Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, 21 May 2019

Tips Asas Berjaya Dalam Forex

Ada antara korang yang baru nak jinak dalam pelaburan Forex? Pelaburan Forex kebanyakkan dari kita lakukan secara sambilan sahaja, betul tak.

Forex ni kalau tidak belajar dengan baik, mungkin risiko dapat Berangka merah memang tinggi berbanding dapat Berangka Biru.


Ada yang kata Untuk mendapat kurang risiko dan mendapat untung tinggi kena labur dengan nilai tinggi. Itu adalah SALAH!! Yang penting sekali ada ilmu strategi pelaburan.

Kalau tiada, letak tinggi atau rendah mana pelaburan tanpa ilmu pasti dapat Berangka Merah.

Penting juga kalau korang yang melabur Forex sendiri berbanding menyuruh pihak lain yang lakukan. Agak rugi kerana ilmu pelaburan tidak mungkin akan diperolehi dengan mudah.

Disini saya kongsikan dengan korang 4 Tips Asas Untuk Di kuasai untuk berjaya.

1. TETAPKAN MATLAMAT DAN PERANCANGAN TINDAKAN

Perkara utama yang perlu korang buat untuk berjaya dalam forex adalah belajar untuk tetapkan matlamat dan merancang plan tindakan.

Trade forex adalah sama seperti perniagaan atau kerjaya yang lain yang mana jika korang tidak menetapkan matlamat dan merancang tindakan, korang akan menempah kegagalan.

Perancangan tindakan untuk trading adalah satu keperluan kerana tanpanya trading akan jadi satu perjudian.

Perancangan trade yang baik akan menentukan 3 peraturan yang perlu kita patuhi :

i. Waktu untuk masuk market

ii. Berapa had risiko

iii. Bila waktu nak exit

Tips yang pertama ini adalah penting untuk korang buat dan patuhi peraturan yang korang buat sendiri, sekiranya korang nak berjaya dalam forex.

2. BELAJAR MENGAWAL EMOSI DAN MENERIMA KERUGIAN

Dalam forex, kerugian merupakan suatu kebiasaan. Sama seperti perniagaan lain yang tidak terlepas dari mengalami kerugian demi kerugian.

Seorang trader pastinya juga tidak terlepas dari mengalami kerugian yang mana ada trader yang rugi sangat banyak dan ada trader yang rugi hanya ‘tipis’, sikit.

Korang sebagai trader perlu belajar untuk mengawal emosi dan menerima kerugian kerana trader terbaik dunia pun mengalami kerugian dan faham bahawa ianya sebahagian dari perniagaan.

Kesannya jika korang berjaya mengawal emosi dan mendepani kerugian, korang merupakan seorang trader yang berjaya menguruskan risiko dan emosi dengan sewajarnya.

3. GUNA SAIZ LOT YANG BETUL  

Ok, ini adalah tips yang penting untuk mengawal risiko kerugian dalam fx iaitu menggunakan saiz lot yang betul dan tepat.

Setiap kali nak trading pastikan korang tetapkan saiz lot yang betul kerana ia merupakan kunci untuk anda kekal dalam dunia forex.

Disini saya berikan kepada korang jadual bagi saiz lot yang betul.


4. BELAJAR BUANG SIFAT TAMAK

Apabila korang membuka position dan pasaran seolah mengikut seperti yang korang analisiskan, korang akan mudah tergoda untuk hold lebih lama kerana korang fikir ia kan terus bergerak dalam arah yang sama dan mendapat untung yang banyak.

Walau bagaimanapun, ini boleh memakan diri apabila pasaran berubah dengan cepat dan menghakis semua keuntungan korang dan kembali kepada situasi yang mana ‘ berangka  merah’.

Jadi korang perlu belajar untuk membuang sifat tamak bila mana korang berada dalam arena forex ini. Korang perlu menahan godaan untuk trade kerana nak untung banyak dan set minda korang untuk mengawal kerugian.

Dalam post ini, korang telah belajar 4 tips bagaimana untuk berjaya dalam arena forex supaya korang lebih berjaya, kaya dan gembira.

Penting untuk korang guna semua 4 tips dan kaedah diatas supaya kerjaya, emosi dan kerugian anda dapat dikawal dengan baik.

Bagi yang mencari Trader Forex, boleh pilih sama ada etoro, XM Forex atau insta Forex. Ini yang agak popular di kalangan Trader Di Malaysia. Selamat Berjaya.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages