Logo Baru Perak FC Dengan Azam Baru

Kelab Bolasepak Perak FC kini telah dimiliki oleh XOX iaitu syarikat telekomunikasi. Dengan membeli kelab yang banyak hutang dengan harga RM1.

Internet Fiber | Maxis Fiber Atau TM Unifi

Antaranya TIME, MAXIS dan TM. Pilihan yang perlu dibuat berdasarkan harga, kawasan liputan, perkhidmatan, kelebihan, kelajuan dan limit data.

Pelitup Muka Perlu SIRIM Pulak

Semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

10 Sebab iklan AdSense tidak muncul di blog

Adsense dari Google adalah sebuah syarikat pengiklanan. Google menjana pendapatan dari pengiklanan yang dapat dari syarikat yang mahu promosi Produk, Perkhidmatan dan aktiviti Syarikat.

23 November 2018

PROTON SUV X70

Model SUV dari Proton yang tidak perlu lagi saya perkenalkan. Sebabnya korang sudah tahu mengenainya.

Proton dengan kerjasama Geely akan melancarkan SUV X70 pada 12 December 2018 berdasarkan Khabar angin yang kencang. Sebelum ini khabar angin kencang memberitahu mereka akan melancarkan pada bulan Oktober 2018 tetapi sunyi sepi. Kemudian, bulan November 2018 khabarnya tetapi sunyi sepi juga. Kini Bulan December 2018, adakah benar?


Ramai menantikan harga Proton Geely SUV X70 bagi memastikan harganya boleh dimiliki. Proton Geely SUV X70 di import dari China untuk permulaan dan selebihnya akan dipasang di Malaysia.

Proton X70 ini akan menggunakan enjin 1.8L TGDi (Turbo Gasoline Direct Injection). Unit ini mampu menghasilkan sebanyak 135 kW (181 hp) pada 5,500 rpm kuasa manakala tork pula sebanyak 285 Nm dari 1,700 rpm hingga 4,400 rpm. Pecutan dari 0-100 km/j pula boleh dicapai dalam masa 10.5 saat.

Terdapat dua sistem pacuan yang adakan ditawarkan; 2WD (tiga varian) dan AWD (satu varian). Penggunaan minyak bagi model 2WD disifatkan mampu memberikan 7.8 liter bagi setiap 100 km, manakala penggunaan minyak bagi model AWD masih beluh dimaklumkan.

Teknologi multimedia juga menjadi antara yang menarik dalam penawarannya. X70 antara lain turut dilengkapi dengan pengantar keseluruhan sistem multimedia bersepadu melalui sebuah head unit dengan TFT 8-inci skrin sentuh (resolusi 1,280 x 720) yang hadir bersama sistem GKUI – yang ditawarkan sebagai ciri standard bagi semua varian. Buat masa sekarang, ia beroperasi menggunakan platform Android terlebih dahulu sebelum dilanjutkan kepada Apple CarPlay nanti.

Lain-lain kelengkapan termasuk lima ciri yang diketengahkan pada laman utama skrin unit ini; Voice Command, GPS, Music, Phone dan juga System Settings. Untuk menggunakan head unit berkenaan, ia sama sahaja dengan cara kita menggunakan skrin sentuh pada telefon – leretkan ke kanan atau ke kiri untuk melihat aplikasi yang ada.

Selain itu, model ini juga akan didatangkan dengan kelengkapan keselamatan yang mengkagumkan; antaranya dengan ciri AEB dan juga ACC. Perlu juga dinyatakan, X70 sudah pun menjalani ujian panarafan untuk ASEAN NCAP, dan hasilnya membanggakan, dengan penilaian lima-bintang bagi keselamatan penumpang.







































Perodua SUV ARUS

Perodua selama ini bermain teka teki mengenai kenderaan SUV mereka akhirnya terjawab. Pihak Perodua mungkin akan melancarkan produk terbaru mereka berasaskan SUV 7 tempat duduk.


Perodua SUV dinamakan Arus seperti khabar angin. Khabarnya Perodua akan melancarkan sama ada dalam tahun ini atau tahun hadapan. Jika tahun ini mungkin terlewat serta terdapat saingan dari model Proton X70 walaupun berbeza Segmen.

Ianya menjangka akan dijana menggunakan enjin petrol 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i yang juga digunakan oleh Toyota Rush, Toyota Avanza dan juga Perodua Myvi. 

Baca JugaModel Toyota Rush

Seperti yang kita ketahui bahawa Toyota Rush di buat di kilang Perodua. SUV milik Perodua mungkin tidak sama dari segi dalaman kerana Perodua akan menjual dengan harga mampu milik. Ia tidaklah semewah seperti  Toyota Rush.

Baca Juga : 7 Masalah Perodua Arus

Korang boleh intai model terbaru Perodua dan Proton di KLIMS ( KL International Motor Show ) selain dari itu korang boleh lihat model lain dari pelbagai jenama disana. 

Baca Juga - Perodua Arus Bagus Ke







Creadit : Funtasticko / Careta.my