This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

30 March 2019

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal Memang Menarik

Cuti sekolah sudah hampir berakhir. Pasti korang yang Bercuti di dalam negara atau luar negara sudah kembali kerumah.

Jadi bila dah kembali pasti terfikir apa aktiviti yang hendak di buat. Apa kata korang tonton wayang cerita "Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal".


Sumber gambar : Les' Copaque'

Ceritanya sangat menarik. Banyak kali jugalah aku tergamam tonton filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal ni. Bukan apa, grafik sangat cantik seperti Kualiti standard animasi antarabangsa.

Tak tahu nak cakap macam mana. Puas hati sangat. Bangga betul Malaysia dapat hasilkan animasi berkualiti seperti ni. Soundtrack? Sangat bagus. Storyline? Senang nak faham. Background music? Pergh sangat bagus. Masa Lagu keris sakti memang syok sangat bila dengar.


Apa jua scene yang nak dibawa pasti kita dapat 'rasa'. Bila babak sedih, bergenang juga air mata siot. 2 kali tue. Haha. Scene mana tue korang tengok sendiri ler.

Bila scene lawan, gempak siot, dah macam tonton Holywood superhero. Filem ni cepat, pertukaran babak ke babak laju. Anak-anak kita memang suka 'formula' sebegini. Tak buang masa.

Mak ayah, jangan risau. Kalau kau tak masuk dengan watak siri Upin Ipin, Les Copaque menyediakan watak-watak zaman kanak-kanak kita.

Nujum Pak Belalang, anaknya Si Belalang, Mat Jenin, Tanggang dan ibunya, Raja Bersiong, Bawang Putih Bawang Merah dan Batu Belah Batu Bertangkup.

Krew produksi bijak menyelitkan satu dua adegan yang dah tersimpan dalam memori kita. Sebagai contoh, scene Belalang buat air kopi dengan mengikis buntut kuali. Jangan tak percaya, momen ni pun ada dalam filem. Berdekah-dekah aku dan penonton ketawa.

Berkaitan dengan watak Mat Jenin, kita semua tahu dia suka berangan-angan. Tapi dalam filem ni mereka jadikan impian beliau satu kenyataan. Sungguh positif!

Kita juga tahu Tanggang disumpah menjadi batu dek derhaka kepada ibunya. Maka, dalam filem ini dipaparkan watak bondanya yang merindui si anak. Menyesal kerana menyumpah anaknya sendiri. Jujur aku katakan, sedih gila part ni. Bergenang lagi air mata. Sob sob.

Tak ada lagi yang mampu aku ucapkan selain rasa bangga dan terharu! Ya, bangga kerana filem ini hasil anak tempatan. Lupakan Upin Ipin The Movie (filem pertama) dan lupakan terus filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng (Paling tak suka anak2 ku).

Ini baru movie! Ini yang penonton mahukan! Ini yang anak-anak kita akan kenang sampai bila-bila! Jangan keluar awal sangat, ada babak akhir untuk movie terbaru PUTERi.

Jadi, untuk filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal aku beri :

10/10 untuk soundtrack
10/10 untuk kualiti animasi
9/10 untuk pengembangan watak
10/10 jalan cerita
9.8/10 untuk keseluruhan

Jangan lupa untuk menontonya nanti. Korang pasti rasa puas hati.

24 March 2019

Penggunaan Kreadit Card Dengan Cara Yang Selamat

Tengah isi minyak terdengar perbualan mengenai penggunaan Card Creadit antara pengguna Debit dan Creadit. Masing - masing ada pendapat yang positif dan negatif.

Card Creadit & Card Debit - sumber Google Picture

Seperti yang kita ketahui bahawa penggunaan Card Creadit  membolehkan seseorang pengguna menjadi muflis jika menggunakan tanpa kawalan. Data dari Bank Negara menunjukkan bahawa ramai golongan Muda antara umur 20 tahun sehingga 40 tahun menjadi hutang terbesar tidak membayar card creadit.

Card Creadit membolehkan penggunanya menggunakan dahulu wang (hutang) baru bayar bila ada wang. Manakala Card Debit, korang menggunakan wang yang sedia ada (tanpa hutang) dalam akaun.

Cara Pengurusan Penggunaan Card Creadit

Bagi yang mahu menjinakan diri untuk menggunakan Card Creadit, Saya sarankan korang tetapkan matlamat untuk penggunaannya. Antara Matlamat yang perlu korang tetapkan ialah :

Kecemasan

Gunakan jika berlaku kecemasan seperti perubatan, Kenderaan rosak, Barang keperluan penting dll. Jangan gunakan untuk kehendak kerana ianya membolehkan korang belanja tanpa berfikir risiko yang akan menanti

Petrol Kenderaan

Gunakan untuk membayar Petrol kenderaan korang bertujuan untuk menjimatkan masa dan wang dalam dompet. Bayar balik selepas menggunakan seperti mengunakan e-Bank. Contoh menggunakan card creadit Maybank kemudian bayar balik menggunakan mybank2U.

Membeli belah

Ini paling bahaya. Kebanyakkan dari pengguna creadit Card membeli tanpa berfikir akan risiko. Gunakan hanya jika perlu barang tersebut untuk keperluan semasa. Jangan sesekali membeli barang mengikut hawa nafsu. Padah nanti.

Pengurusan kewangan amat penting bagi kehidupan seharian kita. Pengurusan yang baik dapat menjamin kewangan lebih baik.

Kebanyakan rakyat Malaysia gagal kerana memikir kemewahan tanpa ukur baju dibadan sendiri. Pastikan korang yang kawal duit, bukannya duit kawal korang.

22 March 2019

Ketahui Jenis Perkhidmatan Iklan Dari Google

Bagi korang yang masih baru dalam dunia siber ini, pasti korang tidak tahu bahawa korang boleh jana pendapatan dalam dunia siber.


Tapi bagaimana hendak jana pendapatan? Disini saya kongsi dengan korang bagaimana boleh jana pendapatan dengan menggunakan medium pengiklanan dari google.

Terdapat 3 jenis perkhidmatan pengiklanan di google;

  • Google Adsense
  • Google Admob
  • Google AdWord
Google Adsense

Perkhidmatan iklan Google Adsense biasanya dipaparkan pada Website - website/ Channel Youtube / Blogger developer milik korang. Bila ramai yang berkunjung / Menekan iklan / Menonton Video Youtube, korang akan mendapat nilai bayaran dalam bentuk nilai dollar (Usd).

Penilaian Pembayaran Google Adsense :
  • $0.01-$0.04 per click iklan.
  • $0.01-$0.10 setiap 100 unique visitor tanpa click iklan.
  • $0.15-$0.25 setiap tontonan sampai habis.
Untuk mendapat nilai bayaran, korang perlu ada dahulu 30k unique visitor atau aktif sekurangnya 6 bulan pada Website - website/ Channel Youtube / Blogger developer milik korang.

Jumlah wang dibenarkan cash out adalah $100 (RM400) yang akan di bank in / western Union.

Bila Wang DiBayar

Kalau korang cashkan duit sebelum 21hb, payment akan dapat dalam 23 atau 24 hari bulan direct masuk ke akaun bank. Kalau korang cashkan duit selepas 21hb, payment korang bulan depan baru masuk.

Google admob

Sama saja macam Google Adsense cuma bezanya Google Admob untuk Mobile Apps/Mobile Game.

Google Admob ada 3 jenis id iklan :
  • Banner Ads : $0.01 per click
  • Interstetial Ads : $0.04 per click
  • Video Ads : $0.15-$0.25 per watch(sampai habis)
Kalau nak buat Mobile App untuk Google Admob kena cari syarikat yang menawarkan perkhidmatan buat app.
Google Adwords 

Perkhimatan iklan yang korang nak promote barang/app/service dan sebagainya. So nanti product yang korang promote ni akan keluar dekat service2 Google yang lain mcm GMAIL,GooglePlay dan sebagainya.

kalau korang nak buat duit dengan Google , guna Google Admob/Adsense. Kalu nak buat promosi boleh guna Google Adword


21 March 2019

Cara Cepat Diindeks Enjin Carian Google

Indeks enjin carian sangat penting dalam menjayakan blog/website anda. Tanpa indeks blog anda akan kesepian tanpa pengunjung dan seakan tiada nyawa. Walaupun anda menulis isi yang baru dan berkualiti tetapi isi kandungan anda akan tetap terkubur. Maka di sinilah pengetahuan SEO itu membantu supaya isi dalam blog anda dikenali dan terindeks oleh mesin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan mesin carian yang lain kerana hampir 60% pengunjung datangnya dari mesin carian. Ada beberapa teknik atau strategi yang harus anda terapkan bagi mempercepatkan proses pengindeksan.

Hantar Peta Laman ke Enjin Carian Google/Bing

Peta Laman adalah sebuah daftar isi yang menerangkan tentang apa yang ada pada blog/laman web anda. Peta laman di sini bukan merujuk kepada daftar isi seperti yang ada pada laman, tetapi peta laman yang berbentuk dokumen XML. Enjin carian hanya memahami bahasa/bentuk XML. Bagi pengguna WordPress, anda boleh membuat peta laman menggunakan plugin dan bagi pengguna Blogspot biasanya sudah disepadukan seperti dalam contoh berikut:
  • https://www.bluemoon.my/sitemap.xml
  • https://www.bluemoon.my/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
  • https://www.bluemoon.my/feeds/posts/default?orderby=updated
Sila hantar peta laman anda ke Google Webmaster Tools, untuk Bing/Yahoo silakan hantar ke Bing Webmaster Tool.

Binaan Pautan Supaya Posting Segera Diindeks oleh Mesin Carian

Untuk segera diindeks anda harus membina pautan ke laman post anda, jangan hanya mencari pautan yang mengarah ke laman utama sahaja. Carikan pautan dofollow yang mengarah ke isikandungan anda. Ini juga akan menjadikan blog anda popular dan dipercayai di mata mesin carian. Mesin carian seperti Google lebih selesa dengan blog/laman yang mempunyai pautan dofollow yang relevan yang mengarah ke laman blog anda dan membolehkan anda mendapat Google Pagerank.

Menggunakan Penanda buku Sosial/Media Sosial

Salah satu cara yang sangat mempercepatkan blog anda diindex oleh mesin pencari adalah dengan mengongsikan (share) isi laman anda dalam laman penanda buku (social bookmark) yang banyak di jumpai sekarang ini seperti Twitter, Facebook, Digg, Linkedin, dan lain-lain ataupun laman penandabuku sosial Indonesia seperti Infogue, lintas.me, Debuk, dan lain-lain. Selain itu blog anda juga akan mendapatkan laluan daripada laman media social tersebut.

Pautan Dalaman Dalam Laman Blog/Laman Web

Jika anda ingin halaman baru pada laman web anda diindeks dengan cepat maka pautan dalaman adalah sangat penting. Sebutkan halaman baru anda menggunakan anchor text link, dan kemaskini (update) halaman yang sudah diindeks sebelumnya dengan menyertakan link ke halaman baru anda (pastikan bahasa pada isikandungan anda sebelumnya sesuai dengan isikandungan anda yang baru).

Memaut halaman anda bukan sekadar membuat pautan semula luaran (external link back). Ini amat penting dalam membangunkan pautan dalaman laman web anda (internal linking) yang akan mengingatkan mesin carian tentang kehadiran isi kandungan baru pada laman anda.

Ping Laman Web/Blog Untuk Memanggil Google/Bing spider

Ping pada mulanya merupakan kaedah untuk blogger mengingatkan mesin carian dengan isi kandungan baru dalam blog mereka. Namun demikian penggunaannya telah berkembang, di mana setiap orang dapat menggunakannya untuk mengemaskini bukan sahaja blog tetapi juga laman web tradisional.

Ping adalah perkhidmatan yang sangat berguna untuk mengingatkan mesin carian dan direktori untuk memperbaharui isi kandungan anda. Banyak laman web layanan Ping online sekarang. Antara yang terbaik pada pendapat saya adalah”
  • pingoat.com
  • pingler.com
  • pingomatic.com

Komen Pada Blog Agar Pantas Diindeks oleh Enjin Carian

Blog yang mempunyai ramai pembaca aktif dan banyak isi kandungan baru akan dijelajah (crawl) dengan teratur oleh enjin carian. Dengan mendapat komen pada blog, maka anda mendapat imbasan atas popularitinya dan akan mendapatkan halaman sendiri yang diindeks dengan cepat. Cubalah untuk memberi komen baru pada blog-blog yang sudah terkenal dan mempunyai ranking tinggi. Ini merupakan cara yang sangat berkesan untuk membolehkan halaman baru diindeks dengan cepat dan pastikan bahawa anda menggunakan laman yang ingin diindeks sebagai URL laman web anda ketika memberi komen, bukan hanya laman utama (homepage) sahaja.

Kemaskini Isi Blog/Laman Web Dengan Teratur

Pastikan anda mengemaskini laman anda secara teratur. Kandungan yang baru adalah penting untuk menbolehkan laman baru diindeks. Jika isi kandungan yang ada pada blog anda sudah basi maka search engine tidak akan menjelajahi (crawl) blog anda secara teratur. Di segi yang lain, jika anda menjaga blog anda supaya sentiasa segar dan terkini (meskipun memperbarui halaman indeks) maka spider mesin carian akan terus datang kembali. Punca mngapa banyak blog mempunyai peringkat baik dan isi kandungannya terindeks dengan cepat, adalah kerana pemilik blog sering memperbarui laman mereka dengan isi yang baru.

18 March 2019

Tontonan Trailer Boboiboy The Movie 2 Cecah Jutaan

Penangan Animasi Boboiboy sangat hebat, dimana Pihak Animonsta Studios telah melancarkan Trailer Boboiboy The Movie 2 mendapat sambutan tinggi tontonan.

Trailer Boboiboy The Movie 2 kini telah ditonton 1.5 juta tontonan. Sejak di naik turun di YouTube pada Jumaat, 8 Mac 2019.


Dikatakan video Trailer Boboiboy The Movie 2 menjadi viral sehingga menggumpul jumlah tontonan yang tinggi dalam masa 4 hari. Hebatkan animasi Boboiboy The Movie ini.

Ini mungkin kerana Boboiboy The Movie sebelum ini yang sangat menarik penceritaan sehinggakan penonton kanak dan dewasa terhibur.


Pengarahnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Razak menerusi Facebook peribadinya berkongsi penghargaan terima kasih dengan sokongan peminat meskipun filem itu belum lagi ditayangkan.
'BoBoiBoy Movie 2’ (#BBBM2) is the sequel to our 2016 film ‘BoBoiBoy: The Movie’ and is planned for release during the Aug-Sept 2019 school break
Animonsta Studios turut bekerjasama dengan Astro Shaw bagi memastikan kualiti yang ditampilkan berada pada tahap yang terbaik.

Dalam Movie kali ini terdapat watak terbaru penjahat Retak'ka serta terdapat watak baru anak papa zola.

Cerita kali ini berkaitan dengan penjahat Retak'ka yang mahu 'kuasa elemental' milik boboiboy. Dimana Retak'ka mendakwa 'kuasa elemental' milik Boboiboy adalah milik beliau. Untuk ketahui lebih lagi jangan lupa tonton di pawagam.



SUMBER RUJUKAN: YOUTUBE MONSTA

17 March 2019

Cara Daftar Akaun Tabung Haji pada ATM Akaun Maybank

Jika korang ada simpan wang dekat Tabung Haji, kini korang boleh membuat penyimpanan dan pengeluaran dengan menggunakan mesin ATM.

Tabung Haji telah membaik pulih perkhidmatan perbankkan mereka supaya pelanggan mudah membuat urusan penyimpanan dan pengeluaran wang.

Maybank

Sebelum aktiviti penyimpanan dan pengeluaran boleh dibuat, korang perlu daftar akaun Tabung Haji.

Buat masa ini perkongsian hanya untuk perbankan Maybank. Pastikan korang ada akaun Maybank dan jangan lupa nombor akaun Tabung Haji.

Apa yang perlu korang buat adalah dengan pergi ke mesin ATM Maybank untuk daftar akaun Tabung Haji. Supaya korang boleh buat segala aktiviti penyimpanan dan pengeluaran dengan hanya menggunakan Kad ATM Maybank.

Cara - cara untuk mendaftar, korang ikut langkah dalam gambar dibawah.






Setelah masukkan nombor siri buku akaun Tabung Haji, anda terus tekan butan “Ya” dan selesai. Sangat mudahkan.

Selepas ini, korang Sudah tidak perlu menghabiskan masa untuk beratur menunggu nombor giliran di kaunter semata-mata untuk menyelesaikan urusan perbankan Tabung haji korang.

Segalanya melalui Perbankan internet dan juga hanya menggunakan ATM. Selamat mencuba.

Eh! Lupa hendak bagitahu, bila dah daftar ini korang boleh juga aktiviti memindah, menyimpan dan membayar dalam perbankkan internet dalam Maybank2U. Adios....

08 March 2019

Alat Jimat Elektrik Tidak Jimat Elektrik

Masih lagi kecoh mengenai alat jimat elektrik yang dikatakan jimat elektrik. Sehinggakan penjual dan pakar elektrik bertelagah mengenai alat jimat elektrik ini.


Namun baru ini pihak ST ( Suruhanjaya Elektrik ) mengesahkan bahawa alat tersebut tiada kelulusan dari ST, TNB dan SIRIM.

Apa yang korang perlu tahu, kapasitor dalam alat jimat elektrik fungsi yang diwar - warkan penjual sebagai punca penjimatan adalah SALAH.

Sebaliknya Kapasitor berfungsi sebagai penstabilan arus. Kapasitor tersebut kalau korang hendak tahu terdapat dalam semua alatan elektrik dan elektronik.

SURUHANJAYA Tenaga (ST) menegaskan, alat jimat tenaga (ESD) yang terdapat di pasaran tidak berkesan dalam mengurangkan bil elektrik pengguna seperti diiklankan.

Dalam kenyataan, suruhanjaya itu berkata, sudah mengkaji keberkesanan ESD yang dibuat dengan kerjasama beberapa pihak dan mendapati bacaan meter pengguna tiada perbezaan ketara.

Katanya, kadar arus akan berkurangan apabila ESD dipasang, tetapi jumlah kuasa direkodkan tetap sama mengikut bilangan dan kadar kuasa peralatan elektrik yang digunakan.

“Selain itu, tiada mana-mana badan bertauliah membuktikan alat berkenaan memberi kesan penjimatan tenaga elektrik yang ketara.

“Pengguna mungkin terpengaruh dengan demonstrasi oleh penjual, yang mana mereka menunjukkan perbandingan kadar arus elektrik yang menjadi lebih rendah selepas ESD dipasang,” katanya, hari ini.

Jelas ST, tiada juga perbezaan ketara terhadap kadar penggunaan elektrik yang diukur berdasarkan kilowatt-jam (kWj) penggunaan berdasarkan formula Arus x Voltan x Faktor Kuasa x Masa Digunakan.

“Pemasangan ESD tidak memberi penjimatan sehingga 30 peratus sebagaimana didakwa ke atas bil elektrik di premis domestik kerana meter elektrik merekodkan penggunaan kuasa sebenar (kWh) sedangkan pengguna ESD iaitu komponen utamanya adalah kapasitor, hanya memberi kesan kepada penggunaan kuasa reaktif (kVaR).

