Breaking

Wednesday, 6 February 2019

YES 4G Hadir Dengan Plan Unlimited

Mesti antara korang tidak tahu mengenai YES 4G. YES 4G merupakan salah sebuah syarikat telekomunikasi dalam Malaysia milik YTL.

YES ini agak tidak berapa menonjol sangat berbanding syarikat telekomunikasi lain. Pakej yang diberi mungkin kurang menarik hati pengguna.

Kini sekian lama menyepi, YES akhirnya dengan rasminya telah memperkenalkan pakej terbaru milik mereka untuk menarik pengguna.
YES 4G menyediakan tiga pilihan pelan baru, iaitu Yes Konfem Unlimited 49, Yes Konfem Unlimited 79 dan juga Yes Konfem Unlimited 99.

Ketiga-tiganya hadir dengan penawaran pelan data tanpa had bulanan dan membezakannya adalah penawaran kelajuan internet melaluinya.

YES 4G juga menawarkan pilihan kepada pengguna dengan menawarkan sama ada kontrak dan tanpa kontrak. Harga Pelan yang ditawarkan masih sama cuma dengan plan kontrak, YES 4G menawarkan rebat.
Pelan yang ditawarkan YES 4G sangat menarik. Lebih lagi dengan Data Bulanan Tanpa Had.

Line yang digunakan di sewa dengan Celcom. Jadi ianya tidak menjadi masalah bagi yang mahu menggunakan perkhidmatan Telekomunikasi dari Syarikat ini.

Saya tidak berapa minat kerana perkhidmatan Panggilan yang terhad berserta sms. Ini adalah kekurangan dari YES 4G.

Semestinya mana-mana syarikat telekomunikasi tidak akan memberi semuanya tanpa had. Ini bertujuan menjana pendapatan berlebihan.

Pilihan ditangan korang, pastikan periksa dahulu talian ditempat korang sebelum melanggan.

No comments: