This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

27 September 2019

Logo Baharu Proton

Proton dalam proses perubahan bagi meningkatkan keyakinan pengguna di Malaysia. Kalau kita lihat sekarang Proton X70 sudah banyak dijalanraya.


Evolusi PROTON sejak ia mengumumkan kerjasama strategik di peringkat global dengan Zhejiang Geely Holding Group pada tahun 2017, satu kerjasama yang mewujudkan peningkatan mendadak PROTON.

Antara kejayaan yang dikecapi dalam tempoh hanya dua tahun ialah
  • Pertumbuhan 36% dalam pasaran.
  • Satu-satunya pengeluar utama yang mempunyai pertumbuhan dua digit pada tahun 2019.
  • Lebih 102 pusat 3S dan 4S, dan jumlahnya kini semakin meningkat.
  • 5 model baharu telah dilancarkan dalam tempoh 8 bulan

Jadi, masanya telah tiba untuk PROTON mengubah Logo, Slogan dan Warna. Tujuan adalah untuk menunjukkan komitmen pada pelanggan bahawa Proton Sekarang lebih baik dan berkualiti.


Penting Ke Perubahan Logo, Slogan Dan Warna?

Bagi kita nie, perubahan Logo, slogan dan warna syarikat nampak seperti membazir. Tetapi kita kena faham bahawa perubahan bertujuan menunjukan keyakinan pelanggan terhadap jenama.

Jenama yang sebelum ini amat kurang bagus perlu menunjukan perubahan untuk berubah dengan lebih bagus. Dengan perubahan Logo mudah untuk pasaran antarabangsa.

Korang akan faham akan pentingnya logo syarikat bila korang mempunyai syarikat atau perniagaan sama ada kecil atau besar.

Selamat maju jaya PROTON.

22 September 2019

Perodua Axia Facelift 2019

Axia 2019 masih mengekalkan enjin 1.0 liter 1KR-VE dengan pemasaan injap boleh ubah pintar (VVT-i) yang digabungkan dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual pada varian E dan transmisi 4-kelajuan automatik. Dengan kecekapan bahan api yang dinilai 22.5 km/l untuk manual, 21.6 km/l untuk auto dan 20.8 km/l untuk varian baharu STYLE, Axia 2019 kekal menjadi antara kenderaan yang paling cekap bahan api di negara ini.


Berikut adalah senarai varian dan harga Perodua Axia 2019 (harga tanpa insurans):
  • Axia Standard E – RM24,090
  • Axia Standard G – RM33,490
  • Axia GXtra – RM34,990
  • Axia Style – RM38,890
  • Axia SE – RM38,890
  • Axia Advance – RM43,190

Kesemua varian Axia 2019 ditawarkan dengan jaminan selama lima tahun atau 150,000 km (yang mana terdahulu). Perodua turut menawarkan pilihan aksesori GearUp untuk Axia 2019 dan ia boleh dimasukkan terus dalam pinjaman pembelian kenderaan dan didatangkan dengan jaminan selama enam bulan.

Perbezaan perincian bagi setiap varian adalah seperti di bawah ini:

Perodua Axia E 2019

  • Enjin: 1KR-VE VVT-i 1.0 liter tiga-silinder, 67 hp dan 91 Nm tork
  • Transmisi: Manual lima-kelajuan
  • Penggunaan minyak: 22.5 km/l
  • Lampu utama projektor (jenis standard)
  • Lampu belakang LED
  • Rim: Keluli 14-inci
  • Dua beg udara, ISOFIX
  • Tempat duduk fabrik (jenis standard)
  • Meter kombinasi iluminasi amber

Perodua Axia G 2019

Ditambah:
  • ABS dan EBD
  • Dua pembesar suara di depan
  • Cermin sisi elektrik (tanpa butang lipat cermin)
  • Sistem audio dengan USB
  • Rim aloi 14-inci dengan tayar 175/65 R14
  • Penggunaan minyak: 21.6 km/l

Perodua Axia GXtra 2019

Ditambah:
  • Kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman (TRC)
  • Cangkuk anti-ragut
  • Sensor undur
  • Ketinggian tempat duduk boleh laras
  • Cermin sisi elektrik (butang untuk lipat cermin)
  • Empat pembesar suara (dua di depan dan dua di belakang)
  • Tempat duduk fabrik (jenis pertengahan)

Perodua Axia SE 2019


Ditambah:
  • Filem penapis haba
  • Sensor bampar depan
  • Lampu utama projektor (jenis tertinggi)
  • Lampu kabus hadapan
  • Sistem tanpa kunci dan butang Push Start
  • Gril depan kemasan krom
  • Skirting depan
  • Skirting sisi
  • Sistem audio dengan USB & Bluetooth
  • Tempat duduk fabrik semi-bucket (jenis SE)
  • Meter kombinasi iluminasi putih
  • Perodua Axia Style 2019
  • Ditambah:
  • Bampar depan, belakang dan gril Style
  • Rel bumbung
  • Rim aloi 15-inci dengan tayar 175/60 R15
  • Tempat duduk fabrik (jenis Style)
Dikurangkan (berbanding SE/AV):
  • ASA 2.0
  • Filem penapis haba
  • Kamera undur
  • Skirting depan
  • Penggunaan minyak: 20.8 km/l
  • Perodua Axia AV 2019
Ditambah:
  • ASA 2.0
  • Unit skrin sesentuh dengan kamera undur
  • Sistem multimedia dengan navigasi & Smart Link, USB, Bluetooth & HDMI.










19 September 2019

Punca Jerebu | Sekolah Di Tutup

Musim jerebu kembali melanda Negara kita wahai Rakyat Malaysia. Saban tahun inilah masalah yang menimpa bila berjiran dengan negara Indonesia.


Walaupun Indonesia lagi teruk jerebu sehingga mencapai 1000, Malaysia juga yang busuk nama.

Kini Malaysia negara dalam ranking 1 udara tidak sihat didunia. Negara Indonesia tempat ketiga walaupun mereka Puncanya.

Dengan bacaan udara beberapa negeri yang tidak berapa nak elok. Hampir 2,459 sekolah ditutup.

Di Selangor, 939 sekolah diarahkan tutup membabitkan 911,874 murid dan pelajar bermula esok hingga Jumaat ini (19 sehingga 20 September ini).

Turut ditutup 296 sekolah di Kuala Lumpur membabitkan 217,531 pelajar; Pulau Pinang, 399 sekolah (243,972 pelajar) dan Putrajaya, 25 sekolah (27,531 pelajar) bagi tempoh sama.

Dalam pada itu, di Perak 250 sekolah diarahkan tutup esok (19 September) membabitkan 88,028 pelajar.

Turut ditutup bagi tempoh sama adalah Sarawak iaitu 373 sekolah (157,466 pelajar); Kedah, 124 sekolah (58,241 pelajar) dan Negeri Sembilan, 53 sekolah (28,073 pelajar).

Perlu di ingat, hanya sekolah dan beberapa IPTA/IPTSA sahaja ditutup. Yang bekerja kena juga datang kerja macam biasa.

Kita yang bekerja perlu kurangkan aktiviti diluar dan banyakan minum air. Tidak lupa juga guna Topeng Model N95 untuk mencegah asap jerebu.


17 September 2019

SUV Perodua ARUZ No 1


Tahniah untuk PERODUA dan pekerja perodua. Mereka berjaya menghasilkan kenderaan SUV Rebage dengan citarasa Pengguna Malaysia.

Perodua Aruz rampas takhta SUV 'numero uno' di Malaysia dari Proton X70. Rasa seronok lihat persaingan sengit antara pembuat kenderaan tempatan.

Sudah lama tidak merasai kehebatan kedua syarikat yang lahir di Malaysia bersaing segit. Sebelum ini hanya Perodua menggunguli carta jualan dan pilihan kenderaan untuk warga Malaysia.

Walaupun kedua-dua Syarikat ini dibawah kawalan syarikat gergasi luar Negara, Sekurangnya rekaan dan citarasa pengguna ada dalam setiap model.

Bagi pengguna Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunai, Thailand dan Asia Barat rasailah Kenderaan citarasa pengguna Malaysia. Pasti korang tidak rugi membelinya.

Tahniah sekali lagi pada Perodua Untuk kenderaan SUV ARUZ yang menjadi pilihan pengguna Malaysia.

16 September 2019

Selamat Hari Malaysia | Malaysian Day

Selamat Hari Malaysia, Malaysian!

Ada sebabnya kenapa pembentukan sebuah negara bernama Malaysia berlaku pada tanggal 16 September 1963 dan bukan 31 Ogos 1963.

Jika mengguna tarikh 31 Ogos juga lebih senang sebab sama dengan tarikh Merdeka betul tak. Itu asalnya memang perancangan awalnya. Tapi kenapa tidak terjadi?

Kalau korang nak tahu sebab apa jadi lambat 2 minggu? Sempena cuti-cuti ini bolehlah rajin baca rujukkan sejarah dekat Wikipedia atau malas baca boleh tonton video Dokumentari di YouTube tentang apa yang berlaku sebenarnya.

SELAMAT HARI MALAYSIA | MALAYSIAN DAY | MYKINI.MY



Jenis Topeng Muka Yang Sesuai Masa Jerebu


Musim panas dan berjerebu habuk kini kembali lagi melanda Malaysia dan Singapura. Banyak aktiviti luar telah di hadkan dan dibatalkan bagi mengelak masalah kesihatan seperti sesak nafas.

Korang tahukan, punca jerebu adalah disebabkan kebakaran hutan di negara jiran Indonesia. Titik panas banyak di sebelah kawasan Kepulauan Indonesia serta tiupan angin yang membawa asap ke negara jiran Malaysia dan singapura.

Jerebu di negara Indonesia lebih teruk dengan kadar penglihatan sangat terhad berbanding negara jiran mereka. Menteri Indonesia masih lagi menafikan punca jerebu datang dari mereka, sebaliknya menyalahkan Malaysia. Ini kerana, terdapat kebakaran hutan di Sarawak, Malaysia.

Tiupan angin membuktikan bahawa angin yang membawa asap kebakaran tidak melalui semenanjung Malaysia dan Singapura.


Jenis Topeng Yang Sesuai

Ada diantara korang yang tidak tahu bahawa topeng muka yang sesuai untuk digunakan semasa jerebu adalah jenis yang boleh menapis habuk.

Topeng yang sesuai adalah jenis R95 yang sangat baik untuk digunakan. Rupa bentuk topeng muka adalah seperti gambar dibawah. Topeng n95/R95 menapis 95% partikal habuk diudara. Harga bagi 1 topeng ini RM2 hingga RM2.50. Harga topeng ini boleh mencecah RM10 jika korang nampak terdesak dimata penjual.

R95/N95 Tapis 95% habuk

Topeng Muka Jenis Kain

Jika korang membeli topeng muka jenis kain yang ada 2 warna iaitu biru dan putih diharap jangan menggunakannya. Ini kerana topeng yang digunakan adalah untuk memerangkan atau menghalang bakteria dari keluar atau masuk dari pengguna kepada orang lain.

Topeng jenis yang doktor pakai tidak menapis habuk ianya tidak memerangkap habuk. sebab itu hargaya korang boleh beli antara RM0.50 - RM1.50. Harganya boleh menjadi mahal sehingga RM5 untuk mereka yang cetek ilmu.


Sebelum membeli pastikan korang meneliti dahulu topeng muka, bagi mengelakkan ditipu peniaga. Biasanya topeng jenis doktor banyak dijual di farmasi. Topeng Jenis N95/R95 boleh didapati di hardware dan juga farmasi tertentu sahaja.

Jika korang ada masalah pernafasan (Penyakit Asma) wajib menggunakannya. Yang tiada penyakit elok gunakan masa tengah jerebu nie bagi mengelakkan sesak nafas dengan udara yang bberhabuk.

15 September 2019

FIFA WORLD Rankings | Kedudukan Malaysia Berubah


FIFA telah mengeluarkan kedudukan terbaru Ranking bolasepak lelaki yang bertanding untuk World Cup Qualifiers 2022 Asia.

Ranking terbaru melibatkan 40 negara Asia termasuk 8 Negara ASEAN yang bertanding baru ini. Kedudukan Terbaru terdapat perubahan Ranking dimana banyak ranking bawah naik dan ranking atas turun.

Ranking di keluarkan oleh FIFA pada 11 September 2019

Malaysia yang menang keatas Indonesia dan kalah tipis keatas UAE hanya naik 1 anak tangga dari kedudukan 159 ke 158 dunia.

Indonesia pula yang kalah pada Malaysia dan Thailand jatuh 8 kedudukan pada kedudukan 168 dunia.

Singapura pula sangat mengejutkan apabila Naik 5 kedudukan dengan berada atas Malaysia dengan kedudukan 157 dunia.

Manakala Thailand masih jauh di atas pada kedudukan 114 dunia naik 1 kedudukan. Thailand masih kekal juara Kedudukan Asia Tenggara.


Kedudukan Malaysia dan negara lain boleh berubah bergantung perlawanan kelayakan WCQ 2022.

12 September 2019

Beza Main Forex Dan Trading Forex

Dunia pelaburan semakin diminati di zaman sekarang. Mesti korang perasan, ramai sekarang melabur dalam Saham dan Forex.


Yang lebih popular sekarang adalah Trading Forex. Kalau korang tidak percaya, boleh lihat di laman sosial dimana ramai Trader Forex mahu berkongsi ilmu secara Percuma atau Berbayar.

Baca Juga : Tips Asas Berjaya Dalam Trading Forex

Trading Forex kebanyakan di lakukan secara sambilan atau sepenuh masa kerana pulangan bergantung kepada bagaimana situasi semasa ekonomi sesebuah negara.

Forex seperti Money Exchange, dimana ianya berdagang berdasarkan naik dan turun matawang.

Hukum Trading Forex

Ada antara fikirkan bahawa Forex adalah Haram. Ianya sebab pemikiran bahawa forex seperti Skim Cepat Kaya.

Sebenarnya  bukan seperti itu. Trading Forex adalah Harus dalam islam. Beberapa agamawan menggangap Trading Forex adalah peniagaan yang ada Untung dan Rugi.

Selagi Trading Forex tidak mempunyai 3 unsur atau salah satu seperti

  • Riba
  • Penipuan
  • Penganayaan

Tetapi jika orang yang Trading Forex ada salah 1 unsur tersebut, maka jadi haram. Ini kerana Trading Forex adalah bentuk analisis ekonomi BUKAN BERDASARKAN NASIB SEPERTI JUDI NOMBOR.

Beza Main Forex dan Trading Forex

Trading Forex - Menganalisis situasi ekonomi dan melabur berdasar analisis ekonomi yang didapati dalam berita.

Main Forex - Melabur berdasarkan Nasib dan tekaan tanpa membuat sebarang analisis serta berharap seperti Main Judi Nombor.

Korang dah tahu perbezaan bukan. Walaupun ringkas sahaja perbezaan tetapi saya telah terangkan dahulu mengenai Pelaburan Forex (Trading Forex).

Trading Forex tidak memerlukan modal besar untuk melabur. Korang boleh melabur sekecil $10 dolar. Tetapi untung juga kecil sangat.

Perlu di ingat, melabur ini rugi memang pasti, untuk untung belum pasti kalau tidak jaga emosi.

Emosi ini perlu, jika korang ada emosi Tamak, korang boleh rugi. Bila rugi emosi marah. Kawal emosi dan kawal kewangan semasa Trading Forex.

Belajar dari SiFu Trading Forex yang berjaya. Pelbagai cara boleh digunakan untuk Trading Forex. Yang penting banyak baca mengenai isu semasa ekonomi.

Selamat Melabur Forex dan Melabur Saham. Jangan Sampai Lebur...

10 September 2019

Proton Saga 2019 Terima Tempahan Tinggi

Setakat ini tempahan Saga 2019 telah melebihi 10,000 unit sejak ia dilancarkan pada 6 Ogos lalu. Lebih 1,000 daripada tempahan tersebut adalah melalui platform secara dalam talian Proton di mana pelanggan boleh menempah model tersebut hanya dengan RM9.99. Murah tu tempahan, Apa lagi cepat tempah sekarang.

Oleh kerana sambutan yang luar biasa, Proton telah melanjutkan tempoh tempahan dalam talian sehingga 17 September.


Dr Li Chunrong berkata, pelanggan begitu tertarik dengan dengan rekaannya yang diperbaharui, komponen yang dipertingkat serta sistem infotainmen skrin sentuh yang ditawarkan. Syarikat turut kagum dengan jumlah tempahan dalam talian yang diterima setakat ini dan ia telah melebihi jumlah yang mereka terima sebelum ini untuk X70.

Proton Saga 2019 Sedan mampu miliki yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia kini ditawarkan dengan lima warna menarik iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Rosewood Maroon, dan Ruby Red.

Harga jualan pula ditetapkan seperti berikut:
  • Saga 1.3L Standard MT: RM32,800
  • Saga 1.3L Standard AT: RM35,800
  • Saga 1.3L Premium AT: RM39,800
Setiap pembelian Proton Saga didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun/150,000 km yang mana terdahulu, dan termasuklah dengan kos buruh percuma untuk tiga kali servis berjadual.