Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, 15 April 2019

Bahaya Batuk Kering Atau Tibi

Penyakit Tibi a.k.a Batuk kering pasti ada yang tahu dan ada yang tidak tahu bahawa ianya penyakit yang boleh berjangkit serta boleh bawa maut jika tidak dicegah. Sebelum ini saya sendiri pernah kena penyakit Tibi.

 
Saya perlu mengambil ubat selama 1 tahun dan membuat pemeriksaan doktor untuk penyakit tibi setiap bulan. Jika korang google ramai mencari mengenai penyakit Tibi. Kebanyakkan daripada kita tidak mengambil kisah mengenainya. Jika korang mengelami batuk berpanjangan sila jumpa doktor dan jika batuk tidak baik lagi rujuk kembali doktor untuk membuat x-ray.

Korang boleh rujuk lebih lanjut pada entri Berita Harian - Baru ini anak kawan meninggal dunia selepas koma selama seminggu berpunca penyakit tibi. Anak kawan telah selamat dikebumikan. Baru berumur 21 tahun dan masih belajar IPT, akibat tidak mengambil kisah batuk yang dia hadapi untuk dirujuk pada di Hospital.
Dengan hanya makan ubat batuk sahaja tidak dapat membunuh kuman di paru-paru. Bertapa bahayanya penyakit tibi ini jika tidak ambil langkah berjaga-jaga. Al-Fatihah untuk beliau. Penyakit tibi boleh berjangkit dari orang yang mengalami penyakit tibi melalui batuk, bersin dan bernafas.

 

Cara Mengesan Sendiri

  • Batuk berpanjangan selama seminggu walaupun telah makan ubat.
  • Batuk keluar darah merah cair.
  • Sukar bernafas semasa batuk.

Jumpa doctor untuk pemeriksaan lanjut. Jangan buat andaian kena santau (kalau kena santau darah merah pekat keluar dari mulut ketika batuk)
 
Korang yang diluar sana, ambil kisah penyakit ini. Jangan ambil sikap "tak pe" dalam hal kesihatan atau apa sahaja perkara.
 
sumber Gambar : google

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages