Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, 12 January 2020

Bezza 2020 Facelift Terbaru Perodua

Perodua baru - baru ini telah melancarkan model Facelift mereka iaitu di kenali Bezza 2020. Dengan tagline #LebihPadu . Jika korang perasan model facelift Bezza 2020 memang berbeza dari sebelum ini. Korang Perasan ke tak!?

Perbezaan rupa paras yang lebih kelihatan 'sporty' (betul kot ejaan ni) untuk menjadi pilihan pembeli muda mahu pun tua. Harga menjadi satu cabaran untuk perodua kerana Proton saga 1.3 facelift lebih murah berbanding Perodua bezza 1.3. Cuma Proton saga 1.3 facelift  rekabentuk sedikit nampak bentuk ketua-tuaan (old Face). Penjimatan petrol untuk Proton Saga dan Perodua Saga 2020 hampir sama.

Bezza 2020 #LebihPadu

Berbalik pada Perodua Bezza 2020 Facelift, Terdapat 4 Varian yang ditawarkan untuk Perodua Bezza. Varian Manual 1.0G dengan Harga RM 34,580, Varian Automatic 1.0G dengan Harga RM 36,580, Varian Automatic 1.3X dengan harga RM 43,980 dan Varian terakhir Varian Automatic 1.3 AV dengan harga RM 49,980.

Sebanyak enam warna ditawarkan buat BEZZA 2020 untuk pilihan pembeli iaitu Ivory White,
Glitter SilverOcean BlueGranite Grey, Sugar Brown dan Garnet Red. 

Manakala enjin bagi model facelift ini masih dikekalkan dengan 1KR-VE 1.0 liter VVT-i dengan 67 kuasa kuda dan 91 NM serta enjin 1NR-VE 1.3L dual VVT-i berkuasa 94 hp/121Nm.





Di datangkan dengan sistem keselamatan (yang turut dinaik taraf) ASA 2.0 yang merangkumi sisitem seperti Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB),Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misopertaion Control (PMC).

Bezza 2020 nampak lebih sporty dangan penyertaan lampu LED yang lebih garang. Malah turut didatangkan dan dilengkapi dengan sistem Anti-Lock Brakin System (ABS) dan Electronic Brakeforce Distribution (EBD).

Amacam berbeza tak Bezza 2020?! Walaupun bagaimanapun bahagian dalaman tidak banyak berbeza. Kerusi belakang perodua telah turunkan sebanyak 27° sahaja. Sedan Perodua Bezza banyak memberi kelainan.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages