Breaking

Monday, 18 March 2019

Tontonan Trailer Boboiboy The Movie 2 Cecah Jutaan

Penangan Animasi Boboiboy sangat hebat, dimana Pihak Animonsta Studios telah melancarkan Trailer Boboiboy The Movie 2 mendapat sambutan tinggi tontonan.

Trailer Boboiboy The Movie 2 kini telah ditonton 1.5 juta tontonan. Sejak di naik turun di YouTube pada Jumaat, 8 Mac 2019.


Dikatakan video Trailer Boboiboy The Movie 2 menjadi viral sehingga menggumpul jumlah tontonan yang tinggi dalam masa 4 hari. Hebatkan animasi Boboiboy The Movie ini.

Ini mungkin kerana Boboiboy The Movie sebelum ini yang sangat menarik penceritaan sehinggakan penonton kanak dan dewasa terhibur.


Pengarahnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Razak menerusi Facebook peribadinya berkongsi penghargaan terima kasih dengan sokongan peminat meskipun filem itu belum lagi ditayangkan.
'BoBoiBoy Movie 2’ (#BBBM2) is the sequel to our 2016 film ‘BoBoiBoy: The Movie’ and is planned for release during the Aug-Sept 2019 school break
Animonsta Studios turut bekerjasama dengan Astro Shaw bagi memastikan kualiti yang ditampilkan berada pada tahap yang terbaik.

Dalam Movie kali ini terdapat watak terbaru penjahat Retak'ka serta terdapat watak baru anak papa zola.

Cerita kali ini berkaitan dengan penjahat Retak'ka yang mahu 'kuasa elemental' milik boboiboy. Dimana Retak'ka mendakwa 'kuasa elemental' milik Boboiboy adalah milik beliau. Untuk ketahui lebih lagi jangan lupa tonton di pawagam.



SUMBER RUJUKAN: YOUTUBE MONSTA

No comments: