This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

12 June 2019

Buah Dada Palsu Pun Ada Di Jual

Zaman sekarang bermacam barang boleh di perolehi. Dari yang Original hingga ke tiruan. Kualiti jangan cerita lah. Memang serupa dengan Original.

Kalau barang pun boleh buat tiruan, inikan pula anggota badan tiruan. Dalam laman sosial, terdapat satu perkongsian yang agak jarang di ketahui.

Buah Dada palsu untuk perempuan yang mempunyai bentuk buah dada yang kecil. Wow!!! Menarikkan wa

Mesti ada perempuan yang tidak tahu kewujudan barang ini. Ye lah, barang buah dada palsu agak sukar dek akal akan wujudnya. Biasanya jika hendak nampak lebih seksi, letak tisu dalam baju dalam (Bra).

Sekarang sudah tidak perlu, boleh beli untuk nampak lebih seksi dimata LELAKI. Lelaki pun dah boleh menyamar jadi perempuan dengan adanya buah dada palsu.




Lihat gambar perempuan dekat atas. Nampak seksi tak dengan bonjolan lebih ketara. Saya nak bagitahu pada pembaca, bahawa saya hanya kongsikan sahaja. Tiada niat lain.

Buah dada palsu ini hanya ada saiz buah dada milik perempuan dari negara uncle sam iaitu United States Amarica. Kenapa? Mungkin buah dada perempuan disana besar dan seksi berbanding negara Asian. Agaknyalah...

11 June 2019

Proton Preve Terbaru | Biar Betul

Siapa yang tidak kenal dengan Proton, Kereta Nasional Negara Malaysia Pertama diperkenalkan. Tapi itu dululah, sekarang ianya milik swasta sepenuhnya.

Proton sedang meraikan kejayaan jualan bulan Mei kenderaan mereka yang kini telah mencecah 10k unit. Wow!!! Kan. Dengan pengenalan model Proton X70 serta sumbangan Kenderaan Saga, Persona, Iris serta Exora.

Harga juga memainkan peranan penting dalam jualan kenderaan Proton. Dimana Kenderaan Proton Boleh di dapati dalam julat harga yang mampu dimiliki golongan pertengahan.

Saya tutup dulu pasal kejayaan yang membanggakan Proton ini. Baru ini AJERUL buat hal apabila beliau telah berkongsi Grafik Terbaru Proton Preve. Memang WOW!!! Rekaan Grafik beliau.


Proton Preve dalam Grafik AJERUL sangat mewah dan nampak menawan. Terdapat sentuhan rekaan dari kenderaan GEELY dan Honda. Kenderaan apa? Korang teka lah sendiri.


Rekaan dalaman yang kemas serta mewah menampakkan lagi bertapa mewah kenderaan Proton Preve walaupun Hanya Grafik.




Grafik dari AJERUL tidak pernah mengecewakan kerana rekaan menepati cita rasa pengguna Malaysia. Jika ianya jadi kenyataan pasti laku keras kereta ini.

Tahniah untuk Proton bagi jualan Bulan Mei 2019. Jaga - jaga Perodua, mungkin perodua akan jatuh tangga kedua dan Proton kembali merampas tahta yang sebelum ini milik Proton.

09 June 2019

Spicy Korean Burger Sempena Discover The World

McDonald’s Malaysia melancarkan kempen ‘Discover the World’ tahunannya dengan membawa kembali Spicy Korean Burger (Burger Korea Pedas) yang sangat disukai ramai.

Mula diperkenalkan pada tahun 2017, Spicy Korean Burger menjadi item menu kegemaran rakyat Malaysia, dengan gabungan enak kepingan lembu gril yang diperisakan dengan kimchi bersama sos pedas Korea, penuh dengan rasa yang unik dan pedas.

Kali ini, McDonald’s turut memperkenalkan Spicy Korean Burger BAHARU iaitu versi daging ayam, bersama-sama dengan versi daging lembu asalnya. Jadi, sama ada anda peminat daging ayam atau daging lembu, anda boleh menikmati burger lazat dan menyelerakan, pedas berapi dengan citarasa ala Korea.


Spicy Korean Burger dihidangkan dengan sayur-sayuran campuran, bawang yang digril, dan sos pedas khas Korea, diapit oleh ban arang hitam yang panas. Untuk versi daging ayam baharu, pelanggan akan menikmati kelazatan kepingan ayam rangup yang diperisakan dengan kimchi manakala versi daging lembu menampilkan kepingan daging lembu gril diperisakan dengan kimchi seperti yang pelanggan sedia maklum dan gemari.

“Sama seperti kempen ‘Discover the World’ terdahulu, sekali lagi McDonald’s berbesar hati untuk menawarkan pelbagai burger edisi khas yang menampilkan citarasa tersendiri negara-negara terpilih di seluruh dunia, kepada rakyat Malaysia.

Kami teruja untuk melancarkan kempen tahunan ini dengan menampilkan semula Spicy Korean Burger yang mendapat sambutan yang amat memberangsangkan ketika pertama kali dilancarkan pada tahun 2017. Ia kini merupakan item menu kegemaran pelanggan kerana keenakan rasa ala Korea yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia,

-Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.


Bagi pelanggan yang ingin melengkapkan hidangan mereka dengan sesuatu yang menyegarkan, Green Tea McFlurry juga dibawa kembali ke senarai menu pencuci mulut McDonald’s. Bukan itu sahaja, malah McDonald’s turut memperkenalkan pencuci mulut baharu iaitu Chocolate Pie, dimana inti coklat lazat dibaluti kulit pai rangup bersalut coklat.

Tersedia mulai hari ini, set Spicy Korean Burgerdihidangkan bersama kentang goreng serta pilihan sama ada Fanta McFreeze atau Coke, dan berharga mulai dari RM15.99.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu menarik McDonald’s, lawati

Website:   www.mcdonalds.com.my.

05 June 2019

Punca Rambut Beruban Dan Cara Mengatasinya

Bila kita mempunyai rambut beruban pasti ada yang memandang bahawa kita sudah berumur dan terlalu banyak berfikir. Bila ada yang kata-kata mengenai diri sendiri pastinya kita akan membuat perbuatan mencabut rambut beruban.


Jangan dicabut uban tu pula ada Akibat mencabut uban di kepala. Dalam Islam juga ada sebab kenapa tidak boleh dicabut rambut uban. Ada kajian mengenai kenapa rambut yang berwarna hitam boleh berubah menjadi rambut putih (uban).

Antara kajiannya adalah kekurangan Vitamin B antara punca tumbuhnya rambut beruban kerana Vitamin B adalah sumber penting kepada kesihatan rambut manusia terutama kepada mereka yang masih muda.

Kurangnya Vitamin B dalam tubuh badan akan menyebabkan terjadinya pigmen pada rambut tanpa disedari. Kepentingan Vitamin B dapat menjaga keseimbangan air dalam tubuh badan, membantu penyerapan lemak dalam usus dan membantu kestabilan metabolisme badan

Cara Mengatasi Masalah Rambut Beruban Atau Putih

Bagi mengatasi masalah rambut beruban, perlunya pengambilan pelbagai jenis makanan seperti beras merah, kuning telur, susu, jantung dan hati ayam, gandum dan kacang hijau untuk menambah Vitamin B. -sumber-

Rambut beruban tidak semestinya ada kaitan dengan keturunan semata-mata seperti yang kita ketahui. Sebenarnya cara Makanan yang diambil, produk cuci rambut dan gaya hidup juga antara peranan dalam pertumbuhan rambut uban.

Bila ada rambut berwarna putih jangan risau lagi, ada cara mengatasinya. Kawan saya kata, jika lelaki ada sedikit rambut putih (uban) menunjukan ianya sorang lelaki matang dalam kehidupan. Kalau perempuan pula, korang boleh fikirkan pandangan mereka.

02 June 2019

Internet Fiber | Maxis Fiber Atau TM Unifi

Agak mencabar juga untuk memilik rangkaian Internet Fiber untuk kegunaan dirumah. Banyak jugak faktor yang perlu di ambil kira.

Sekarang ini terdapat 3 pembekal Internet berasaskan Fiber optik. Dengan kelajuaan miniman 10Mbps.


Antaranya TIME, MAXIS dan TM. Pilihan yang perlu dibuat berdasarkan harga, kawasan liputan, perkhidmatan, kelebihan, kelajuan dan limit data.

Kalau di ikutkan, hanya TIME sahaja perlu disingkirkan kerana kawasan liputan hanya ada dibandar sahaja.

Sekarang tinggal 2 iaitu MAXIS FIBER dan TM UNIFI. Mari saya kongsikan perbezaan kedua - duanya.

Harga Dan Kelebihan

Jika dilihat pada harga untuk MAXIS FIBER dan TM UNIFI. Maxis Fiber lebih berbaloi dengan harga sekitar RM89 untuk mampu milik bagi data unlimited.

TM UNIFI harga lebih murah RM79 dan berbaloi dimiliki tetapi data limit pada 60gb pengunaan dengan kelajuan 30mbps. Diberi pula kelebihan moden untuk tonton siaran internet.

TM UNIFI



MAXIS FIBER 


Liputan Fiber

Kawasan liputan MAXIS FIBER dan TM UNIFI adalah sama. Dimana ada TM UNIFI di situ adanya MAXIS Fiber.

Ini kerana Maxis Fiber menyewa port fiber dari TM. Sebab itu kawasan liputan adalah sama.

Kelajuan Internet

Kelajuan yang ditawarkan MAXIS FIBER dan TM UNIFI adalah sama. Membezakan adalah harga dan data yang ditawarkan.

Perkhidmatan

Jika dibaca dan dikaji, perkhidmatan yang diberi oleh TM Unifi agak kurang memuaskan. Maxis Fiber juga lebih kurang sama. Dua syarikat ini perlu perbaiki khidmat mereka pada pelanggan.

Susah juga hendak memilih. Tapi dengan keputusan ini, saya rasa TM Unifi 60gb lebih berbaloi dengan harga murah walaupun hanya data 60gb.

Penggunaan dalam SmartPhone, dikira dengan pelbagai aktiviti dalam Phone selama sebulan baru mencecah 50gb.

Buat apa ambil mahal dan Unlimited jika penggunaan tidak di gunakan maximum. Rasa cukup buat masa ini.

Tetapi rasa Maxis Fiber juga kelihatan berbaloi dengan harga perbezaan RM10 dengan TM Unifi. Susah pulak nak buat pilihan.

Untuk korang, ini adalah asas pemilihan Internet berasaskan Fiber. Kalau korang guna untuk dikongsikan pada semua orang termasuk jiran, ambil lah unlimited.

Jika tidak lebih baik ambil yang data terhad. Buang duit jika tidak guna maximum untuk unlimited.