“Malah, dalam keadaan beban pengguna yang rendah atau peralatan dimatikan, penggunaan ESD masih membolehkan meter merekodkan penggunaan elektrik,” katanya.

Bagaimanapun, ST berkata, penggunaan kapasitor lebih memberi manfaat kepada sektor industri yang banyak menggunakan beban induktif kerana ia dapat menambah baik kadar kuasa sistem bekalan pengguna dan seterusnya mengelakkan pengguna dikenakan penalti oleh pihak utiliti.

“Sehubungan itu, ST ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan mengatakan ESD ini termasuk dalam bentuk kad, boleh mengurangkan jumlah bil elektrik,” katanya.

Pada masa sama, ST turut menyelar tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang menggunakan logo suruhanjaya itu bagi tujuan promosi ESD melalui pengiklanan di media sosial dan jualan terus kepada orang ramai.

“ST tidak pernah meluluskan sebarang produk ESD dan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahguna logo ST.

“ST juga meminta kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada suruhanjaya ini mengenai kegiatan tidak bertanggungjawab menyalahguna logo ST.

“Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut atau aduan dengan melayari www.st.gov.my,” katanya. - sumber HMetro.
Bagi korang yang masih tidak percaya apa yang dikatakan oleh pihak ST, TNB dan SIRIM, korang boleh cuba sendiri Alat jimat elektrik tersebut.

Betul ke boleh jimat kalau gunakanya.

02 March 2019

SUV Perodua Arus Bagus Ke

Perodua baru ini telah melancarkan kenderaan SUV compact mereka. SUV tersebut di letakkan nama ARUS.

Dikala Proton memperkenalkan X70 model premium, Perodua memperkenalkan edisi Compact iaitu PERODUA ARUS.


Saya berkesempatan untuk melihat sendiri kenderaan ini di HQ kilang Perodua di Serendah. Pandu uji tiada disini, kena pergi ke Showroom Perodua.

Ketika itu, perodua ada masalah geran (mengikut cerita dalam berita). Sekarang sudah okey.

Saya cuba duduk dan merasa sendiri keselesaan pada SUV Perodua pada bahagian pemandu. Ianya agak sedikit kurang selesa untuk saya yang tinggi ini.


Ruang pemandu tidak begitu selesa pada bahagian kaki. Jika rapatkan tempat duduk bahagian kaki jadi sempit, jika ruang tempat duduk dijarakkan pada kedudukan selesa, tangan pada stering pula tidak selesa untuk dipegang.


Ruangan hadapan SUV Perodua nampak menarik dengan skrin sentuh, aircond auto (mcm BRV HONDA panel aircond), tempat smart Tag, kamera rakaman hadapan dan pengesan jarak terkini.

SUV tujuh tempat duduk ini ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.5X yang berharga RM72,900 dan 1.5 Advance (AV) yang berharga RM77,900 (harga tidak termasuk insurans).

Kedua-dua varian ini masih menggunakan enjin sama iaitu unit empat silinder NA 1.5 liter 2NR-VE dengan kuasa sebanyak 105 PS pada 6,000 rpm dan 136 Nm tork pada 4,200 rpm. Transmisi pula adalah unit automatik empat kelajuan yang menghantar kuasa ke roda belakang.

Enjin ini sebenarnya adalah unit sama yang digunakan pada Myvi baru dan Toyota Rush, di mana ia dilengkapi dengan teknologi VVT-i dan Eco Idle (start/stop). Perodua mendakwa, enjin Energy Efficient Vehicle (EEV) ini mampu menghasilkan penggunaan bahan api 15.6 km/l dan 95% bahan pada Aruz ini adalah keluaran tempatan.

Aruz boleh didapati dalam pilihan lima warna iaitu Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver, Ivory White (solid) dan Amazon Green (warna baru untuk Perodua). Jaminan yang diberi pula adalah selama lima tahun atau 150,000 km