This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

29 April 2019

Kerja Kosong | FGV Kurangkan Pekerja

Kerja semakin berkurangan dengan penutupan beberapa syarikat gergasi dan syarikat kecil. Ramai di antara kita yang telah diberhentikan secara sukarela dan ada juga secara paksaan.

Jika korang bakal lepasan Universiti atau Kolej, cabaran yang sebenar akan korang hadapi adalah mencari kerja yang sesuai dengan kerjaya bidang dipelajari.

Teknologi semakin maju, semakin maju teknologi semakin manusia bakal tidak diperlukan untuk beberapa sektor kerja.

Dengan ekonomi yang tidak begitu baik dan politik yang bercelaru menjadi salah satu masalah untuk wujud peluang pekerjaan yang banyak.

FGV sebuah syarikat perladangan dan pembuatan menghadapi masalah kewangan. FGV syarikat besar yang dijamin kerajaan ini bakal mengurangkan pekerja seramai 6,000 pekerja.

Wisma FGV

Pengurangan bagi mengurangkan kos operasi, ini langkah terbaik bagi CEO FGV. Adakah korang rasa langkah ini salah? Yea, memang salah tetapi tidak salah bagi sebuah syarikat bagi mengelakkan kerugian berterusan.

Jika korang fikir makan gaji boleh selamat selamanya sehingga pencen, korang amat silap. FGV bukan satu-satunya syarikat yang mengalami masalah. Ada lagi yang bakal menyusul.

Jangan memilih kerja. Kerja apa sahaja dari tiada kerja. Jangan sombong kerana korang ada diploma atau ijazah atau master atau PHD. Itu bukan jaminan korang boleh berjaya di dalam alam pekerjaan.


16 April 2019

Perodua Aruz | 7 Masalah Yang Dihadapi


Seperti yang korang ketahui, Perodua telah melancarkan SUV Terbaru Perodua Aruz. SUV Perodua mendapat sambutan dengan jumlah pemintaan sebanyak 25,000 kerana harga yang berpatutan (RM75-80K).

SUV PERODUA ini sebenarnya mempunyai banyak aduan pelanggan yang diterima pihak perodua. Pelbagai aduan mengenainya yang nampaknya menjadi masalah bagi pihak Perodua.

Review 7 masalah ini di ambil dari laman web kereta.info. Korang boleh baca review beliau.

Terlalu panjang penceritaan tetapi saya tidak berapa setuju huraian yang di buat. Itu adalah pandangan beliau.

Saya secara rumusannya, kekurangan & masalah Perodua Aruz 1.5 2019 adalah seperti berikut :

  • 1) Performance Engine sangat teruk (kami beri 1 star sahaja)
  • 2) Respon gearbox yang lambat dan lebih suka mengaum
  • 3) Handling yang tidak sharp & tidak stabil
  • 4) Ride yang melantun & keras. Bergoyang-goyang seperti van tinggi.
  • 5) Aircond yang lambat sejuk.
  • 6) Rekaan kerusi pemandu dan penumpang yang terlalu gagal dalam memberi keselesaan.
  • 7) Ketinggian terlalu extreme. Perlu side step untuk mudah menaiki SUV ini. Sukar untuk orang tua & kanak-kanak.

Rumusan yang beliau berikan memang saya sokong selepas menguji kenderaan tersebut. Adakah Perodua menghasilkan kenderaan SUV ARUZ Secara terburu - buru seperti Perodua Bezza?

Walaupun luaran nampak sangat menarik tetapi tidak dari segi dalaman. Jika dibaca rumusan tersebut, banyak lebih dalaman kenderaan SUV Perodua.

Jika dibandingkan Honda BRV dengan Perodua Aruz, Perodua Aruz lebih advance sikit berbanding Honda BRV.

Mungkin ini model pertama mereka hasilkan dari re-Model dari Toyota Rush. Pihak Perodua perlu membaiki segala masalah yang di utarakan pengguna untuk mengelak menjadi seperti Proton ketika dahulu.

15 April 2019

Bahaya Batuk Kering Atau Tibi

Penyakit Tibi a.k.a Batuk kering pasti ada yang tahu dan ada yang tidak tahu bahawa ianya penyakit yang boleh berjangkit serta boleh bawa maut jika tidak dicegah. Sebelum ini saya sendiri pernah kena penyakit Tibi.

 
Saya perlu mengambil ubat selama 1 tahun dan membuat pemeriksaan doktor untuk penyakit tibi setiap bulan. Jika korang google ramai mencari mengenai penyakit Tibi. Kebanyakkan daripada kita tidak mengambil kisah mengenainya. Jika korang mengelami batuk berpanjangan sila jumpa doktor dan jika batuk tidak baik lagi rujuk kembali doktor untuk membuat x-ray.

Korang boleh rujuk lebih lanjut pada entri Berita Harian - Baru ini anak kawan meninggal dunia selepas koma selama seminggu berpunca penyakit tibi. Anak kawan telah selamat dikebumikan. Baru berumur 21 tahun dan masih belajar IPT, akibat tidak mengambil kisah batuk yang dia hadapi untuk dirujuk pada di Hospital.
Dengan hanya makan ubat batuk sahaja tidak dapat membunuh kuman di paru-paru. Bertapa bahayanya penyakit tibi ini jika tidak ambil langkah berjaga-jaga. Al-Fatihah untuk beliau. Penyakit tibi boleh berjangkit dari orang yang mengalami penyakit tibi melalui batuk, bersin dan bernafas.

 

Cara Mengesan Sendiri

  • Batuk berpanjangan selama seminggu walaupun telah makan ubat.
  • Batuk keluar darah merah cair.
  • Sukar bernafas semasa batuk.

Jumpa doctor untuk pemeriksaan lanjut. Jangan buat andaian kena santau (kalau kena santau darah merah pekat keluar dari mulut ketika batuk)
 
Korang yang diluar sana, ambil kisah penyakit ini. Jangan ambil sikap "tak pe" dalam hal kesihatan atau apa sahaja perkara.
 
sumber Gambar : google

Kerja Kosong | Pemanjat Pokok Kelapa

Baru ini ada sebuah cerita dalam surat khabar mengenai pelajar yang "Graduate" sukar mencari kerja. Ceritanya, hantar sampai 30 'Resume' pelbagai syarikat tetapi tiada jawapan. Ada juga yang pergi temuduga tetapi tiada keputusan mengenai jawatan yang di pinta.

Bagi saya sebanyak mana korang hantar 'resume' sama ada melalui surat, serahan sendiri atau secara email, pastikan korang baca apa yang syarikat tersebut inginkan untuk seorang pekerja.

Jangan pertikaikan jika syarikat tersebut meletakkan syarat ingin pengalaman dalam pekerjaan. Carilah kerja sementara untuk mendapat pengalaman walaupun bukan dalam bidang yang korang belajar.

Sebenarnya setiap kerja ada kaitan dengan apa yang korang belajar di IPTA atau IPTS. Kerjalah di kedai Francais seperti MC Donald, KFC, Pizza Hut dan lain lagi. Walaupun gaji kecil tetapi korang akan dapat 1 pengalaman yang akan ada kaitan dengan bidang yang korang pelajari.

Kerja jangan Memilih sangat untuk dapat yang terbaik. Kerja yang terbaik sebenarnya bermula dari yang kurang terbaik. Apabila korang 'Graduate' nanti jangan tanamkan sifat hendak makan gaji, tetapi tanamkan sifat ingin jadi usahawan atau jadi bos pada syarikat dan diri sendiri.

Tapi kalau korang rasa hendak juga cari kerja yang gaji besar apa kata korang 'apply' je 'job' kat gambar dekat bawah nie. Itu pun kalau korang sanggup.


Sanggup ke korang kerja dengan gaji sebesar ini dengan tugasan yang sangat besar. Hahaha. Usaha tangga kejayaan, Merungut dengan usaha yang tiada hasil tiada gunanya, Terus berusaha sampai Berjaya.

14 April 2019

Apabila Haiwan Kegemukan

Kegemukan (Obesiti) merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Ianya boleh mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.


Kegemukan sangat tidak baik untuk kesihatan, malah Malaysia antara top 10 di asia yang banyak masalah kegemukan. Sifat semulajadi yang malas mengamalkan kehidupan sihat adlah punca bertapa banyak manusia kegemukan. Lebih lagi dizaman teknologi yang begitu canggih.

Jika dilihat orang yang obesiti ini bentuk badan mereka kegemukan. Itu bagi orang yang digelar manusia. Bagaimana pula jika Haiwan yang Obesiti ? Bagaimana kehidupan Haiwan yang Obesiti ? Saya kongsi bersama korang satu video animasi yang di ambil dari Youtube untuk tontonan bersama.


Sekarang kita dah tahu bila macam mana perangai haiwan bila kegemukan.