Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, 18 August 2019

Kutipan Tertinggi BoboiBoy Movie 2

Link Download Boboiboy Movie 2
Selepas 5 Hari Tayangan
Sangat hebat Filem Boboiboy Movie 2 kali ini. Mana tidaknya kutipan Tayangan Filem Animasi kedua Monsta, Boboiboy Movie 2 sangat mengagumkan.

Untuk pengetahuan korang filem animasi tempatan yang hanya mengambil masa selama 12 bulan untuk disiapkan dan menelan kos hampir RM7 juta ini telahpun berjaya mengutip sebanyak RM9.9 juta hanya dalam 5 hari sahaja.

Ditayangkan secara rasmi pada 8 Ogos lalu, ternyata ia telah memberikan satu fenomena yang baharu buat industri animasi negara apabila kutipan ini dilihat setanding dengan animasi dari luar negara.

Setakat ini juga, filem ini turut telah mencatatkan jumlah 763,000 penonton hanya dalam masa 5 hari. Jumlah ini adalah tidak pasti sama ada ia termasuk jumlah 5 negara lain atau mungkin ia termasuk, memandangkan ia ditayangkan serentak.

Korang boleh lihat sahaja kutipan pada hari pertama iaitu sebanyak RM1.18 juta dan itu menjadikan kutipan tertinggi bagi filem animasi tempatan untuk hari pembukaan. Jumalahnya mungkin akan meningkat lagi, lebih lagi ramai yang menonton lebih dari sekali.
Kutipan Semasa Pembukaan
Cuti sekolah hampir berakhir, jadi inilah masa terbaik untuk bawa anak-anak, anak buah dan keluarga pergi tonton filem BoBoiBoy Movie 2. Tahniah rakyat Malaysia kerana sokong Animasi Malaysia.

Boboiboy Kuasa 5
Lepas ini, kita akan di sajikan animasi terbaru iaitu Ejen Ali Movie pula. Tak sabar rasanya hendak tonton.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages