Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, 5 June 2019

Punca Rambut Beruban Dan Cara Mengatasinya

Bila kita mempunyai rambut beruban pasti ada yang memandang bahawa kita sudah berumur dan terlalu banyak berfikir. Bila ada yang kata-kata mengenai diri sendiri pastinya kita akan membuat perbuatan mencabut rambut beruban.


Jangan dicabut uban tu pula ada Akibat mencabut uban di kepala. Dalam Islam juga ada sebab kenapa tidak boleh dicabut rambut uban. Ada kajian mengenai kenapa rambut yang berwarna hitam boleh berubah menjadi rambut putih (uban).

Antara kajiannya adalah kekurangan Vitamin B antara punca tumbuhnya rambut beruban kerana Vitamin B adalah sumber penting kepada kesihatan rambut manusia terutama kepada mereka yang masih muda.

Kurangnya Vitamin B dalam tubuh badan akan menyebabkan terjadinya pigmen pada rambut tanpa disedari. Kepentingan Vitamin B dapat menjaga keseimbangan air dalam tubuh badan, membantu penyerapan lemak dalam usus dan membantu kestabilan metabolisme badan

Cara Mengatasi Masalah Rambut Beruban Atau Putih

Bagi mengatasi masalah rambut beruban, perlunya pengambilan pelbagai jenis makanan seperti beras merah, kuning telur, susu, jantung dan hati ayam, gandum dan kacang hijau untuk menambah Vitamin B. -sumber-

Rambut beruban tidak semestinya ada kaitan dengan keturunan semata-mata seperti yang kita ketahui. Sebenarnya cara Makanan yang diambil, produk cuci rambut dan gaya hidup juga antara peranan dalam pertumbuhan rambut uban.

Bila ada rambut berwarna putih jangan risau lagi, ada cara mengatasinya. Kawan saya kata, jika lelaki ada sedikit rambut putih (uban) menunjukan ianya sorang lelaki matang dalam kehidupan. Kalau perempuan pula, korang boleh fikirkan pandangan mereka.

1 comment:

AisNy said...

Baru tau... Nice sharing... Di atas kepala teman nie, ada la jugak uban... tapi tak la banyak...

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages