Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, 9 July 2019

Cara Membuat Pembayaran Yes 4G

Cara Membuat Pembayaran Broadband Yes 4G | Artical sebelum ini saya ada kongsi sedikit mengenai Broadband YES 4G dan Perbandingan YES 4G dengan Telco lain. Dalam entri tersebut terdapat pertanyaan bagaimana cara membuat pembayaran untuk Broadband Yes 4G.
 
 
Jadi saya kongsikan sedikit caranya untuk membuat pembayaran bill. Untuk membuat pembayaran terdapat 3 cara iaitu :
  • Bayar melalui maybank2u melalui akaun ahli di laman Web YES 4G.
  • Bayar melalui kad kreadit melalui akaun Ahli di Laman Web YES 4G.
  • Bayar diwakil penjual sah yang memberi perkhidmatan pembayaran Bill Yes 4G.
Tutorial saya buat ini cara pembayaran melalui Akaun ahli bagi yang mahu membayar menggunakan eBanking dan Kad Kreadit.

1. Layari Laman Web Yes 4G > My Account > Login ( Yes ID : IDanda@yes.my & Password : dapat masa daftar )
 

2. Selesai Login, lihat sebelah kanan terdapat list My Account. Cari bahagian Payment dan tekan Bill Payment.
 
 
 
3. Paparan akan keluar seperti gambar dibawah. Anda akan dapat lihat jumlah bayaran yang perlu dibayar. Bahagian Payment Type anda boleh pilih sama ada menggunakan Creadit Card atau Maybank2u. Bank lain tidak boleh.
 
 
 4. Saya pilih untuk guna Maybank2u. Selesai membuat pemilihan Payment Type, pastikan anda disable pop-up blocker. Jangan lupa juga tanda pada kotak Term & conditions kemudian tekan comferm payment.
 
 
 5. Akan keluar seperti dibawah ini.
 
 
 Dan keluar seperti dibawah ini juga. Login seperti biasa akaun E-banking anda.
 
 
6. Setelah selesai anda akan dapat maklumat pembayaran seperti dibawah. Sila simpan Maklumat ini untuk rujukan akan datang. Pastikan Anda juga akan terima msg dan Email dari pihak YES 4G. Selesai.
 
 
Untuk creadit card, cara adalah sama yang bezanya perlu isi maklumat creadit card. Pastikan anda terima Msg dan Email dari pihak YES 4G setelah membuat pembayaran melalui E-Banking atau Creadit Card atau bayar pada wakil.
 
Jika tidak terima dalam masa 4 jam bermakna pembayaran tidak dibuat atau gagal. Hubungi perkhidmatan pelanggan untuk mendapat status pembayaran. Sepanjang menggunakan YES 4G, saya tiada masalah mengenai coverage dan pembayaran.
 
Panjang pula entri kali ini.. Harap tutorial ini dapat membantu anda. Jika tidak faham boleh tanya pada ruang komen.
 

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages