Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, 19 September 2019

Punca Jerebu | Sekolah Di Tutup

Musim jerebu kembali melanda Negara kita wahai Rakyat Malaysia. Saban tahun inilah masalah yang menimpa bila berjiran dengan negara Indonesia.


Walaupun Indonesia lagi teruk jerebu sehingga mencapai 1000, Malaysia juga yang busuk nama.

Kini Malaysia negara dalam ranking 1 udara tidak sihat didunia. Negara Indonesia tempat ketiga walaupun mereka Puncanya.

Dengan bacaan udara beberapa negeri yang tidak berapa nak elok. Hampir 2,459 sekolah ditutup.

Di Selangor, 939 sekolah diarahkan tutup membabitkan 911,874 murid dan pelajar bermula esok hingga Jumaat ini (19 sehingga 20 September ini).

Turut ditutup 296 sekolah di Kuala Lumpur membabitkan 217,531 pelajar; Pulau Pinang, 399 sekolah (243,972 pelajar) dan Putrajaya, 25 sekolah (27,531 pelajar) bagi tempoh sama.

Dalam pada itu, di Perak 250 sekolah diarahkan tutup esok (19 September) membabitkan 88,028 pelajar.

Turut ditutup bagi tempoh sama adalah Sarawak iaitu 373 sekolah (157,466 pelajar); Kedah, 124 sekolah (58,241 pelajar) dan Negeri Sembilan, 53 sekolah (28,073 pelajar).

Perlu di ingat, hanya sekolah dan beberapa IPTA/IPTSA sahaja ditutup. Yang bekerja kena juga datang kerja macam biasa.

Kita yang bekerja perlu kurangkan aktiviti diluar dan banyakan minum air. Tidak lupa juga guna Topeng Model N95 untuk mencegah asap jerebu.


No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages