Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, 16 September 2019

Jenis Topeng Muka Yang Sesuai Masa Jerebu


Musim panas dan berjerebu habuk kini kembali lagi melanda Malaysia dan Singapura. Banyak aktiviti luar telah di hadkan dan dibatalkan bagi mengelak masalah kesihatan seperti sesak nafas.

Korang tahukan, punca jerebu adalah disebabkan kebakaran hutan di negara jiran Indonesia. Titik panas banyak di sebelah kawasan Kepulauan Indonesia serta tiupan angin yang membawa asap ke negara jiran Malaysia dan singapura.

Jerebu di negara Indonesia lebih teruk dengan kadar penglihatan sangat terhad berbanding negara jiran mereka. Menteri Indonesia masih lagi menafikan punca jerebu datang dari mereka, sebaliknya menyalahkan Malaysia. Ini kerana, terdapat kebakaran hutan di Sarawak, Malaysia.

Tiupan angin membuktikan bahawa angin yang membawa asap kebakaran tidak melalui semenanjung Malaysia dan Singapura.


Jenis Topeng Yang Sesuai

Ada diantara korang yang tidak tahu bahawa topeng muka yang sesuai untuk digunakan semasa jerebu adalah jenis yang boleh menapis habuk.

Topeng yang sesuai adalah jenis R95 yang sangat baik untuk digunakan. Rupa bentuk topeng muka adalah seperti gambar dibawah. Topeng n95/R95 menapis 95% partikal habuk diudara. Harga bagi 1 topeng ini RM2 hingga RM2.50. Harga topeng ini boleh mencecah RM10 jika korang nampak terdesak dimata penjual.

R95/N95 Tapis 95% habuk

Topeng Muka Jenis Kain

Jika korang membeli topeng muka jenis kain yang ada 2 warna iaitu biru dan putih diharap jangan menggunakannya. Ini kerana topeng yang digunakan adalah untuk memerangkan atau menghalang bakteria dari keluar atau masuk dari pengguna kepada orang lain.

Topeng jenis yang doktor pakai tidak menapis habuk ianya tidak memerangkap habuk. sebab itu hargaya korang boleh beli antara RM0.50 - RM1.50. Harganya boleh menjadi mahal sehingga RM5 untuk mereka yang cetek ilmu.


Sebelum membeli pastikan korang meneliti dahulu topeng muka, bagi mengelakkan ditipu peniaga. Biasanya topeng jenis doktor banyak dijual di farmasi. Topeng Jenis N95/R95 boleh didapati di hardware dan juga farmasi tertentu sahaja.

Jika korang ada masalah pernafasan (Penyakit Asma) wajib menggunakannya. Yang tiada penyakit elok gunakan masa tengah jerebu nie bagi mengelakkan sesak nafas dengan udara yang bberhabuk.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages