Breaking

Saturday, 2 March 2019

SUV Perodua Arus Bagus Ke

Perodua baru ini telah melancarkan kenderaan SUV compact mereka. SUV tersebut di letakkan nama ARUS.

Dikala Proton memperkenalkan X70 model premium, Perodua memperkenalkan edisi Compact iaitu PERODUA ARUS.


Saya berkesempatan untuk melihat sendiri kenderaan ini di HQ kilang Perodua di Serendah. Pandu uji tiada disini, kena pergi ke Showroom Perodua.

Ketika itu, perodua ada masalah geran (mengikut cerita dalam berita). Sekarang sudah okey.

Saya cuba duduk dan merasa sendiri keselesaan pada SUV Perodua pada bahagian pemandu. Ianya agak sedikit kurang selesa untuk saya yang tinggi ini.


Ruang pemandu tidak begitu selesa pada bahagian kaki. Jika rapatkan tempat duduk bahagian kaki jadi sempit, jika ruang tempat duduk dijarakkan pada kedudukan selesa, tangan pada stering pula tidak selesa untuk dipegang.


Ruangan hadapan SUV Perodua nampak menarik dengan skrin sentuh, aircond auto (mcm BRV HONDA panel aircond), tempat smart Tag, kamera rakaman hadapan dan pengesan jarak terkini.

SUV tujuh tempat duduk ini ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.5X yang berharga RM72,900 dan 1.5 Advance (AV) yang berharga RM77,900 (harga tidak termasuk insurans).

Kedua-dua varian ini masih menggunakan enjin sama iaitu unit empat silinder NA 1.5 liter 2NR-VE dengan kuasa sebanyak 105 PS pada 6,000 rpm dan 136 Nm tork pada 4,200 rpm. Transmisi pula adalah unit automatik empat kelajuan yang menghantar kuasa ke roda belakang.

Enjin ini sebenarnya adalah unit sama yang digunakan pada Myvi baru dan Toyota Rush, di mana ia dilengkapi dengan teknologi VVT-i dan Eco Idle (start/stop). Perodua mendakwa, enjin Energy Efficient Vehicle (EEV) ini mampu menghasilkan penggunaan bahan api 15.6 km/l dan 95% bahan pada Aruz ini adalah keluaran tempatan.

Aruz boleh didapati dalam pilihan lima warna iaitu Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver, Ivory White (solid) dan Amazon Green (warna baru untuk Perodua). Jaminan yang diberi pula adalah selama lima tahun atau 150,000 km













No comments: