Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, 4 September 2018

Perodua Alza Facelift

Nampaknya Perodua telah menaik taraf kenderaan MPV Alza. Walaupun kita tahu Perodua sepatutnya melancarkan SUV compact yang di war-war kan sebelum ini.

Perodua baru ini telah meletak iklan poster sambutan Kemerdekaan dengan memaparkan MPV Alza Facelift. Nampak menarik bila dilihat dalam poster tersebut.


Jika korang lihat Perodua Alza Facelift bahagian depan seperti Myvi biru model lama. Sudah seakan seperti versi Myvi Advance MPV.

Apa yang menarik tentang berwajah baharu ini?
  • Varian AV dan SE akan mendapat wajah baharu yang lebih segar, dengan perubahan ketara pada jeriji, bampar depan dan belakang, skirt sisi serta kemasan di bawah cermin belakang kombinasi warna hitam dan krom.
  • Varian S pula masih kekal dengan rupa model sedia ada.
  • Kemasan monotona berwarna hitam pada papan pemuka untuk semua varian.
  • Balutan tempat duduk untuk varian S dan SE menggunakan fabrik berwarna gelap. Untuk varian AV pula akan mendapat sarung tempat duduk berwarna hitam dengan kemasan jalur merah.
  • Rekabentuk konsol tengah papan pemuka diberi rekaan baharu dengan kombinasi warna hitam dan krom (seperti model Myvi).
  • Kelompok meter juga diberi sentuhan rekaan serba baharu.
  • Sistem penghawa dingin Alza facelift 2018 telah dipertingkatkan untuk memberikan penumpang tempat duduk baris ketiga rasa lebih dingin dan nyaman. Ini merupakan pembaharuan yang paling dinantikan pada model MPV kompak tersebut.
  • Varian AV akan mendapat sistem multimedia dengan skrin sentuh rekabentuk baharu yang berfungsi sebagai sistem navigasi dan Smart Link untuk peranti Android. Skrin ini juga berfungsi sebagai paparan kamera undur.
  • Varian AV juga dilengkapi dengan monitor pada bahagian bumbung untuk penumpang belakang.
  • Alza facelift 2018 akan mempunyai lima pilihan warna – Electric Blue (metalik), Mystical Purple (metalik), Glittering Silver (metalik), Ivory White (solid) dan warna baharu Granite Grey (metalik) khusus untuk varian AV dan SE sahaja.
  • Dari segi keselamatan Alza facelift 2018 dilengkapi dengan dua beg udara untuk penumpang hadapan, Isofix, Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA). Ini sekaligus melayakkannya untuk menerima penarafan 4-Bintang dari ASEAN NCAP.
Perodua memberi bayangan bahawa ini adalah naik taraf terakhir untuk Perodua Alza. Mungkinkah ianya akan digantikan dengan model terbaru iaitu SUV jenis 7 tempat duduk? Perodua penuh dengan rahsia dan lebih pandang kehadapan.

Apa sahaja yang perodua lakukan pasti dapat menarik minat pembeli Malaysia. Kecil-kecil cili api, walaupun kecil cili api rasa pedas sukar ditandingi kepedasan.



No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages