This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

26 May 2019

Promosi Domain [dot]my Dari Exabytes Memang Sempoi

Bagi korang yang belum kenal dengan Exabytes, Saya cuma nak bagi tahu nie. Exabytes Syarikat tempatan yang menawarkan korang Domain dan Server yang murah.

Exabytes kini sibuk mempromosi Domain yang Malaysia [dot]my. Promosi yang dibuat agak lucu sikit dengan meletak nama `hero Avengers: Endgames` diakhiri dengan [dot]my.








Promosi yang sempoi je guna nama hero. Korang boleh gak letak domain nama cicakman, kluangman atau badang kalau suka.

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh blogger yang inginkan domain [dot]my.

Harga untuk domain [dot]my untuk 1 tahun adalah RM120. Jika korang beli untuk 2 tahun RM240, akan dapat PERCUMA 2 tahun lagi. Jadinya 4 tahun untuk domain [dot]my. WoW kan.


Tawaran yang dibuat memang murah. Sampai bg 50% diskaun tu. Jangan lepas peluang bagi yang belum ada domain.

BACA JUGA : 5 Kelebihan Memiliki Domain dot MY

Bagi yang mahu domain selain [dot]my, saya letak gambar senarai harga domain lain. Ada juga domain lain dengan potongan harga yang cukup menarik untuk dimiliki.

Baca Juga : Kelebihan Domain [dot]my

Server pun ada juga, korang boleh tekan pada gambar yang saya sediakan dibawah.


Daftar Domain [dot]my

Langkah 1# : Pastikan korang daftar dahulu jika pertama kali dengan Exabytes.

Langkah 2# : Selepas Daftar, pergi bahagian 'Domain' untuk daftar 'Register New Domain'.

Langkah 3# : Selepas daftar domain, buat bayaran 'Online Banking' atau kreadit card.

Langkah 4# : Hantar gambar Salinan IC untuk Domain korang di daftarkan.

Langkah 5# : Tunggu dalam masa 24 jam, sehingga domain korang selesai didaftarkan, sebelum digunakan.

Selesai.

Baca Juga : Cara Letak Domain Dari Exabytes Di Blogspot (akan datang)

Saya nasihat pada yang mahu domain baru, Pastikan nama domain korang mudah, ringkas dan senang di ingati penggunjung.

sumber : FB & Web Exabytes 

25 May 2019

Cara Membuka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)


Saya hendak kongsi dengan korang 1 pelaburan yang hampir sama dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Cuma yang membezakan ianya adalah perlaburan berkaitan Hartanah.

Bagi yang mahu melabur dalam unit Amanah Hartanah tetapi tidak tahu saya kongsikan korang serba sedikit.

Unit Amanah Hartanah telah lama ditutup kerana Unit yang di sediakan sebanyak 500 juta telah habis dijual. Baru ini, saya telah bertanya bilakah unit ini akan dibuka lagi.

Menurut pihak Amanah Hartanah, Sebanyak 50 juta unit akan mula dibuka pada hari Isnin 27 May 2019. Korang boleh mendapatkan di cawangan Maybank dan Ambank.

Unit Amanah Hartanah akan dijual sehingga unit ini habis. Jika telah habis maka tiada lagi untuk di beli.

Biasanya, Dana AHB ini cepat habis. Jangan tunggu lagi, Pergi dapatkan sekarang.


Siapa yang boleh buka akaun Amanah Hartanah Bumiputera?

Sebelum kita pergi kepada cara buka akaun Amanah Hartanah Bumiputera, jom kita fahami dulu beberapa perkara penting tentang dana ini.

Dana AHB adalah terbuka kepada semua individu Bumiputera Malaysia yang berumur seawal 3 bulan.

Bagi individu Bumiputera berumur 18 tahun dan ke atas, mereka boleh buka Akaun Dewasa AHB.

Bagi pemohon dan kanak-kanak berumur 3 bulan sehingga 18 tahun, mereka boleh buka Akaun Remaja di bawah nama penjaga yang sah; kedua-dua penjaga dan pemohon mestilah Bumiputera Malaysia.

Selain individu, dana AHB juga terbuka kepada institusi Bumiputera seperti koperasi, pertubuhan atau persatuan yang selayaknya.

Berapa kos buka akaun Amanah Hartanah Bumiputera?


Seperti yang saya tulis di dalam artikel sebelum ini, kos pelaburan dalam AHB adalah rendah.

Tiada caj jualan dan penebusan.

Yang ada hanya kos-kos kecil seperti yuran pengurusan dan yuran pemegang amanah yang dikenakan secara tidak langsung ke atas jumlah unit dana yang dimiliki.

Harga unit pula adalah tetap dan rendah pada harga RM 1.00 seunit.

Boleh dikatakan, kos memulakan pelaburan dalam AHB adalah rendah.

Tak perlu risau kena sediakan modal yang tinggi.

Berapa had minimum untuk mula melabur dalam dana AHB?


Untuk pelaburan individu, ada 2 cara untuk mula melabur dalam dana AHB iaitu sama ada secara tunai atau pengeluaran Akaun 1 KWSP.

Untuk pelaburan secara tunai, had minimum adalah 100 unit.

Jadi, pelabur boleh mula buka akaun AHB serendah RM 100 sahaja.

Bagi pelaburan melalui Akaun 1 KWSP pula, had minimum adalah 1000 unit bersamaan RM 1,000

Di samping itu, perlu memenuhi keperluan-keperluan lain untuk pengeluaran Akaun 1 KWSP seperti had 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas.

Dengan had minimum yang rendah ini, boleh dikatakan ramai orang berkemampuan nak mula melabur dalam AHB.

Di mana boleh buka akaun Amanah Hartanah Bumiputera?

Setakat artikel ini ditulis, hanya Maybank dan AmBank sahaja dilantik sebagai ejen atau pengedar bagi dana AHB.

Oleh itu, untuk buka akaun AHB, kena berkunjung ke mana-mana cawangan kedua-dua bank ini.

Pastikan datang pada hari dan waktu perniagaan sahaja iaitu hari Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum.

Apa yang diperlukan untuk buka akaun Amanah Hartanah Bumiputera?

Sebelum buka akaun AHB, bakal pelabur perlu mempunyai akaun simpanan Maybank atau AmBank.

Ini kerana, nombor akaun sama ada Maybank atau AmBank tersebut adalah diperlukan untuk diisi di dalam borang untuk buka akaun AHB nanti.

Kenapa akaun simpanan ini diperlukan untuk mula melabur dalam AHB?

Sebabnya, sebarang agihan pendapatan ke atas unit AHB yang dipegang nanti akan dimasukkan ke dalam akaun ini.

Selain itu, jika nak melabur ke dalam AHB secara tunai, duit/modal yang hendak dilaburkan perlu dimasukkan atau didebitkan ke akaun simpanan ini terlebih dahulu.

Duit tersebut akan terus dipindahkan ke akaun AHB korang apabila selesai akaun AHB dibuka nanti.

Jadi, kalau masih belum miliki akaun simpanan Maybank atau AmBank, kena buka akaun simpanan tersebut terlebih dahulu sebelum buka akaun AHB.

Kena sediakan sedikit wang untuk buka akaun simpanan tersebut sepertimana yang ditetapkan.

Boleh rujuk di sini untuk lebih maklumat berkenaanakaun-akaun simpanan Maybank.

Nanti, apabila nak buka akaun pelaburan AHB, tak perlu bawa salinan buku simpanan atau penyata akaun simpanan, yang penting pastikan anda mempunyai nombor akaun tersebut.

Salin pada kertas atau dalam handphone pun tidak mengapa.

Apa dokumen-dokumen yang diperlukan untuk buka akaun Amanah Hartanah Bumiputera?

Untuk buka akaun AHB, hanya perlu bawa MyKad anda sendiri jika ingin membuka akaun dewasa untuk diri-sendiri.

Jika nak buka akaun remaja untuk anak atau jagaan yang berumur 3 bulan hingga 18 tahun, kena turut bawa MyKad atau salinan asal surat beranak anak atau jagaan tersebut.


6 langkah buka akaun Amanah Hartanah Bumiputera

Sekarang, selepas faham semua maklumat di atas dan sediakan dokumen-dokumen secukupnya, boleh ikuti langkah-langkah yang berikut untuk mula melabur dalam AHB:

Langkah #1 – Cari lokasi ejen AHB, iaitu cawangan Maybank atau AmBank yang terdekat atau mudah dikunjungi

Langkah #2 – Berkunjung ke lokasi yang dipilih, maklumkan pegawai bertugas di kaunter pertanyaan yang anda nak buka akaun AHB.

Langkah #3 – Anda akan diminta untuk berjumpa dengan Eksekutif Kewangan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang dana AHB

Langkah #4 – Anda akan diminta untuk mengisi “Borang Pendaftaran – Akaun Dewasa” atau “Borang Pendaftaran – Akaun Kanak-Kanak/Remaja”, mengikut mana-mana yang berkenaan

Langkah #5 – Serahkan borang yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen yang diperlukan serta modal permulaan pelaburan dalam bentuk tunai atau cek jurubank di kaunter bank.

Langkah #6 – Selepas permohonan selesai diproses, anda akan diberikan salinan Borang Pendaftaran yang disahkan sebagai bukti pelaburan.

Di atasnya akan tercatat nombor akaun AHB serta jumlah pelaburan yang dimiliki. Simpan nombor akaun AHB tersebut, mana tahu pada masa akan datang anda nak tambah pelaburan lagi, boleh guna sahaja nombor akaun tersebut. Tiada buku akan diberikan, hanya salinan tersebut sahaja.

Selesai sudah.

Senangkan hendak buka akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). Inilah Peluang bumiputera untuk terlibat dalam pelaburan yang mengguntungkan.

Korang boleh melabur maximum RM500K dalam Unit Amanah Hartanah. Jangan tunggu lagi, dah tiba masanya untuk melabur lebih dari 1 akaun selain ASB, TH dan Perbankan yang menyediakan pelaburan.

Sumber : Amanah Hartanah Bumiputera/ jomurusduit.com

24 May 2019

Kenali Meter Biasa Dan Smart Meter TNB

Dalam media Sosial sekarang agak kecoh banyak pasal Meter terbaru TNB (Tenaga Nasional Berhad). Meter terbaru TNB dikenali sebagai 'Smart Meter'.


Untuk permulaan 'Smart Meter' dipasang di Negeri Melaka dahulu. Tujuan menguji ke bekesanan terhadap pelanggan setelah di uji oleh pihak RnD TNB .

Ternyata 'Smart Meter' terbaru TNB banyak masalah dari segi bacaan yang di ambil oleh tnb. Sedangkan bacaan pada meter dengan bill yang diterima amat berbeza.

Bagi korang yang belum tahu bagaimana rupa meter TNB, saya kongsi dengan korang

Kenali Meter TNB

Meter Analog 

Meter lama yang ada piring berpusing. Menurut TNB bacaan meter ini kurang tepat kerana memberi bacaan tidak sekata. Tetapi ianya menguntungkan pengguna kerana meter ini memberi bacaan rendah.


Kelemahan meter ini ianya juga senang di 'hack' pengguna. Pekerja TNB pelu mengambil bacaan secara manual.

Meter Digital

Meter Digital dipasang bagi menggantikan meter analog. Meter Digital menggunakan komponen elektronik terkini bagi mendapat bacaan lebih tepat berbanding meter analog.


Kelemahan meter ini, ianya mudah rosak. Memerlukan pembaca meter untuk membuat bill bulanan. Meter ini juga sukar dilihat oleh pembaca meter.

Meter Pintar (Smart Meter)

Meter terbaru dari TNB. Meter ini telah di uji sebelum di pasang kepada pengguna. Pengguna di Melaka adalah pertama menerima meter ini.


Meter pintar yang digunakan adalah untuk memudahkan pihak TNB mengambil bacaan untuk bill tanpa perlu bersusah payah meneropong.


Kelemahan meter pintar ini adalah bacaan yang diberi pada alat mudah alih pada pembaca meter tidak tepat.

Gambar yang saya sertakan untuk korang periksa, meter pe yang korang masih guna.

Kalau masih guna meter analog, dinasihati jangan tukar yang meter baru. Rugi, nanti bill boleh naik kerana ketepatan. Jangan gatal-gatal suruh pihak TNB pasang baru.

sumber Tenaga Nasional Berhad

21 May 2019

Tips Asas Berjaya Dalam Forex

Ada antara korang yang baru nak jinak dalam pelaburan Forex? Pelaburan Forex kebanyakkan dari kita lakukan secara sambilan sahaja, betul tak.

Forex ni kalau tidak belajar dengan baik, mungkin risiko dapat Berangka merah memang tinggi berbanding dapat Berangka Biru.


Ada yang kata Untuk mendapat kurang risiko dan mendapat untung tinggi kena labur dengan nilai tinggi. Itu adalah SALAH!! Yang penting sekali ada ilmu strategi pelaburan.

Kalau tiada, letak tinggi atau rendah mana pelaburan tanpa ilmu pasti dapat Berangka Merah.

Penting juga kalau korang yang melabur Forex sendiri berbanding menyuruh pihak lain yang lakukan. Agak rugi kerana ilmu pelaburan tidak mungkin akan diperolehi dengan mudah.

Disini saya kongsikan dengan korang 4 Tips Asas Untuk Di kuasai untuk berjaya.

1. TETAPKAN MATLAMAT DAN PERANCANGAN TINDAKAN

Perkara utama yang perlu korang buat untuk berjaya dalam forex adalah belajar untuk tetapkan matlamat dan merancang plan tindakan.

Trade forex adalah sama seperti perniagaan atau kerjaya yang lain yang mana jika korang tidak menetapkan matlamat dan merancang tindakan, korang akan menempah kegagalan.

Perancangan tindakan untuk trading adalah satu keperluan kerana tanpanya trading akan jadi satu perjudian.

Perancangan trade yang baik akan menentukan 3 peraturan yang perlu kita patuhi :

i. Waktu untuk masuk market

ii. Berapa had risiko

iii. Bila waktu nak exit

Tips yang pertama ini adalah penting untuk korang buat dan patuhi peraturan yang korang buat sendiri, sekiranya korang nak berjaya dalam forex.

2. BELAJAR MENGAWAL EMOSI DAN MENERIMA KERUGIAN

Dalam forex, kerugian merupakan suatu kebiasaan. Sama seperti perniagaan lain yang tidak terlepas dari mengalami kerugian demi kerugian.

Seorang trader pastinya juga tidak terlepas dari mengalami kerugian yang mana ada trader yang rugi sangat banyak dan ada trader yang rugi hanya ‘tipis’, sikit.

Korang sebagai trader perlu belajar untuk mengawal emosi dan menerima kerugian kerana trader terbaik dunia pun mengalami kerugian dan faham bahawa ianya sebahagian dari perniagaan.

Kesannya jika korang berjaya mengawal emosi dan mendepani kerugian, korang merupakan seorang trader yang berjaya menguruskan risiko dan emosi dengan sewajarnya.

3. GUNA SAIZ LOT YANG BETUL  

Ok, ini adalah tips yang penting untuk mengawal risiko kerugian dalam fx iaitu menggunakan saiz lot yang betul dan tepat.

Setiap kali nak trading pastikan korang tetapkan saiz lot yang betul kerana ia merupakan kunci untuk anda kekal dalam dunia forex.

Disini saya berikan kepada korang jadual bagi saiz lot yang betul.


4. BELAJAR BUANG SIFAT TAMAK

Apabila korang membuka position dan pasaran seolah mengikut seperti yang korang analisiskan, korang akan mudah tergoda untuk hold lebih lama kerana korang fikir ia kan terus bergerak dalam arah yang sama dan mendapat untung yang banyak.

Walau bagaimanapun, ini boleh memakan diri apabila pasaran berubah dengan cepat dan menghakis semua keuntungan korang dan kembali kepada situasi yang mana ‘ berangka  merah’.

Jadi korang perlu belajar untuk membuang sifat tamak bila mana korang berada dalam arena forex ini. Korang perlu menahan godaan untuk trade kerana nak untung banyak dan set minda korang untuk mengawal kerugian.

Dalam post ini, korang telah belajar 4 tips bagaimana untuk berjaya dalam arena forex supaya korang lebih berjaya, kaya dan gembira.

Penting untuk korang guna semua 4 tips dan kaedah diatas supaya kerjaya, emosi dan kerugian anda dapat dikawal dengan baik.

Bagi yang mencari Trader Forex, boleh pilih sama ada etoro, XM Forex atau insta Forex. Ini yang agak popular di kalangan Trader Di Malaysia. Selamat Berjaya.

18 May 2019

Kadar Bayaran Zakat 2019 Seluruh Negeri di Malaysia

Bulan Ramadhan telah tiba, Umat islam mula berpuasa. Umat islam diharap tidak lupa untuk membayar zakat fitrah.

Zakat fitrah hendaklah dibayar kepada Amil yang yang mempunyai kad kuasa dan resit pembayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Korang di nasihati berhati-hati dengan penipu yang menyamar sebagai Amil.
Zakat

Jika korang hendak elak penipuan, korang juga boleh bayar zakat melalui 'online Banking'. Zaman sudah maju dan teknologi semakin canggih jadi Majlis Agama Islam Negeri juga maju kehadapan.

Dengan membayar zakat fitrah, kita dapat membantu masyarakat yang susah. Zakat yang dibayar akan di agihkan kepada golongan yang layak menerimanya sebelum menjelang Syawal (Hari Raya)

Berikut adalah kadar bayaran Zakat mengikut Negeri dalam Malaysia.

Tunaikan tanggungjawab korang sebagai umat islam. Bantulah orang lain yang memerlukan sedikit bantuan untuk makan, minum dan untuk meneruskan hidup.

Walaupun nilainya kecil tetapi besar bagi yang memerlukan. Buatlah kebaikan dibulan Ramadhan ini, dimana pahalanya berlipat ganda.

Sama ada dapat atau tidak pahala itu, hanya Allah yang tahu. Kita sebagai manusia perlu berusaha untuk menjadi terbaik di dunia dan di akhirat. Selamat Beramal.

***Tahun salah tapi nilai bayaran zakat adalah sama.

 Zakat Online

Sumber Lembaga Zakat Selangor

02 May 2019

Proton Iriz dan Persona facelift 2019

Proton baru ini telah memperkenalkan kepada umum dengan pelancaran Iriz dan Persona facelift 2019.


Dengan harga serendah RM36,700 korang mempu memiliki kereta proton. Kereta Proton sedan dah murah, buat apa beli kereta kompak perodua dengan harga murah.

Proton Iriz facelift ditawarkan dalam lima varian, iaitu Standard 1.3L MT, Standard 1.3L CVT, Executive 1.3L CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT.
Proton Iris 2019 Facelift
Dashbord Proton Iris

Proton Persona facelift ditawarkan dengan tiga varian, iaitu Standard 1.6L MT dan CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT. 

Kedua-dua model ini telah diberi nafas baharu dengan menampilkan DNA reka bentuk baharu keluarga Proton, terutama pada jeriji hadapan yang disuntik dengan elemen busur (Ethereal Bow) yang disulami dengan motif berbentuk anyaman yang dipanggil Infinite Weave.


Secara mekanikal, kombinasi enjin dan transmisinya masih kekal namun beberapa penambahbaikan telah dibuat oleh para jurutera Proton untuk menjadikannya lebih responsif, lancar dan senyap. Dari segi keselamatan, kedua-dua model ini dilengkapi dengan Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, dua beg udara dan sensor pakir hadapan sebagai ciri standard manakala untuk varian Premium ia dilengkapi enam beg udara.

Lima pilihan warna ditawarkan untuk model Persona facelift iaitu Jet Grey, Snow White, Ruby Red, Rosewood Maroon dan Armour Silver. Iriz facelift juga akan ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Ocean Blue, Ruby Red, Snow White, Armour Silver dan Jet Grey.

Harga Proton Iriz dan Proton Persona

Harga yang ditawar memang korang mampu berhutang untuk memiliki kereta Proton.

Harga Proton Iriz 2019 mengikut varian:
  • Standard 1.3L MT – RM 36,700
  • Standard 1.3L CVT – RM 39,700
  • Executive 1.3L CVT – RM 44,700
  • Executive 1.6L CVT – RM 46,700
  • Premium 1.6L CVT – RM 50,700
Harga Proton Persona 2019 mengikut varian:
  • Standard 1.6L MT – RM 42,600
  • Standard 1.6L CVT – RM 44,600
  • Executive 1.6L CVT – RM 49,600
  • Premium 1.6L CVT – RM 54,600
Pihak Proton juga telah memberi beberapa pakej menarik secara percuma kalau korang beli sekarang.

Dengan harga semurah ini dengan varian 1.3L dan 1.6L mungkin mampu mengugat jualan Perodua. Adakah Perodua sudah bersedia untuk jadi no2 dalam pasaran dalam Malaysia? 

Sekian lama menjadi no 1 dalam pasaran Malaysia. Proton menjual semurah Perodua tetapi mempunyi ciri berteknologi yang tiada dalam kereta perodua.

Korang rasa mana lebih berbaloi untuk dimiliki? Proton atau Perodua. Fikirkan jangan menyesal lak buat pilihan.