Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, 2 May 2019

Proton Iriz dan Persona facelift 2019

Proton baru ini telah memperkenalkan kepada umum dengan pelancaran Iriz dan Persona facelift 2019.


Dengan harga serendah RM36,700 korang mempu memiliki kereta proton. Kereta Proton sedan dah murah, buat apa beli kereta kompak perodua dengan harga murah.

Proton Iriz facelift ditawarkan dalam lima varian, iaitu Standard 1.3L MT, Standard 1.3L CVT, Executive 1.3L CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT.
Proton Iris 2019 Facelift
Dashbord Proton Iris

Proton Persona facelift ditawarkan dengan tiga varian, iaitu Standard 1.6L MT dan CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT. 

Kedua-dua model ini telah diberi nafas baharu dengan menampilkan DNA reka bentuk baharu keluarga Proton, terutama pada jeriji hadapan yang disuntik dengan elemen busur (Ethereal Bow) yang disulami dengan motif berbentuk anyaman yang dipanggil Infinite Weave.


Secara mekanikal, kombinasi enjin dan transmisinya masih kekal namun beberapa penambahbaikan telah dibuat oleh para jurutera Proton untuk menjadikannya lebih responsif, lancar dan senyap. Dari segi keselamatan, kedua-dua model ini dilengkapi dengan Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, dua beg udara dan sensor pakir hadapan sebagai ciri standard manakala untuk varian Premium ia dilengkapi enam beg udara.

Lima pilihan warna ditawarkan untuk model Persona facelift iaitu Jet Grey, Snow White, Ruby Red, Rosewood Maroon dan Armour Silver. Iriz facelift juga akan ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Ocean Blue, Ruby Red, Snow White, Armour Silver dan Jet Grey.

Harga Proton Iriz dan Proton Persona

Harga yang ditawar memang korang mampu berhutang untuk memiliki kereta Proton.

Harga Proton Iriz 2019 mengikut varian:
  • Standard 1.3L MT – RM 36,700
  • Standard 1.3L CVT – RM 39,700
  • Executive 1.3L CVT – RM 44,700
  • Executive 1.6L CVT – RM 46,700
  • Premium 1.6L CVT – RM 50,700
Harga Proton Persona 2019 mengikut varian:
  • Standard 1.6L MT – RM 42,600
  • Standard 1.6L CVT – RM 44,600
  • Executive 1.6L CVT – RM 49,600
  • Premium 1.6L CVT – RM 54,600
Pihak Proton juga telah memberi beberapa pakej menarik secara percuma kalau korang beli sekarang.

Dengan harga semurah ini dengan varian 1.3L dan 1.6L mungkin mampu mengugat jualan Perodua. Adakah Perodua sudah bersedia untuk jadi no2 dalam pasaran dalam Malaysia? 

Sekian lama menjadi no 1 dalam pasaran Malaysia. Proton menjual semurah Perodua tetapi mempunyi ciri berteknologi yang tiada dalam kereta perodua.

Korang rasa mana lebih berbaloi untuk dimiliki? Proton atau Perodua. Fikirkan jangan menyesal lak buat pilihan.

2 comments:

mrhanafi said...

kereta-kereta yang menerik dan mampu hutang..

jika bukan keperluan mendesak guna sahaja kereta sorong hahaha..

saya gurau

iKaito said...

@mrhanafi mmg mmpu bt hutang. Kereta blh jd keperluan atau kehendak bergantung pd individu sendiri. Kete sorong xlaju. (^^)

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages