah mengemas barang lama, terjumpa pula koleksi barangan lama telco. Peredaran zaman membuatkan terkenang pula zaman remaja.

Tersenyum sendiri melihat barang koleksi lama milik sendiri. Antara yang boleh di kongsikan dengan korang adalah koleksi telco saya, Umobile.

Umobile, Oyen
Card Sim Umobile

Ini adalah salah satu koleksi gatal tangan untuk cuba talian Umobile. Rasa tertarik dengan pakej internet dan panggilan masa itu.

Tapi nampaknya tidak berpanjangan apabila beralih arah kepada telco yang beri lebih dari UMobile.

Card Tambah Nilai

Tapi sekarang kembali kepada Umobile dengan mengekal nombor lama dari Telco lain.

Dengan Pakej yang ditawarkan dan bersesuaian dengan bajet jadi saya ambil pakej Unlimited Internet dan Panggilan dengan harga RM59.

Harga tidak termasuk cukai SST, Jika di jumlahkan ialah RM63. Dari segi Line agak baik dikawasan perumahan saya. Tetapi kurang baik line dalam bandar.

Rindu pulak nak ke telco lama, tapikan Pakej diberikan untuk GB terhad dan agak melebihi bajet lebih lagi dizaman Covid-19. Jadi kekal lah bersama si oyen ini.


No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages