Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, 2 July 2020

Digi Unlimited Prepaid Sangat Murah

Zaman la ni kena cari yang murah. Jadi nak dapatkan yang murah kena ada usaha lebih sikit.

Logo MyDiGi App - sumber

Syarikat Telco DiGi telah memperkenalkan pakej bulanan prepaid Data dan Panggilan Unlimited semurah RM35 sahaja untuk 30 hari.


Di ulangi, Prepaid bukan Pospaid. Jadi yang guna prepaid dapat berita gembira. Jadi kalau korang pengguna Prepaid ada perluang untuk mendapatkan Unlimited ini dari DiGi.

Tapi ada yang tidak menariknya. Bukan suka-suka boleh diberi tawaran semurah untuk Unlimited. Tawaran ini tidak terdapat dalam Menu penawaran pilihan pakej.

Hanya pelanggan Prepaid tertentu akan dapat melalui 'MyDiGi' "Box Of Surprise". Ianya hampir sama dengan penawaran Maxis melalui 'Hotlink MU' yang ditawarkan setiap masa.

MyDigi App Box Of Surprise

Dengan RM35 Sebulan agak berbaloi korang untuk mendapatkan Unlimited Data Dengan kelajuan 3Mbps. Hampir sama dengan penawaran yang di buat telco Xpax dan Hotlink.

Walaubagaimanapun, Umobile menawarkan lebih baik dengan nilai yang berbeza RM5 dengan Giler Unlimited GX30. Kelajuan yang ditawarkan 6Mbps dan quota hotspot 6GB.

Saya dapat FREE Unlimited Day, tapi Digi hadkan pemberian sekali je seminggu (7 hari). Lepas tu baru bagi Free lagi untuk minggu berikutnya. Boleh lah dari tak ada. Saya suka guna Digi sebab banyak dapat free data, creadit dan pakej murah dengan Owsem.


Apa lagi pengguna Digi, cepat periksa App MyDigi manalah tahu korang bertuah. Boleh lah layan Movie sampai lebam.

sumber gambar MyDigi App

1 comment:

cikguzim said...

Murahnya..skrg.pkai postpaid rm90...kalau murah speed berdesup bru lgi baloi2

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages