Breaking

Monday, 15 April 2019

Kerja Kosong | Pemanjat Pokok Kelapa

Baru ini ada sebuah cerita dalam surat khabar mengenai pelajar yang "Graduate" sukar mencari kerja. Ceritanya, hantar sampai 30 'Resume' pelbagai syarikat tetapi tiada jawapan. Ada juga yang pergi temuduga tetapi tiada keputusan mengenai jawatan yang di pinta.

Bagi saya sebanyak mana korang hantar 'resume' sama ada melalui surat, serahan sendiri atau secara email, pastikan korang baca apa yang syarikat tersebut inginkan untuk seorang pekerja.

Jangan pertikaikan jika syarikat tersebut meletakkan syarat ingin pengalaman dalam pekerjaan. Carilah kerja sementara untuk mendapat pengalaman walaupun bukan dalam bidang yang korang belajar.

Sebenarnya setiap kerja ada kaitan dengan apa yang korang belajar di IPTA atau IPTS. Kerjalah di kedai Francais seperti MC Donald, KFC, Pizza Hut dan lain lagi. Walaupun gaji kecil tetapi korang akan dapat 1 pengalaman yang akan ada kaitan dengan bidang yang korang pelajari.

Kerja jangan Memilih sangat untuk dapat yang terbaik. Kerja yang terbaik sebenarnya bermula dari yang kurang terbaik. Apabila korang 'Graduate' nanti jangan tanamkan sifat hendak makan gaji, tetapi tanamkan sifat ingin jadi usahawan atau jadi bos pada syarikat dan diri sendiri.

Tapi kalau korang rasa hendak juga cari kerja yang gaji besar apa kata korang 'apply' je 'job' kat gambar dekat bawah nie. Itu pun kalau korang sanggup.


Sanggup ke korang kerja dengan gaji sebesar ini dengan tugasan yang sangat besar. Hahaha. Usaha tangga kejayaan, Merungut dengan usaha yang tiada hasil tiada gunanya, Terus berusaha sampai Berjaya.

No comments: