This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

31 July 2020

Cara Dapatkan RM50 Kredit e-Penjana

Mulai esok ( 31 Julai 2020 ), rakyat Malaysia yang berkelayakan akan menerima RM50 kredit e-Penjana melalui aplikasi e-dompet Boost, GrabPay atau Touch 'n Go eWallet.


Untuk melayak korang untuk menuntut RM50 ePENJANA, pastikan korang memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Mestilah warganegara Malaysia,
  • Mestilah 18 tahun dan ke atas,
  • Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun berdasarkan rekod terkini di LHDN,
  • Dan yang PALING PENTING sudah mendaftar dalam aplikasi MySejahtera.

Boost eWallet ePenjana

Touch n Go eWallet ePenjana

Grab eWallet ePenjana

Tempoh memohon RM50 kredit itu adalah dari 31 Julai hingga 24 September 2020, manakala tarikh akhir penggunaannya adalah pada 30 September 2020.

Jika korang berkelayakan apa lagi tebus pagi nanti.

30 July 2020

Kelebihan Dan Kekurangan RFID Dari Touch n Go

Siapa yang sudah pasang RFID dari Touch n Go? Kalau belum boleh segera dengan bayaran RM35.

Harga masih murah berbanding dengan peranti SMART TaG yang berharga RM135. Sebelum ini, RFID PERCUMA dan tiada pembayaran untuk pemasangan.

sumber Gambar Touch n Go
Bagi yang telah pasang atau akan pasang, saya kongsikan dengan korang beberapa Kebaikan RFID ini di kaca mata saya. Setelah saya menggunakan hampir 8 bulan, ini lah pendapat saya mengenai RFID setelah menggunakan.

Kebaikan dan Kekurangan RFID

Selepas menggunakan RFID ianya sangat mudah untuk digunakan. Tambah nilai senang sahaja hanya di App Touch n Go.

Baki mudah diperiksa serta boleh semak harga tol yang dikenakan.

Pemasangan mudah hanya pasang di cermin luar atau di Lampu di bahagian kiri. Cumanya risiko manusia gatal tangan yang akan mencabut pelekat RFID.

Apabila melalui lorong RFID, Jangan terlalu laju. Limit adalah 35km/j sahaja berbanding dengan angaran mereka 50km/j.

Tol yang ada RFID juga belum ada sepenuhnya. Lebih seksa apabila sistem RFID lambat respond terhadap pelekat RFID yang dipasang.

Paling dirindui adalah bunyi dari SMART TAG apabila lalu di lorong tol. RFID tidak mengeluarkan apa - apa bunyi. Agak berisiko sikit pemandu untuk melanggar penghadang jika RFID gagal mengesan.

Untuk makluman korang, TNG Digital ialah usahasama antara Touch 'n Go Sdn Bhd (milik penuh CIMB Group Holdings Berhad) dan ANT Financial Group (dahulunya dikenali sebagai AliPay, berpengkalan di Hangzhou, China).

Sistem RFID perlu di perbaiki dari segi pengesanan RFID di tol. Sistem dah bagus cuma bagi saya sistem masih pada takuk lama. Seperti guna SMART TAG, bagai tiada perubahan selain pada fizikal.

13 July 2020

Celcom Axiata Unlimited Internet dan Call | Biar Betul

Perang Unlimited Data Internet antara Telco di Malaysia sedang berlaku. Telco di Malaysia sedang membuat promosi untuk menarik pelanggan.

Celcom Axiata, sedang membuat promosi kaw kaw kaw dengan memberi pakej Unlimited Data Internet dan Panggilan.

CelCom Unlimited Internet And Calls - sumber Celcom Axiata
Nampaknya Celcom tidak mahu ketinggalan dengan pesaing mereka seperti Umobile dan Digi (Baca juga : Digi Unlimited Prepaid Sangat Murah ).

Pakej Unlimited hanya untuk pengguna Prepaid sahaja. Pengguna Postpaid kekal sedia ada pakej yang ditawarkan.

Pakej Unlimited yang di tawarkan semurah RM12 untuk 7 hari penggunaan. Manakala Hotspot 1GB sahaja. Pakej unlimited untuk seminggu, bagi saya lah murah berbanding telco lain. Panggilan Unlimited untuk semua Network.

CelCom Unlimited Internet And Calls 7 days Only RM12 - sumber Celcom Axiata

Gempak kan tawaran Celcom. Bukan itu sahaja, Celcom Axiata juga menawarkan Pakej Unlimited Internet and call pada harga RM35 untuk 30 hari. Diberi juga 3GB Hotspot sahaja. Panggilan Unlimited untuk semua Network.

CelCom Unlimited Internet And Calls RM35 For 30days - sumber Celcom Axiata

Kalau korang rasa memang berbaloi, boleh ler beli simcard baru atau beralih arah. Untuk sms kena bayar tiada Unlimited. Mana-mana Telco yang bagi pakej Unlimited tidak akan memberi percuma SMS buat masa ini.


05 July 2020

Origami | Cara Buat Kapal Terbang Kertas

Jom mengimbau kenangan semasa kecil. Saya nak kongsikan bersama korang origami kapal terbang kertas.

Bagi yang sudah lupa saya kongsi satu persatu penghasilan kapal terbang kertas.

Korang ajaklah sekali anak korang untuk mereka asah minda supaya menjadi kreatif dan.

Kalau tak jelas, tekan gambar untuk besar:



Sumber Gambar Rujukan : AFRL

Sudah siap, korang boleh cuba bertanding dengan anak atau isteri/suami. Lihat sapa yang lebih bagus terbang lebih jauh. Selamat Bergembira.

04 July 2020

Cara Mudah Lajukan Windows

Windows perlahan? Sangat menyusahkan, itulah yang biasa kita hadapi bila berhadapan dengan Destop atau Laptop yang menggunakan berspesikasi rendah.

Bagaimana hendak mengatasi masalah ini? Tak akan hendak naik taraf (upgrade) sedangkan kegunaan hanya untuk buat assigment dan kerja pejabat sahaja.

Jadi saya kongsikan dengan korang bagaimana caranya. Ingat, Cara ini hanya sesuai untuk korang yang mempunyai PC berspesikasi rendah. Saya telah buat, PC menjadi lebih ringan dan laju.

Cara Mudah Lajukan Windows

Pertama - Pergi bahagian "Search" untuk membuat carin dan taip "Background Apps". Tekan Background Apps.



Kemudian pada paparan "Background Apps" korang nyah aktifkan pada " Lets Apps Run In The Background" dengan mekan tombol tersebut.



Selesai sudah, Mudah sahaja untuk melajukan PC korang. Tujuan nyah Aktifkan bagi menutup Aplikasi yang berjalan pada latar belakang sistem operasi Windows milik Korang. Aplikasi yang berjalan melambatkan Operasi Windows milik korang.

Dengan Nyah aktif dapat membantu korang mendapat pretasi operasi Windows dengan baik. Tiada guna pun korang bagi aplikasi ini Run pada Background, tidak membantu langsung Operasi Windows milik korang.

03 July 2020

Cara Buat Wang Bekerja Untuk Kita

Kebiasaanya kita berkerja untuk mendapatkan wang dengan tujuan tertentu. Sehinggakan ada yang menjadi hamba kepada wang.

Lumrah bagi seorang manusia yang mempunyai kehendak melebihi kemampuan.


Jadi ilmu pengurusan kewangan sangat penting bagi memastikan kita tidak menjadi hamba wang. Jadi Bagaimana caranya?

Banyak orang telah melakukan, yang ada ilmu maju kehadapan, manakala yang malas lambat kehadapan.

Caranya adalah dengan pelaburan. Pelaburan terdapat 2 cara. Perlaburan risiko dan Pelaburan tiada risiko.

Pelaburan Risiko

Terdiri daripada pelaburan saham dan pelaburan Forex. Pelaburan ini berisiko jika tiada ilmu. Jika berilmu ianya pelaburan menguntungkan.

Pelaburan Tiada Risiko

Korang cuma sediakan wang. Pihak ketiga akan menguruskan pelaburan untuk korang.
Contoh : ASB, AHB (Amanah Hartanah Bumiputra), Simpanan Tabung Haji, Public Mutual dll

Pastikan setiap pelaburan telah diperakui oleh Bank Negara. Itu penting.

Pastikan juga korang ada akaun pelaburan yang ada nama dan nombor pelaburan. Jika korang tidak memilikinya bermaksud ianya SKIM CEPAT KAYA.

Dengan melabur wang korang akan berganda. Daripada menyimpan tapi tiada penambahan tambahan.

Ini adalah idea dan cadangan saya untuk korang. Kalau korang ingin melabur saya cadangkan cari ilmu. Kalau Malas, simpan je dalam ASB (Amanah Saham Bumiputra).

Segalanya terletak ditangan korang.

02 July 2020

Digi Unlimited Prepaid Sangat Murah

Zaman la ni kena cari yang murah. Jadi nak dapatkan yang murah kena ada usaha lebih sikit.

Logo MyDiGi App - sumber

Syarikat Telco DiGi telah memperkenalkan pakej bulanan prepaid Data dan Panggilan Unlimited semurah RM35 sahaja untuk 30 hari.


Di ulangi, Prepaid bukan Pospaid. Jadi yang guna prepaid dapat berita gembira. Jadi kalau korang pengguna Prepaid ada perluang untuk mendapatkan Unlimited ini dari DiGi.

Tapi ada yang tidak menariknya. Bukan suka-suka boleh diberi tawaran semurah untuk Unlimited. Tawaran ini tidak terdapat dalam Menu penawaran pilihan pakej.

Hanya pelanggan Prepaid tertentu akan dapat melalui 'MyDiGi' "Box Of Surprise". Ianya hampir sama dengan penawaran Maxis melalui 'Hotlink MU' yang ditawarkan setiap masa.

MyDigi App Box Of Surprise

Dengan RM35 Sebulan agak berbaloi korang untuk mendapatkan Unlimited Data Dengan kelajuan 3Mbps. Hampir sama dengan penawaran yang di buat telco Xpax dan Hotlink.

Walaubagaimanapun, Umobile menawarkan lebih baik dengan nilai yang berbeza RM5 dengan Giler Unlimited GX30. Kelajuan yang ditawarkan 6Mbps dan quota hotspot 6GB.

Saya dapat FREE Unlimited Day, tapi Digi hadkan pemberian sekali je seminggu (7 hari). Lepas tu baru bagi Free lagi untuk minggu berikutnya. Boleh lah dari tak ada. Saya suka guna Digi sebab banyak dapat free data, creadit dan pakej murah dengan Owsem.


Apa lagi pengguna Digi, cepat periksa App MyDigi manalah tahu korang bertuah. Boleh lah layan Movie sampai lebam.

sumber gambar MyDigi App

01 July 2020

Daftar Online SSPN-i Plan Simpanan Pendidikan

Ramai ibu/bapa yang tanya cara untuk daftar akaun SSPN-i Plus anak-anak melalui online kerana tidak mahu ambil cuti untuk ke kaunter SSPN-i.  Terdapat cara mudah untuk korang sebagai ibu/bapa untuk mendaftar.

Masa untuk mendaftar SSPN-i secara Online kurang dari 30 Minit. Ambil masa untuk membuat simpanan belajar sambil melabur untuk anak korang.

Har ini saya akan kongsikan Cara mudah daftar akaun SSPN-i Plus:

SSPN-i Plus Online Dari PTPTN

Langkah pertama :

Tekan link yang diberikan di atas kemudian pilih yang saya bulatkan iaitu Pembukaan Akaun

Pilih pembukaan akaun untuk anak sendiri dan isi nombor ic ibu/bapa dan maklumat yang diminta.



Pilih pakej simpanan yang ibu/bapa nak simpan contoh pakej intan sebulan RM30 atau mana pakej mengikut ibu/bapa nak simpan RM50, RM100, RM200, RM300 dan RM500.



Langkah kedua :

Seterusnya isi maklumat pendeposit iaitu nama ibu atau bapa yang hendak buat simpanan




Semak semula maklumat yang telah diisi sama ada betul atau salah


Langkah ketiga

Pilih kaedah potongan bulanan yang hendak dilakukan ibu/bapa sama ada autodebit, potongan gaji atau direct debit

Contoh ibu/bapa memilih autodebit isi kan nama bank dan juga nombor akaun bank yang diminta untuk potongan bulanan



Seterusnya bayaran simpanan pembukaan akaun haruslah 2 bulan ini kerana potongan akan diproses 2 bulan selepas pendaftaran akaun.

Akhir sekali pilih payment option untuk pembayaran 2 bulan tersebut ikut bank ibu/bapa ada dan selesai.

Mudah sangat mendaftar secara Online. Dengan simpanan sambil melabur dari PTPTN dapat mengelakakan anak-anak kita dari berhutang dengan PTPTN selepas habis pengajian. Jangan tangguhkan lagi, mulakan dari sekarang.

Demi masa depan ilmu anak korang dan kehidupan mendatang. Walaupun sikit korang simpan lama-lama semakin banyak. Biarkan wang berkerja untuk korang secara senyap. Selamat menyimpan sambil Melabur bukan Meleburkan duit.