Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, 21 March 2019

Cara Cepat Diindeks Enjin Carian Google

Indeks enjin carian sangat penting dalam menjayakan blog/website anda. Tanpa indeks blog anda akan kesepian tanpa pengunjung dan seakan tiada nyawa. Walaupun anda menulis isi yang baru dan berkualiti tetapi isi kandungan anda akan tetap terkubur. Maka di sinilah pengetahuan SEO itu membantu supaya isi dalam blog anda dikenali dan terindeks oleh mesin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan mesin carian yang lain kerana hampir 60% pengunjung datangnya dari mesin carian. Ada beberapa teknik atau strategi yang harus anda terapkan bagi mempercepatkan proses pengindeksan.

Hantar Peta Laman ke Enjin Carian Google/Bing

Peta Laman adalah sebuah daftar isi yang menerangkan tentang apa yang ada pada blog/laman web anda. Peta laman di sini bukan merujuk kepada daftar isi seperti yang ada pada laman, tetapi peta laman yang berbentuk dokumen XML. Enjin carian hanya memahami bahasa/bentuk XML. Bagi pengguna WordPress, anda boleh membuat peta laman menggunakan plugin dan bagi pengguna Blogspot biasanya sudah disepadukan seperti dalam contoh berikut:
  • https://www.bluemoon.my/sitemap.xml
  • https://www.bluemoon.my/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
  • https://www.bluemoon.my/feeds/posts/default?orderby=updated
Sila hantar peta laman anda ke Google Webmaster Tools, untuk Bing/Yahoo silakan hantar ke Bing Webmaster Tool.

Binaan Pautan Supaya Posting Segera Diindeks oleh Mesin Carian

Untuk segera diindeks anda harus membina pautan ke laman post anda, jangan hanya mencari pautan yang mengarah ke laman utama sahaja. Carikan pautan dofollow yang mengarah ke isikandungan anda. Ini juga akan menjadikan blog anda popular dan dipercayai di mata mesin carian. Mesin carian seperti Google lebih selesa dengan blog/laman yang mempunyai pautan dofollow yang relevan yang mengarah ke laman blog anda dan membolehkan anda mendapat Google Pagerank.

Menggunakan Penanda buku Sosial/Media Sosial

Salah satu cara yang sangat mempercepatkan blog anda diindex oleh mesin pencari adalah dengan mengongsikan (share) isi laman anda dalam laman penanda buku (social bookmark) yang banyak di jumpai sekarang ini seperti Twitter, Facebook, Digg, Linkedin, dan lain-lain ataupun laman penandabuku sosial Indonesia seperti Infogue, lintas.me, Debuk, dan lain-lain. Selain itu blog anda juga akan mendapatkan laluan daripada laman media social tersebut.

Pautan Dalaman Dalam Laman Blog/Laman Web

Jika anda ingin halaman baru pada laman web anda diindeks dengan cepat maka pautan dalaman adalah sangat penting. Sebutkan halaman baru anda menggunakan anchor text link, dan kemaskini (update) halaman yang sudah diindeks sebelumnya dengan menyertakan link ke halaman baru anda (pastikan bahasa pada isikandungan anda sebelumnya sesuai dengan isikandungan anda yang baru).

Memaut halaman anda bukan sekadar membuat pautan semula luaran (external link back). Ini amat penting dalam membangunkan pautan dalaman laman web anda (internal linking) yang akan mengingatkan mesin carian tentang kehadiran isi kandungan baru pada laman anda.

Ping Laman Web/Blog Untuk Memanggil Google/Bing spider

Ping pada mulanya merupakan kaedah untuk blogger mengingatkan mesin carian dengan isi kandungan baru dalam blog mereka. Namun demikian penggunaannya telah berkembang, di mana setiap orang dapat menggunakannya untuk mengemaskini bukan sahaja blog tetapi juga laman web tradisional.

Ping adalah perkhidmatan yang sangat berguna untuk mengingatkan mesin carian dan direktori untuk memperbaharui isi kandungan anda. Banyak laman web layanan Ping online sekarang. Antara yang terbaik pada pendapat saya adalah”
  • pingoat.com
  • pingler.com
  • pingomatic.com

Komen Pada Blog Agar Pantas Diindeks oleh Enjin Carian

Blog yang mempunyai ramai pembaca aktif dan banyak isi kandungan baru akan dijelajah (crawl) dengan teratur oleh enjin carian. Dengan mendapat komen pada blog, maka anda mendapat imbasan atas popularitinya dan akan mendapatkan halaman sendiri yang diindeks dengan cepat. Cubalah untuk memberi komen baru pada blog-blog yang sudah terkenal dan mempunyai ranking tinggi. Ini merupakan cara yang sangat berkesan untuk membolehkan halaman baru diindeks dengan cepat dan pastikan bahawa anda menggunakan laman yang ingin diindeks sebagai URL laman web anda ketika memberi komen, bukan hanya laman utama (homepage) sahaja.

Kemaskini Isi Blog/Laman Web Dengan Teratur

Pastikan anda mengemaskini laman anda secara teratur. Kandungan yang baru adalah penting untuk menbolehkan laman baru diindeks. Jika isi kandungan yang ada pada blog anda sudah basi maka search engine tidak akan menjelajahi (crawl) blog anda secara teratur. Di segi yang lain, jika anda menjaga blog anda supaya sentiasa segar dan terkini (meskipun memperbarui halaman indeks) maka spider mesin carian akan terus datang kembali. Punca mngapa banyak blog mempunyai peringkat baik dan isi kandungannya terindeks dengan cepat, adalah kerana pemilik blog sering memperbarui laman mereka dengan isi yang baru.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages