Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, 2 June 2019

Internet Fiber | Maxis Fiber Atau TM Unifi

Agak mencabar juga untuk memilik rangkaian Internet Fiber untuk kegunaan dirumah. Banyak jugak faktor yang perlu di ambil kira.

Sekarang ini terdapat 3 pembekal Internet berasaskan Fiber optik. Dengan kelajuaan miniman 10Mbps.


Antaranya TIME, MAXIS dan TM. Pilihan yang perlu dibuat berdasarkan harga, kawasan liputan, perkhidmatan, kelebihan, kelajuan dan limit data.

Kalau di ikutkan, hanya TIME sahaja perlu disingkirkan kerana kawasan liputan hanya ada dibandar sahaja.

Sekarang tinggal 2 iaitu MAXIS FIBER dan TM UNIFI. Mari saya kongsikan perbezaan kedua - duanya.

Harga Dan Kelebihan

Jika dilihat pada harga untuk MAXIS FIBER dan TM UNIFI. Maxis Fiber lebih berbaloi dengan harga sekitar RM89 untuk mampu milik bagi data unlimited.

TM UNIFI harga lebih murah RM79 dan berbaloi dimiliki tetapi data limit pada 60gb pengunaan dengan kelajuan 30mbps. Diberi pula kelebihan moden untuk tonton siaran internet.

TM UNIFI



MAXIS FIBER 


Liputan Fiber

Kawasan liputan MAXIS FIBER dan TM UNIFI adalah sama. Dimana ada TM UNIFI di situ adanya MAXIS Fiber.

Ini kerana Maxis Fiber menyewa port fiber dari TM. Sebab itu kawasan liputan adalah sama.

Kelajuan Internet

Kelajuan yang ditawarkan MAXIS FIBER dan TM UNIFI adalah sama. Membezakan adalah harga dan data yang ditawarkan.

Perkhidmatan

Jika dibaca dan dikaji, perkhidmatan yang diberi oleh TM Unifi agak kurang memuaskan. Maxis Fiber juga lebih kurang sama. Dua syarikat ini perlu perbaiki khidmat mereka pada pelanggan.

Susah juga hendak memilih. Tapi dengan keputusan ini, saya rasa TM Unifi 60gb lebih berbaloi dengan harga murah walaupun hanya data 60gb.

Penggunaan dalam SmartPhone, dikira dengan pelbagai aktiviti dalam Phone selama sebulan baru mencecah 50gb.

Buat apa ambil mahal dan Unlimited jika penggunaan tidak di gunakan maximum. Rasa cukup buat masa ini.

Tetapi rasa Maxis Fiber juga kelihatan berbaloi dengan harga perbezaan RM10 dengan TM Unifi. Susah pulak nak buat pilihan.

Untuk korang, ini adalah asas pemilihan Internet berasaskan Fiber. Kalau korang guna untuk dikongsikan pada semua orang termasuk jiran, ambil lah unlimited.

Jika tidak lebih baik ambil yang data terhad. Buang duit jika tidak guna maximum untuk unlimited.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages