Breaking

Friday, 24 May 2019

Kenali Meter Biasa Dan Smart Meter TNB

Dalam media Sosial sekarang agak kecoh banyak pasal Meter terbaru TNB (Tenaga Nasional Berhad). Meter terbaru TNB dikenali sebagai 'Smart Meter'.


Untuk permulaan 'Smart Meter' dipasang di Negeri Melaka dahulu. Tujuan menguji ke bekesanan terhadap pelanggan setelah di uji oleh pihak RnD TNB .

Ternyata 'Smart Meter' terbaru TNB banyak masalah dari segi bacaan yang di ambil oleh tnb. Sedangkan bacaan pada meter dengan bill yang diterima amat berbeza.

Bagi korang yang belum tahu bagaimana rupa meter TNB, saya kongsi dengan korang

Kenali Meter TNB

Meter Analog 

Meter lama yang ada piring berpusing. Menurut TNB bacaan meter ini kurang tepat kerana memberi bacaan tidak sekata. Tetapi ianya menguntungkan pengguna kerana meter ini memberi bacaan rendah.


Kelemahan meter ini ianya juga senang di 'hack' pengguna. Pekerja TNB pelu mengambil bacaan secara manual.

Meter Digital

Meter Digital dipasang bagi menggantikan meter analog. Meter Digital menggunakan komponen elektronik terkini bagi mendapat bacaan lebih tepat berbanding meter analog.


Kelemahan meter ini, ianya mudah rosak. Memerlukan pembaca meter untuk membuat bill bulanan. Meter ini juga sukar dilihat oleh pembaca meter.

Meter Pintar (Smart Meter)

Meter terbaru dari TNB. Meter ini telah di uji sebelum di pasang kepada pengguna. Pengguna di Melaka adalah pertama menerima meter ini.


Meter pintar yang digunakan adalah untuk memudahkan pihak TNB mengambil bacaan untuk bill tanpa perlu bersusah payah meneropong.


Kelemahan meter pintar ini adalah bacaan yang diberi pada alat mudah alih pada pembaca meter tidak tepat.

Gambar yang saya sertakan untuk korang periksa, meter pe yang korang masih guna.

Kalau masih guna meter analog, dinasihati jangan tukar yang meter baru. Rugi, nanti bill boleh naik kerana ketepatan. Jangan gatal-gatal suruh pihak TNB pasang baru.

sumber Tenaga Nasional Berhad

No comments: