Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, 30 July 2020

Kelebihan Dan Kekurangan RFID Dari Touch n Go

Siapa yang sudah pasang RFID dari Touch n Go? Kalau belum boleh segera dengan bayaran RM35.

Harga masih murah berbanding dengan peranti SMART TaG yang berharga RM135. Sebelum ini, RFID PERCUMA dan tiada pembayaran untuk pemasangan.

sumber Gambar Touch n Go
Bagi yang telah pasang atau akan pasang, saya kongsikan dengan korang beberapa Kebaikan RFID ini di kaca mata saya. Setelah saya menggunakan hampir 8 bulan, ini lah pendapat saya mengenai RFID setelah menggunakan.

Kebaikan dan Kekurangan RFID

Selepas menggunakan RFID ianya sangat mudah untuk digunakan. Tambah nilai senang sahaja hanya di App Touch n Go.

Baki mudah diperiksa serta boleh semak harga tol yang dikenakan.

Pemasangan mudah hanya pasang di cermin luar atau di Lampu di bahagian kiri. Cumanya risiko manusia gatal tangan yang akan mencabut pelekat RFID.

Apabila melalui lorong RFID, Jangan terlalu laju. Limit adalah 35km/j sahaja berbanding dengan angaran mereka 50km/j.

Tol yang ada RFID juga belum ada sepenuhnya. Lebih seksa apabila sistem RFID lambat respond terhadap pelekat RFID yang dipasang.

Paling dirindui adalah bunyi dari SMART TAG apabila lalu di lorong tol. RFID tidak mengeluarkan apa - apa bunyi. Agak berisiko sikit pemandu untuk melanggar penghadang jika RFID gagal mengesan.

Untuk makluman korang, TNG Digital ialah usahasama antara Touch 'n Go Sdn Bhd (milik penuh CIMB Group Holdings Berhad) dan ANT Financial Group (dahulunya dikenali sebagai AliPay, berpengkalan di Hangzhou, China).

Sistem RFID perlu di perbaiki dari segi pengesanan RFID di tol. Sistem dah bagus cuma bagi saya sistem masih pada takuk lama. Seperti guna SMART TAG, bagai tiada perubahan selain pada fizikal.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages